Solat Sunat Tarawih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam
Solat Sunat Tarawih di Taiwan

Solat Sunat Tarawih (juga dieja sebagai Terawih) ialah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa bulan Ramadan.[perlu rujukan]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.[perlu rujukan]

Dalil[sunting | sunting sumber]

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W sangat menggalakkan sembahyang Tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Baginda bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran daripada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.[perlu rujukan]

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah S.A.W mengerjakan sembahyang Tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya, baginda S.A.W mengerjakannya lagi di masjid; sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga, sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi baginda tidak hadir. Besok paginya, Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.[perlu rujukan]

Hukum[sunting | sunting sumber]

Hukum mengerjakan sembahyang Tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.


Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat Tarawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat Tarawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat Tarawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran.[perlu rujukan]

Cara Solat Tarawih[sunting | sunting sumber]

Waktu sembahyang Tarawih ini adalah selepas menunaikan sembahyang fardhu (Isyak) sehinggalah larut malam. Sembahyang Tarawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat Sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat Sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat Sunat Tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.[perlu rujukan]

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Solat sunat39.gif

Maksudnya: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat, menjadi makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih. Salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arba'a raka'ataini" (empat rakaat).[perlu rujukan]

Bilangan rakaat[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Rasulullah S.A.W, sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula, beliau menambah lagi bilangan rakaat sehingga 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.[perlu rujukan]

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya, masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir. [perlu rujukan]

Sembahyang Tarawih boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih daripada empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk dalamnya sembahyang witir.”

Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat Tarawih, Rasulullah S.A.W tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat Tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau mendapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabiin dalam Fathul Bari yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat Tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.[1]

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang Tarawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali Tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan sembahyang Tarawih[sunting | sunting sumber]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah S.A.W mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]