Terpaling Juara (musim 1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terpaling Juara adalah merupakan sebuah program nyanyian realiti TV berformat baharu yang disiarkan di TV3 bermula pada 21 Ogos 2022. Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir manakala Dato' Hattan dan Fauziah Latiff menggalas tugas sebagai juri tetap bagi musim ini. Program ini mulai disiarkan pada setiap hari Ahad jam 9 malam.

Terpaling Juara
Negara asalMalaysia Malaysia
Bilangan episod8
Penyiaran
Saluran asalTV3
Tonton
Siaran asal21 Ogos 2022 – 9 Oktober 2022
Pautan luar
[[1] Laman sesawang]

Format pertandingan[sunting | sunting sumber]

Terpaling Juara mempertaruhkan 3 kapten bersama-sama 6 peserta dimana 3 terdiri daripada penyanyi senior dan 3 lagi penyanyi junior. Kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior tersebut.

Mereka akan membuat persembahan minggu yang bertemakan playlist AJL iaitu dimana lagu-lagu popular Anugerah Juara Lagu akan diberikan nafas baru yang mana pastinya akan menggamit nostalgia penonton untuk program ini.

Kapten & Peserta[sunting | sunting sumber]

(Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan.)

Kapten Peserta Umur Asal Status
Akim Ahmad Hazami 47 Perak Senior
Hael Husaini Rahmad Mega 52 Johor Senior
Shazreen Shaharum 26 Melaka Junior
Naim Daniel Aqmal Ramdan 25 Melaka Junior
Trivia
  • Ketiga-tiga Kapten yang dipilih adalah merupakan bekas-bekas pemenang Juara Lagu secara keseluruhan.
  • Juara AJL 34 pula dimenangi oleh Naim Daniel dengan lagunya "Sumpah".

Konsert mingguan[sunting | sunting sumber]

Minggu 1[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 21 Ogos 2022
Tema: Game On

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aqeesh “Gila Lah!” (Stacy)
Rahmad “Bayangan Gurauan” (Mega)
Shaz “Cinta” (Marsha Milan)
Ifa “Sangkar Cinta” (Ziana Zain
Aqmal “Nur Kasih” (Slam)
Hazami “Mungkir Bahagia” (Hazami)

Persembahan terbaik: Rahmad Mega
Dua terbawah: Ifa Raziah & Aqeesh
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Minggu 2[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 28 Ogos 2022
Tema: 3 Dekad (80an, 90an & 2000an)

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Rahmad “Merisik Khabar” (Dato’ Sudirman)
Aqeesh “Sumpah” (Aina Abdul)
Ifa “Di Pintu Syurga” (Dayang Nurfaizah)
Aqmal “Raikan Cinta” (Dato’ M. Nasir)
Hazami “Seribu Impian” (Casey)
Shaz “Selamat Jalan Romeo” (Ramlah Ram)

Persembahan terbaik: Shaz
Dua terbawah: Ifa Raziah & Hazami
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Minggu 3[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 4 September 2022
Tema: Cinta

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aqmal “Taman Rashidah Utama” (Wings)
Ifa “Sepi Sekuntum Mawar Merah” (Ella)
Hazami “Mas Mona” (Dato' Jefrydin)
Aqeesh “Tak Tercapai Akalmu” (Elyana)
Rahmad “Ghazal Untuk Rabiah” (Dato’ M. Nasir)

Persembahan terbaik: Shaz
Dua terbawah: Ifa Raziah & Hazami
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Minggu 4[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 11 September 2022
Tema: Kapten

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Shaz “Canggung” (Wany Hasrita)
Hazami “Potret” (Akim & The Majistret)
Aqmal “Sumpah” (Naim Daniel)
Rahmad “Jampi” (Hael Husaini)
Ifa “Purnama” (Naim Daniel)
Aqeesh “Rampas” (Akim & The Majistret)

Persembahan terbaik: Hazami
Dua terbawah: Ifa Raziah & Aqeesh
Tersingkir: Ifa Raziah

Minggu 5[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 18 September 2022
Tema: Vice Versa

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aqeesh "Segalanya Ku Terima" (Illusi)
Aqmal "Janji Manismu" (Dato' Aishah)
Shaz "Kau Pun Sama" (Syamel)
Rahmad "Bunga" (Ara Johari)
Hazami "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor)

Persembahan terbaik: Hazami
Dua terbawah: Rahmad Mega & Shaz
Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Minggu 6[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 25 September 2022
Tema: Duet

Peserta & Artis Duet Lagu (penyanyi asal)
Aqeesh & Cliff Umar "Kisah Cinta Kita" (Hafiz Suip)
Shaz & Nikki Palikat "Ku Bersuara" (Ernie Zakri)
Rahmad & Ayda Jebat "Keliru" (Ajai & Nurul)
Hazami & Stacy "Pelangi Senja" (Stacy)
Aqmal & Aizat Amdan "Terukir Di Bintang" (Yuna)

Persembahan terbaik: Shaz
Dua terbawah: Aqeesh & Aqmal
Tersingkir: Aqeesh

Minggu 7: Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 2 Oktober 2022
Tema: Band

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aqmal "Aku Scandal" (Hujan)
Shaz "Hanya NamaMu" (Caliph Buskers)
Hazami "Aurora" (Estranged)
Rahmad "Kejoraku Bersatu" (Search)

Persembahan terbaik: Rahmad Mega
Dua terbawah: Hazami & Shaz
Tersingkir: Tiada penyingkirkan.

Minggu 8: Akhir[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 9 Oktober 2022
Tema: Akhir

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Pusingan Pertama
Hazami & Akim "Joget Angan Tak Sudah" (Jay Jay)
Shaz & Hael "Hati" (Hael Husaini)
Aqmal "Sampai Syurga" (Faizal Tahir)
Rahmad "Ku Akui" (Hafiz Suip)
Pusingan Kedua
Shaz "Gelisah Mimpi" (Liza Hanim)
Aqmal & Naim "Di Amaran Mama" (Hazama)
Hazami "Luluh" (Khai Bahar)
Rahmad & Hael "Di Penjara Janji" (Dato' Awie)

Tempat Keempat: Shaz
Tempat Ketiga: Hazami
Naib Juara: Aqmal
Juara: Rahmad Mega

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Keputusan setiap minggu
Ked. 1 2 3 4 5 6 7 Akhir
21/8 28/8 04/9 11/9 18/9 25/9 02/10 09/10
1. Rahmad Shaz Shaz Hazami Hazami Shaz Rahmad Rahmad
2. Shaz Aqmal Rahmad Shaz Aqmal Rahmad Aqmal Aqmal
3. Aqmal Rahmad Aqmal Rahmad Shaz Hazami Shaz Hazami
4. Hazami Hazami Hazami Aqmal Rahmad Aqmal Hazami Shaz
Klu warna
  •      Peserta yang menjadi juara.
  •      Peserta yang menjadi naib juara.
  •      Peserta yang menduduki tempat ketiga.
  •      Peserta yang menduduki tempat keempat / finalis konsert akhir.
  •      Peserta yang memenangi Persembahan Terbaik Mingguan
  •      Peserta yang terselamat daripada penyingkiran.
  •      Peserta yang telah disingkirkan.


Trivia
  • Pada konsert minggu ketiga, pengacara mengumumkan bahawa akan ada sesi penyingkiran berlaku. Namun, Dato' Hattan sebagai ketua juri tidak bersetuju untuk menyingkirkan mana-mana peserta pada malam tersebut. Jadi pada malam tersebut tiada sesi penyingkiran dilakukan. [1]
  • Pada konsert minggu separuh akhir, Hazami diumumkan sebagai peserta yang mendapat undian terendah pada malam tersebut. Namun salah seorang juri iaitu Fauziah Latiff telahpun bertindak dengan menyelamatkan beliau daripada tersingkir dan sekaligus keputusan tersebut melayakkan kesemua peserta untuk bertanding dikonsert akhir. [2]

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Tempat Pemenang Hadiah
Juara Rahmad Mega Wang RM100,000
Trofi
Naib Juara Aqmal Wang RM50,000
Trofi
Ketiga Hazami Wang RM30,000
Trofi
Keempat Shaz Wang RM10,000
Trofi
Trivia
  • Setiap minggu, peserta yang memenangi Persembahan Terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Pengacara
Kapten
Juri Tetap
Penaja

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Pada konsert minggu ketiga, Ifa Raziah dikecam netizen apabila beliau berani membalas balik komen daripada juri tetap pertandingan ini, iaitu Dato' Hattan apabila beliau menyalahkan pakaian dikenakannya sebagai salah satu punca beliau menyanyi sumbang ketika itu. Netizen juga berang kerana beranggapan Ifa telah merosakkan lagu "Sepi Sekuntum Mawar Merah" iaitu nyanyian asal Ratu Rock Ella dengan persembahan dan nyanyiannya yang teruk. [3]
  • Shaz, iaitu salah seorang peserta program ini juga turut dikecam apabila beliau salah menyanyikan lirik lagu "Purnama Merindu" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza. Namun begitu, Shaz berjaya memenangi Persembahan Terbaik ketika itu walaupun ada tersalah lirik ketika itu. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]