Wacana Merdeka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wacana Merdeka anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) di Ipoh,Perak pada 9 September 2011. Tajuk asal perbincangan wacana ini berkenaan Tragedi Balai Polis Bukit Kepong: Siapa wira sebenar.

Ahli panel[sunting | sunting sumber]

Antara yang hadir ialah dari Majlis Profesor Negara (MPN).Tokoh sejarah dan ahli panel yang hadir ialah :

Ahli panel itu menafikan kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957 kerana Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British.

Premis Prof Dr Khoo Kay Kim[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2011, Prof Khoo Kay Kim mendakwa bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukanlah pegawai British. Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja.[1]

Dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai Tanah Jajahan Mahkota British (Crown Colony). Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu:

‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government’

Mulanya Datuk Onn bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku Abdul Rahman dengan kerajaan Kedah. Ketika itu Raja di NMB dan NMTB masih ada banyak autonomi. Selepas Perang Dunia II, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai Presiden UMNO yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu. Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga UMNO untuk menentukan sistem lebih sesuai.Akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan.[2]

Reaksi dan bantahan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 6 September 2011, Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa, secara teknikal memang betul bahawa kita tak pernah dijajah; negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan. Hanya Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah.Memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British.Negeri-negeri Melayu bukan negeri yang bebas dan berdaulat kerana mereka tidak bebas mengadakan hubungan luar.Raja-raja dipaksa menerima kejatuhan Empayar Uthmaniah yang dihancurkan oleh British dan sekutu-sekutunya pada 1924. Ini semua berlaku kerana Raja-raja di bawah tangan British meskipun mereka tidak dijajah.Dasar dan undang-undang semuanya ditentukan oleh British.Dalam undang-undang ada dua keadaan iaitu ‘de jure’ dan ‘de facto’.[3]
  • Bagaimana status pejuang-pejuang Melayu Perak seperti Datuk Maharaja Lela Pandak Lam yang dihukum buang negeri dan pejuang-pejuang Melayu lain yang terbunuh ketika dikatakan menentang British. Jika Tanah Melayu tidak dijajah, siapakah yang mereka tentang dan siapakah pula yang menghukum dan membunuh mereka. Adakah ini angkara Melayu gunakan British untuk menentang dan membunuh sesama Melayu?” soalnya lagi.[4]
  • AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan , jika Malaysia tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan 'merdeka' tujuh kali di Stadium Merdeka. Siapa yang hendak membohongi sejarah. Setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin UMNO seolah-olah mendakwa perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946, tarikh penubuhan UMNO.
  • Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki mencabar Majlis Profesor Negara menulis artikel atau buku ilmiah tentang dakwaan "Malaya tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.Tindakan MPN ini menyangggah tesis yang sudah diterima ramai ahli akademik di dalam dan luar negara. Premis bahawa kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Malaya, adalah penjajahan sama ada di Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu, manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British.Tidakkah istilah ‘naungan’ (protectorate) pada kurun ke 19 lazimnya adalah merujuk kepada colonial protectorate?.Istilah ‘lindungan’ (protected) lazim merujuk kepada penjajahan sebagaimana status negara Brunei sebelum merdeka. Jika istilah ini tidak bermaksud jajahan, maka Empayar British adalah kecil iaitu hanya Australia, New Zealand, Kanada, India-Pakistan, Sri Lanka, Nigeria, Papua New Guinea dan Negeri-negeri Melayu Selat. Tesis MPN akan melibatkan negara Uganda, Maldives, Palestin dan Mesir juga."[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]