Walther von Brauchitsch
Walther von Brauchitsch | |
---|---|
Panglima Besar Tentera Darat Jerman | |
Dalam jawatan 4 Februari 1938 – 19 Disember 1941 | |
Canselor | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Werner von Fritsch |
Digantikan oleh | Adolf Hitler |
Butiran peribadi | |
Lahir | Berlin, Empayar Jerman | 4 Oktober 1881
Meninggal dunia | 18 Oktober 1948 Hamburg, Jerman Taklukan Bersekutu | (umur 67)
Tempat persemadian | Salzgitter |
Pasangan | Elizabeth von Karstedt (k. 1910; c. 1938)Charlotte Rueffer (k. 1938) |
Anak-anak | 3 |
Hubungan | Jeneral Adolf von Brauchitsch (abang), Kolonel Bernd von Brauchitsch (anak), Manfred von Brauchitsch, Hans Bernd von Haeften dan Leftenan Werner von Haeften (kesemuanya anak buah) |
Anugerah | Lencana Emas Parti Knight Cross of the Iron Cross |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan/cawangan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1900–41 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Artileri |
Perkhidmatan | OKH |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Walther Heinrich Alfred Hermann von Brauchitsch (4 Oktober 1881 – 18 Oktober 1948) adalah seorang Fil Marsyal Jerman dan Panglima Besar Tentera Darat Jerman semasa era Nazi. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan tentera, Brauchitsch memasuki perkhidmatan tentera pada tahun 1901. Semasa Perang Dunia I, beliau berkhidmat dengan cemerlang di bahagian staf peringkat kor dan divisyen di Perbatasan Barat.
Selepas Nazi berkuasa pada 1933, Brauchitsch mengepalai Wilayah Tentera Prusia Timur. Beliau meminjam sejumlah wang yang besar dari Hitler dan terus bergantung kepada bantuan kewangannya. Brauchitsch berkhidmat sebagai Panglima Besar Tentera Darat Jerman (Oberbefehlshaber des Heeres) dari Februari 1938 sehingga Disember 1941. Beliau memainkan peranan utama dalam Pencerobohan Poland, Pertempuran Perancis dan mengawasi Pencerobohan Yugoslavia dan Greece. Untuk bahagiannya dalam Pertempuran Perancis, Brauchitsch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai yang paling kanan dalam senioriti Tentera Darat Jerman.
Selepas mengalami serangan jantung pada November 1941 dan dipersalahkan atas kegagalan Operasi Typhoon, iaitu serangan Wehrmacht ke atas Moscow, Hitler memecat beliau sebagai Panglima Tentera Darat dan mengambil alih sendiri jawatan itu; beliau menghabiskan seluruh masa peperangan dengan bersara wajib. Selepas Perang Dunia II, Brauchitsch telah ditahan atas tuduhan jenayah perang tetapi meninggal dunia kerana pneumonia pada tahun 1948 sebelum beliau sempat didakwa. Seorang pegawai staf yang berkebolehan dari sekolah lama Prusia, beliau, seperti Werner von Blomberg, tidak mempunyai keberanian politik untuk membantah Hitler.
Masa muda
[sunting | sunting sumber]Brauchitsch telah dilahirkan di Berlin dan merupakan anak kelima kepada seorang jeneral kavalri. Beliau memasuki Französisches Gymnasium Berlin (Kolej Francais Berlin), iaitu sebuah sekolah berbahasa Perancis. Brauchitsch telah ditauliahkan sebagai seorang Leftenan dalam Rejimen Ke3 Pengawal Prusia pada tahun 1900. Di dalam Perang Dunia Pertama, beliau bertugas sepenuhnya sebagai pegawai staf am. Sebelum itu, pada 29 Disember 1910 beliau mengahwini Elizabeth von Karstedt,seorang perempuan kaya yang mewarisi 300,000 ekar tanah (1,200km) di negeri Pomerania (tetapi telah bercerai pada Februari 1938 dan mengahwini Charlotte Schmidt pada September 1938).
Wehrmacht
[sunting | sunting sumber]Perang Dunia II
[sunting | sunting sumber]Kematian
[sunting | sunting sumber]Tarikh kenaikkan pangkat
[sunting | sunting sumber]- Leutnant - 22 Mac 1900
- Oberleutnant - 18 Oktober 1909
- Hauptmann - 18 Disember 1913
- Major - 15 Julai 1918
- Oberstleutnant - 1 April 1925
- Oberst - 1 April 1928
- Generalmajor - 1 Oktober 1931
- Generalleutnant - 1 Oktober 1933
- General der Artillerie - 20 April 1936
- Generaloberst - 4 Februari 1938
- Generalfeldmarschall - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Iron Cross (1914) Kelas 1: 1 Oktober 1915
- Iron Cross (1914) Kelas 2: 13 September 1914
- Pingat Kepujian Tentera Austria-Hungary berserta Bintang Perang (1915)
- Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang: 15 Mei 1917
- Pingat Kesatria Kelas 1 Darjah Friedrich Wurttemberg berserta Pedang: 7 Mei 1915
- Pingat Kehormat Duke Saxon-Meiningen bagi Kepujian dalam Perang: 2 Januari 1918
- Pingat Khidmat Lama Prusia: 17 April 1920
- Kesatria Kehormat Darjah Saint John of Bailiwick Brandenburg
- Pingat Kehormatan Pejuang: 18 Disember 1934
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1: 2 Oktober 1936
- Pingat Utama Darjah Kepujian Diraja Hungary: 20 Ogos 1938
- Pingat Palang Merah Jerman Kelas 1 berserta Bintang: 5 September 1938
- Medal Peringatan Anschluss: 21 November 1938
- Pingat Utama Darjah Saint Mauricius dan Lazarus Itali: 3 Januari 1939
- Pingat Utama Darjah Ros Putih Finland: 10 Mac 1939
- Lencana Emas Kehormat Parti Nazi: 20 April 1939
- Medal Peringatan Sudetenland berserta Lencana Istana Prague: 7 Jun 1939
- Medal Peringatan Memel: 30 November 1939
- Pingat Kepujian Tentera Sepanyol Kelas 1 (1939)
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 1 dan 2: 30 September 1939
- Knight Cross of the Iron Cross: 30 September 1939
- Daun Oak bagi Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas Khas
- Pingat Utama Darjah Saint Alexander (Bulgaria) berserta Pedang: 15 Mei 1941
- Pingat Utama Darjah Kepujian Diraja Hungary berserta Pedang: 31 Mei 1941
- Darjah Michael the Brave Romania Kelas 1: 14 Oktober 1941
- Pingat Kemenangan Perang Slovakia Kelas 1: 20 Oktober 1941
- Pingat Utama Darjah Kebebasan Finland: 25 Jun 1942
- Darjah Matahari Terbit (Jepun) Kelas 1: 26 September 1942
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
- Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
- Werner von Blomberg
- Gerd von Rundstedt
- Erich Raeder
- Fedor von Bock
- Wilhelm Ritter von Leeb
- Wilhelm Keitel
- Walther von Reichenau
- Erwin von Witzleben
- Gunther von Kluge
- Albert Kesselring
- Hugo Sperrle
- Wilhelm List
- Erhard Milch
- Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
- Erwin Rommel
- Georg von Kuchler
- Erich von Manstein
- Friedrich Paulus
- Ernst Busch
- Ewald von Kleist
- Maximilian Freiherr von Weichs
- Karl Donitz
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Walter Model
- Ferdinand Schorner
- Robert Ritter von Greim
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Bibliography
- April 1, 1940, Life
- "Blitzkrieger". Time. September 25, 1939. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2013-12-05.
- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Walther von Brauchitsch |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Walther von Brauchitsch |