William Henry Harrison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

William Henry Harrison.jpg

William Henry Harrison ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-9. Beliau dilantik sebagai Presiden pada 4 Mac 1841 dan meninggal dunia 31 hari selepas pelantikan beliau. William H. Harrison adalah presiden Amerika Syarikat pertama yang meninggal dunia ketika masih menjawat jawatan presiden.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

William H. Harrison dilahirkan pada 9 Februari 1773 di Charles City, Virginia, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak kepada salah satu Pemimpin Amerika Syarikat, Benjamin Harrison V dan Elizabeth Basset. Ayahnya salah seorang menandatangani Deklarasi Kemerdekaan Amerika. Cucunya kemudian menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-23, Benjamin Harrison.

William Harrison awalnya mengikuti pendidikan kedoktoran, tetapi berhenti setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau menyertai ketentaraan dan berkhidmat 7 tahun.

Pada 1812 saat Amerika berperang dengan SHTI, William Harrison yang berpangkat Brigadir Jenderal berjaya menewaskan pasukan SHTI di wilayah barat-laut Amerika Syarikat. Kemenangan ini secara tidak langsung menaikkan namanya menjadi mashyur.

Setelah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan, William Harrison kembali semula ke kehidupan biasa dan menjadi ahli perniagaan walaupun perniagaannya menemui kegagalan. Pengalaman beliau yang terkenal di situ lalu dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat kemudian menjadi Gabenor dan Senator. Pada tahun 1828, William Harrison dipilih menjadi Duta Amerika Syarikat untuk Colombia selama satu tahun. Beliau kemudian diusir kerana menghina Presiden Colombia. Pada tahun 1836, beliau dipilih menjadi calon presiden dari Parti Whig yang baru ditubuhkan. Dalam pemilihan presiden, beliau dikalahkan oleh Martin Van Buren yang kemudian menjadi Presiden Amerika yang ke-8.

Pada 4 Mac 1841 William Harrison dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-9, didampingi wakil presiden John Tyler walaupun menjawat jawatan tersebut selama 32 hari sahaja.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 4 April 1841, Presiden William Harrison disahkan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru yang dihidapinya kerana terlali lama berdiri di bawah hujan ketika di hari perlantikannya menjadi presiden.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Presiden-Presiden Amerika Syarikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: