Pergi ke kandungan

Tun Syed Zahiruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Syed Zahiruddin bin Syed Hassan)
Syed Zahiruddin Syed Hassan
SMN (Malaysia); SPSA (Perak); DUNM (Melaka);
PSM (Malaysia); DSA, SPCM, SPMP, DPMP (Perak);
JMN (Malaysia); PJK (Perak)
Orang Besar Empat Negeri Perak
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
Dalam jawatan
23 Mei 2008 – 20 April 2013
RajaSultan Azlan Muhibbuddin Shah (2008-2013)
Didahului olehtidak tahu siapa, selepas Osman Talib (tahun 1984). bukan Pendahulu pertama
Digantikan olehMohd Zahidi Zainuddin
Pesuruhjaya Tinggi ke United Kingdom merangkap Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland
Dalam jawatan
1974–1976
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
1969–1972
Didahului olehTan Sri Abdul Kadir Shamsuddin
Digantikan olehTun Abdullah Ayub
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Dalam jawatan
23 Mei 1976 – 30 November 1984
Didahului olehAbdul Aziz Abdul Majid
Digantikan olehSyed Ahmad Syed Mahmud Shahabuddin
Maklumat peribadi
Lahir
Syed Zahiruddin bin Syed Hassan

(1918-10-12)12 Oktober 1918
Kerian, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia20 April 2013(2013-04-20) (umur 94)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PasanganToh Puan Datin Seri Diraja Halimah Md. Noh
Anak10
Ibu bapa
  • Syed Hassan Syed Ibrahim (bapa)
  • YM Raja Halimah YM Raja Abdullah (ibu)

Allahyarham Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dari 23 Mei 1976 hingga 30 November 1984. Sebelum perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, beliau merupakan pesara Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kerajaan. Jawatan yang disandangnya sebelum bersara daripada PTD ialah Duta Besar Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi ke Ireland pada 1975 dan United Kingdom pada 1974.

Beliau juga merupakan pemegang jawatan Penghulu Diraja negeri Perak iaitu Orang Besar Negeri[1], Orang Kaya Berempat dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja pada tahun 2008 dan menyandang jawatan ini sehingga kematiannya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin‎ dan Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin Universiti Malaya turut dinamakan sempena nama beliau.

Tun Syed Zahiruddin meninggal dunia pada 20 April 2013 akibat kegagalan buah pinggang, pada usia 95 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Kuala Lumpur.

Anugerah dan Pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Melaka
19761984
Penyandang Kemudian
Tun Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj


Penyandang Terdahulu Bendahara Seri Maharaja Negeri Perak
20082013
Penyandang Kemudian
Tan Sri Haji Sir Osman Talib Penyandang bukan pertama; jawatan sudah lama diwujudkan Tan Sri Haji Mohd Zahidi Zainuddin

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ "Orang Besar Negeri Perak". sultan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-01-27.