Al Haram Al Sharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Di tengah-tengah Kota Baitulmuqaddis terdapatnya Al Haram Al Sharif (B. Arab: الحرم القدسي الشريف al-ḥaram al-qudsī ash-sharīf, B. Inggeris: Temple Mount atau Noble Sanctuary, B. Ibrani: הַר הַבַּיִת Har haBáyit) yang terdiri daripada air terjun, taman-taman, bangunan-bangunan, dan kubah-kubah. Di selatan Al Haram Al Sharif terdapatnya Masjid Al Aqsa dan di tengah terdapatnya Qubbat Al-Sakhrah yang paling dikagumi reka bentuknya. Keseluruhan kawasan ini dianggap sebagai Masjidil Aqsa dan merupakan satu perenam daripada Kota Baitulmuqaddis yang mempunyai tembok.

Perlu diingatkan bahawa Al Haram Al Sharif ialah Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif manakala Masjid Al Aqsa yang ada di Al Haram Al Sharif ialah masjid yang dibina kemudian dan bukan Masjidil Aqsa yang disebut semasa Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ialah bangunan yang terdapat di dalam Masjidil Aqsa dan diberi nama yang serupa.

Al Haram Al Sharif merupakan tempat suci Islam yang ketiga dan tempat paling suci bagi orang Yahudi kerana dikatakan di situ pernah terdirinya Kuil Bukit mereka.

Kunjungan kontroversi Ariel Sharon ke Al Haram Al Sharif pada 28 September 2000 menyebabkan rakyat Palestin melancarkan Intifada terhadap Israel.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keindahan dan kecantikan Al Haram Al Sharif di Baitulmuqaddis menarik ribuan pelancong daripada pelbagai agama mengunjunginya setiap tahun. Kebanyakan orang bukan Islam percaya ia merupakan bekas tapak Kuil Solomon (Solomon ialah Nabi Sulaiman a.s.') yang dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon pada tahun 586 SM, atau tapak Kuil Kedua yang dimusnahkan oleh Empayar Rom pada tahun 70 masihi.

Bagi orang Muslim di seluruh dunia, kawasan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia adalah kawasan berlakunya Israk Mikraj yang mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima perintah solat lima waktu sehari semalam dan juga sebagai kiblat pertama umat Islam.

Israk Mikraj[sunting | sunting sumber]

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah. Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis dalam sekelip mata.

Pemandangan udara Al-Haram Al-Sharif, dengan Qubbat As-Sakhrah di tengah, Tembok Barat dan Masjid Al Aqsa di bawah.

Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Penaklukan Baitulmuqaddis[sunting | sunting sumber]

Pelan Al Haram Al Sharif pada tahun 1890.

Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.

Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.

Perjanjian Umariyya.

Buat pertama kalinya Baitulmuqaddis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke gereja Church of the Holy Sepulchre yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmuqaddis.

Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempat Masjidil Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap. Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan Al Haram Al Sharif.

Lokasi tempat istimewa Al Haram Al Sharif[sunting | sunting sumber]

Kepentingan Masjdil Aqsa di dalam Islam dapat ditunjukkan melalui struktur-struktur lain yang mengelilingi Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Al Aqsa. Pembinaan struktur-struktur ini mengindahkan lagi kawasan Al Haram Al Sharif.

Muzium Islam[sunting | sunting sumber]

Laman Muzium Islam Baitulmuqaddis.

Koleksi Al Quran yang lengkap dan seramik Islam. Di samping itu koleksi duit syiling dan tembikar bersama-sama senapang, pedang dan pisau di muzium tertua di Baitulmuqaddis ini.

Pintu-pintu di Al Haram Al Sharif[sunting | sunting sumber]

  1. Bab al-Maghribah- Pintu ini menuju ke penempatan orang Maghribi. Kawasan ini dimusnahkan oleh Israel pada tahun 1967 dan penduduknya menjadi pelarian. Kawasan ini sekarang hanya boleh diakses oleh orang Yahudi yang mana sekarang mereka membina sebuah plaza.
  2. Bab al-Silsilah.
  3. Bab as-Salaam
  4. Bab al-Matarah
  5. Bab al-Qattanin
  6. Bab al-Hadid
  7. Bab al-Nazer- Pintu majlis. Pihak Awqaf yang menguruskan Al Haram Al Sharif mempunyai sebuah pejabat di luar pintu ini.
  8. Bab al-Atim
  9. Bab al-Hittah
  10. Bab al-Asbat
  11. Bab al-Zahabi- Imam al Ghazali dikatakan mengajar di perkarangan pintu ini. Masyarakat Kristian percaya bahawa Nabi Isa a.s. akan kembali ke dunia melalui pintu ini.
  12. Bab al-Rahman
  13. Bab at-Taubat

(*Nota: Bab ialah pintu atau pagar dalam Bahasa Arab.)

Al Mussallah al Marwani[sunting | sunting sumber]

Hanya di sebelah bawah di sebelah tenggara Al Haram Al Sharif terdapatnya sebuah kawasan yang disangka sebagai Solomon's Stables (kandang kuda Nabi Sulaiman a.s.). Ia sebenarnya ialah sebuah bangunan Umayyah pada kurun ke 8M.

Masjid Al-Aqsa[sunting | sunting sumber]

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, kahlifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Qubbat al-Silsilah[sunting | sunting sumber]

Di sebelah timur Qubbat As-Sakhrah, Qubbat al-Silsilah dibina oleh Abdul Malik ibni Marwan dan menandakan tengah Al Haram Al Sharif.

Qubbat an-Nabawi[sunting | sunting sumber]

Kubah yang dibina untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w.. Dibaiki pada tahun 1620 oleh Farruk Bey, Gabenor Baitulmuqaddis.

Qubbat al-Mikraj[sunting | sunting sumber]

Dibina untuk mengingati peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit untuk menerima perintah solat.

Qubbat al-Khalili[sunting | sunting sumber]

Sebuah bangunan kurun ke-18 khas untuk Sheikh Muhammad al Khalili.

Qubbat al-Nahawiah[sunting | sunting sumber]

Dibina pada tahun 1207 masihi oleh Amir Hassan ad-Din sebagai sebuah sekolah kesusasteraan.

Minbar Burhan ad-Din[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya dibina pada kurun ke-7. Dinamakan sempena nama Qadi Baitulmuqaddis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]