Siti Shahrizah bt Saifuddin
| Eja | |
|---|---|
Gamber Eja ehsan Berita Harian |
|
| Lahir | Siti Shahrizah binti Saifuddin 18 Januari 1972 (41 tahun) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 1997–kini |
Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, dilahirkan pada 18 Januari 1972 di Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia.
Siti Shahrizah Saifuddin merupakan penacara bersama Roda Impian, di Astro Ria dari 1999 hingga 2003. Beliau turut mengacarakan beberapa rancangan lain termasuk rancangan untuk remaja, Zoom oleh Astro, di RTM1 mengenai fesyen dan gaya hidup - Gaya, dan Ntv7 dalam rancangan You Asked For It, program maklumria (infotainment).
Eja dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Kubu Baru, Selangor, merupakan anak pegawai polis marin. Beliau pada mulanya mengambil kursus setiausaha selepas tingkatan lima, sebelum memutuskan untuk menyertai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari. Enam tahun kemudian, Eja menceburi bidang lakonan.
Pada tahun 1997, beliau ditawarkan bagi mengacara pelbagai rancangan muzik TV3, Video Skop.
Isi kandungan |
Filem lakonan[sunting]
- Filem Janin (2010)
- Filem Sepi
- Filem Malaikat Maut
- Filem Kayangan
- Filem Misi: 1511 (2006)
- Filem Kayangan
- Filem Bilut (2006)
- Filem Anak Mami the Movie (2002)
- Filem Sara (2001)
Drama bersiri[sunting]
- Ejen 88 & 44
- Demi Rahsia
- Teduh Kabus
- Salam Taj Mahal (2000)
- Kiranya Ku Tahu (2000)
- Takhta Hati
- Tiga Dara - Tan, Tin Tun
- Rindu Semakin Jauh (2004)
- Kalau Itu Takhdirnya (2004)
- Masih Ada Cinta
- Wajah Kekasih
- Cinta Semerbak Kayu Manis
- Mya Zara
- Seputih Qaseh Ramadan
- Rahsia Demi Rahsia
- Sadiq & Co
Drama[sunting]
- Dimata Mu Aku
- Dijiwa Mu Dia (2002)
- Pembunuh Upahan (2003)
- Igawan (2004)
- DNA Jasmin (2007)
- Cahaya Hati arahan Rashid Sibir
- Rama-Rama Terkopak Sayapnya (2007) di RTM
- Talkin Terakhir arahan Ahmad Idham