Fandi Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:National Stadium, Singapore 70, May 07.JPG
Penghormatan kepada Fandi Ahmad di Muzium Sukan Singapura

Fandi Ahmad (lahir 29 Mei, 1962) adalah jurulatih bola sepak dan bekas pemain profesional dari Singapura. Semasa kerjayanya sebagai pemain bolasepak, Fandi telah bermain dengan kelab-kelab di Eropah dan Asia dan juga menjadi kapten pasukan Singapura dari 1993 hingga 1997. Fandi dianggap oleh ramai sebagai pemain terbaik Singapura. Dia sering bermain dalam posisi penyerang (striker) dan kadangkala menjadi pemain bahagian tengah padang (midfielder).

Isi kandungan

[sunting] Kerjaya sebagai pemain bolasepak

Semasa berumur 16 tahun pada 1978, Fandi telah bermain dengan pasukan Singapura dan menjadi pemain termuda yang mewakili pasukan negara. Pada tahun 1980, dia menjadi anggota pasukan negara yang berjaya memenangi Piala Malaysia. Dia telah menjaringkan gol yang mengalahkan pasukan Selangor dengan skor 2-1.

Pada tahun 1982, Fandi telah ditawarkan sebuah tempat di Ajax Amsterdam selepas menjalani ujian percubaan tetapi dia kemudian menolak tawaran itu dengan alasan yang dia menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan bahasa dan cara kehidupan di sana. Dia memutuskan untuk pulang ke Asia dan menganggotai pasukan Niac Mitra di Indonesia.

Fail:Fandi ahmad.jpg
Fandi Ahmad semasa bertanding dengan kelab F.C. Groningen

Namun pada tahun 1983, Fandi telah kembali juga ke Belanda di mana dia bermain dengan FC Groningen dari 1983 hingga 1985 dalam liga bolesepak Belanda (Eredivisie). Sebelum kedatangan Fandi, Groningen telah layak untuk bermain di liga Eropah untuk kali pertama dan Fandi telah membantu mereka dalam musim pertama mereka di liga Eropah dengan menjaringkan gol di dalam perlawanan yang berakhir dengan skor 2-0 melawan gergasi bolasepak Itali, Inter Milan.[1][2]. Semasa musim 1983-84, Fandi telah menjaringkan 10 gol dalam 29 permainan. PAda musim kedua di kelab yang sama, Fandi telah muncul selama 15 kali dan menjaring 2 gol. Fandi berjaya memikat ramai peminat Groningen dan pada tahun 1999, dia dipilih sebagai salah satu dari 25 pemain terbaik kelab bolasepak itu. Ini membuatnya layak untuk muncul di Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) kelab itu. [3]. Pada tahun 2003, Fandi telah dinamakan salah satu daripada 11 pemain terbaik kelab itu untuk kurun ke-20. Di kelab itu juga, Fandi mendapat nama julukan, "De Parel van Maleisië" atau "Mutiara dari Malaysia" (sic).

Walaupun Ajax Amsterdam menawarkan Fandi sebuah tempat di kelab mereka sekali lagi namun dia tidak menerima tawaran tersebut dan pulang ke Asia pada 1986. (Dia pernah berkata yang dia menyesali keputusan untuk tidak melanjutkan kerjayanya di Eropah). Nottingham Forest pernah bertanya mengenai kemungkinan dia berpindah ke kelab itu pada akhir tahun 1990an tetapi akhirnya memutuskan yang dia terlalu tua.

Fandi telah bermain dengan pasukan Kuala Lumpur di Malaysia dari 1986 hingga 1990, membantu mereka menjulang Piala Malaysia sebanyak tiga kali pada tahun helping 1987, 1988 dan 1989. Dia juga memenangi "Anugerah But Emas Malaysia" pada 1988. Dia kemudian memasuki pasukan OFI Crete di Greece pada 1990. Namun tempoh kerjayanya dengan kelab itu berakhir setelah beberapa bulan sahaja dan dia kembali ke Malaysia untuk menganggotai pasukan Pahang pada tahun 1991. Fandi telah membantu pasukan Pahang untuk memenangi Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada 1992.

Pada 1993, Fandi pulang ke Singapura untuk bermain dengan psukan negara dalam Liga Malaysia. Pada tahun itu, Fandi mengalami kekalahannya yang pertama dalam liga ini apabila pasukan Singapura dikalahkan pasukan Kedah dengan skor 2-0. Tetapi pada tahun seterusnya, Fandi berjaya membawa pasukan Singapura memenangi kedua-dua Liga Malaysia dan Piala Malaysia dan berjaya menjaringkan gol dalam pertandingan terakhir dengan mengalahkan pasukan lamanya, Pahang. Pada tahun itu, Singapura mengalahkan Pahang 4-0.

Tahun 1994 merupakan tahun terakhir Fandi terlibat dalam liga Malaysia kerana Persatuan Bolasepak Singapura memutuskan untuk menarik diri dari liga tersebut bagi membangunkan liga tempatannya sendiri, S.League.

Pada 1996, liga tempatan Singapura 'S.League' telah dilancarkan dan Fandi menjadi kapten pasukan Geylang United dan membantu pasukannya menjuarai liga tersebut. Kemudiannya dia telah berpindah ke Singapore Armed Forces Football Club (SAFFC) dan membantu mereka meraih gelaran juara pada tahun 1997 dan 1998. Dia kemudiannya menjadi jurulatih pasukan SAFFC dan membantu mereka menjuarai pertandingan S.League sekali lagi pada tahun 2000.

Fandi juga telah membantu pasukan negara memenangi pingat perak di pertandingan di Sukan Asia Tenggara pada tahun 1983, 1985 dan 1989.

Malangnya, sumbangan Fandi Ahmad dalam arena bolasepak Singapura masih belum diiktiraf oleh FIFA yang tidak memasukkan beliau sebagai salah satu ahli Centurion Club Singapura.

[sunting] Kerjaya sebagai jurulatih

Kerjaya jurulatihnya bermula dengan pasukan SAFFC di mana dia memandu pasukan itu untuk menjuarai pertandingan S.League pada tahun 2000.

Fandi telah dilantik sebagai Anggota Majlis Persatuan Bolasepak Singapura pada 2001 sekaligus menjadi anggota yang termuda dan bekas pemain bolasepak pertama yang berjaya menyandang jawatan tersebut.

Pada tahun 2005, dia berjaya membantu pasukan negara memenangi pertandingan Piala Tiger, sebuah pertandingan bolasepak seAsia Tenggara. Dia juga pernah menjadi jurulatih pasukan bolasepak bawah umur 23 tahun dan pasukan Young Lions.

Pada 2006, Fandi menganggotai pasukan Indonesia Pelita Jaya Purwakarta sebagai jurulatih mereka untuk jangkamasa 3 tahun dengan gaji sebanyak US$220,000 setahun.[4]

[sunting] Kehidupan peribadi

Fandi adalah anak kepada Ahmad Wartam, yang pernah menjadi pemain penjaga gol negara pada tahun 1960an. [5]

Fandi telah berumahtangga dengan seorang model asal Afrika Selatan Wendy Jacobs (dikenali dengan nama Sarah Abdullah, dan juga kini menjadi rakyat Singapura), dan mempunyai lima orang anak.

[sunting] Rujukan

  1. http://www.rsssf.com/tablesn/nl-groningen-in-ec.html
  2. http://galeb.etf.bg.ac.yu/~mirad/Archive/UEFA1984.HTM#2nd
  3. http://newpaper.asia1.com.sg/printfriendly/0,4139,134081,00.html
  4. http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/2006/122006/06/gelora/Strikernas03.htm
  5. http://www.centralsingapore.org.sg/site/voices/voices17/in-harmony.shtml

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain