Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Rakyat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
China
Shirt badge/Association crest
Persatuan Persatuan Bola Sepak China
Konfederasi AFC (Asia)
Ketua jurulatih Republik Rakyat China Gao Hongbo
Kapten Zheng Zhi
Kaps terbanyak Li Ming (141)
Penjaring terbanyak Hao Haidong (41)
Stadium tuan rumah Stadium Pekerja
Kod FIFA CHN
Kedudukan FIFA 88
Kedudukan tertinggi FIFA 37 (Disember 1998)
Kedudukan terendah FIFA 104 (Januari 2009)
Kedudukan Elo 52
Kedudukan tertinggi Elo 26 (Oktober 2001)
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Filipina 0 - 1 China Republik China
(Manila,Filipina; 31 Januari, 1913)
 Finland 4 - 0 China Republik Rakyat China
(Helsinki, Finland; 4 Ogos, 1952)
Kemenangan terbesar
Republik Rakyat China China 19 - 0 Guam Bendera Guam
(Bandar Ho Chi Minh, Vietnam; 26 Januari, 2000)
Kekalahan terbesar
 Amerika Syarikat 5 - 0 China Republik Rakyat China
(Palo Alto, Amerika Syarikat; April 4, 1992)
Piala Dunia
Kemunculan 1 ( 2002)
Keputusan terbaik Pusingan 1, 2002
Piala Asia
Kemunculan 9 (Kali pertama pada 1976)
Keputusan terbaik Naib Juara, 1984 dan 2004

Pasukan bola sepak kebangsaan Republik Rakyat China (Cina Ringkas: 中国国家足球队; Cina Tradisional: 中國國家足球隊; pinyin: :Zhōngguó Guójiā Zúqiú Duì) merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Republik Rakyat China. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak China.

Pasukan bola sepak China pernah melayakkan diri ke Piala Dunia 2002 tetapi tewas kesemua perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol. Meskipun gagal menyerlah pada Piala Dunia, kejayaan China melayakkan diri ke Piala Dunia dianggap sebagai pencapaian yang membanggakan.

Selepas Hong Kong yang dikuasai United Kingdom, dan Makau yang dikuasai Portugal dikembalikan kepada Republik Rakyat China, kedua-dua pasukan bola sepak kawasan pentadbiran khas ini diberi kebenaran untuk terus berada dalam FIFA. Kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Hong Kong, China dan Makau, China.

Pada masa kini, bola sepak menjadi salah satu sukan yang popular di Republik Rakyat China. Seramai 300 juta orang yang menyaksikan China bermain di Piala Dunia dan 170 juta membeli set televisyen baru untuk menyaksikan China di Piala Dunia. Seramai 250 juta orang menyaksikan perlawanan akhir Piala Asia 2004. Jumlah ini merupakan jumlah terbanyak dalam sejarah sukan China.

Pencapaian[sunting]

Naib Juara (2): 1984, 2004
Third places (2): 1976, 1992
Pingat Perak (1): 1994
Pingat Gangsa (2): 1978, 1998
Juara (1): 2005
Naib Juara (2): 1990, 1998
Tempat ke-3 (2): 2003, 2008

Pautan luar[sunting]