Geseran epiglotis bersuara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| IPA – nombor | 174 |
| IPA – teks | ʢ |
| IPA – imej | |
| Entiti | ʢ |
| X-SAMPA | <\ |
| Kirshenbaum | |
Geseran epiglotis bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʢ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan <\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri [sunting]
Ciri-ciri geseran epiglotis bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah epiglotis, iaitu disebut dengan epiglotis menyentuh belakang farinks.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Disebabkan disebut dengan kerongkong dan bukan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Kegunaan [sunting]
| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Arab | Loghat-loghat tertentu[1] | تَعَشَّى | [t̪ɑʢɑʃʃɐː] | 'bermakan larut malam' | Berpadanan dengan /ʕ/ (atau [ʔˤ]) dalam Bahasa Arab Baku atau loghat-loghat lain. Rujuk fonologi bahasa Arab |
Rujukan [sunting]
- ↑ Ladefoged & Maddieson (1996:167-168)
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||