Halimahtus Sa'adiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Halimahtus Sa'adiah (Bahasa Arab: حليمة السعدية‎) atau nama sebenarnya Halimah binti Abi Dhuayb Abdullah ibn Al-Harith ibn Shagna ialah ibu susu yang juga merangkap ibu angkat bagi Nabi Muhammad s.a.w. Halimah dan juga suaminya Al-Harith bin Andul Uzza berasal daripada kabilah atau puak Arab Sa'd bin Bakr, yang merupakan sub-bahagian dari Hawazin (kabilah atau puak terbesar yang menguasai wilayah Arab utara pada ketika itu).[1]

Tradisi Arab ketika zaman itu ialah menghantar bayi yang baru lahir untuk disusukan di persekitaran padang pasir yang lebih sihat berbanding di kota Makkah. Para ibu susu Badwi tersebut bagaimanapun lebih gemarkan bayi yang bapanya masih hidup. Begitu juga Halimah, namun disebabkan gagal mendapat bayi lain, beliau mengambil juga Muhammad SAW, lapan hari selepas baginda diputerakan. Beliau menyusukan baginda sehingga cerai susu sekitar umur dua tahun sebelum dipulangkan kepada ibunya Aminah binti Wahab. Bagaimanapun beliau meminta dan dibenarkan untuk terus memelihara baginda sehinggalah berumur empat atau lima tahun, iaitu sehingga peristiwa hati baginda dicuci Malaikat Jibril.[2]

Makam Halimah terletak di Jannatul Baqi, Madinah, Arab Saudi.[petikan diperlukan]

Anak[sunting | sunting sumber]

  • Abdullah ibn Al-Harith
  • Anissa binti Al-Harith
  • Hothafa binti Al-Harith (juga dikenali sebagai Al-Shaimaa binti Al-Harith

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. William Montgomery Watt, Ḥalīma Bint Abī Ḏh̲u;ayb, Encyclopedia of Islam
  2. Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Muhammad's Birth and Forty Years Prior Prophethood". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. ms. 57–59.