Kejohanan Wushu Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kejohanan Wushu Dunia
GenreAcara sukan global
KekerapanDwitahunan
Dirasmikan1991
Paling terkini
2019
Dianjurkan oleh
IWUF
Laman sesawang
http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/world-wushu-championships/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kejohanan Wushu Dunia
Cina Ringkas: 世界武术锦标赛
Transliterasi
Bahasa Mandarin
- Hanyu Pinyin: Shìjiè wǔshù jǐnbiāosài

Kejohanan Wushu Dunia (WWC) merupakan kejohanan wushu antarabangsa yang dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) untuk sukan wushu (taolu dan sanda/sanshou). [1] Kejohanan ini diadakan pada setiap dua tahun sekali sejak tahun 1991. Kejohanan Wushu Dunia lazimnya juga berbetulan dengan Kongres IWUF dan juga dengan pelbagai mesyuarat jawatankuasa. [1] Pertandingan ini juga menjadi acara kelayakan untuk Piala Dunia Taolu dan Piala Dunia Sanda . WWC merupakan pengganti bagiKejohanan Wushu Jemputan Antarabangsa yang dianjurkan sebelum IWUF ditubuhkan.

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Tahun Edisi Lokasi Bilangan Acara Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga
1991 1 Republik Rakyat China Beijing, China 23  Republik Rakyat China  Jepun  Kesatuan Soviet
1993 2 Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia 24  Republik Rakyat China  Rusia  Hong Kong
1995 3 Amerika Syarikat Baltimore, Amerika Syarikat 24  Republik Rakyat China  Hong Kong  Rusia
1997 4 Itali Rom, Itali 25  Republik Rakyat China  Hong Kong  Rusia
1999 4 Hong Kong Hong Kong, China 31  Republik Rakyat China  Hong Kong  Vietnam
2001 6 Armenia Yerevan, Armenia 41  Republik Rakyat China  Vietnam  Korea Selatan
2003 7 Makau Macau, China 39  Republik Rakyat China  Vietnam  Rusia
2005 8 Vietnam Hanoi, Vietnam 40  Republik Rakyat China  Vietnam  Malaysia
2007 9 Republik Rakyat China Beijing, China 40  Republik Rakyat China  Makau  Vietnam
2009 10 Kanada Toronto, Kanada 40  Republik Rakyat China  Iran  Hong Kong
2011 11 Turki Ankara, Turki 40  Republik Rakyat China  Iran  Hong Kong
2013 12 Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia 46  Republik Rakyat China  Iran  Malaysia
2015 13 Indonesia Jakarta, Indonesia 50  Republik Rakyat China  Indonesia  Iran
2017 14 Rusia Kazan, Russia 44  Republik Rakyat China  Iran  Hong Kong
2019 15 Republik Rakyat China Shanghai, China 44  Republik Rakyat China  Iran  Hong Kong
2023 16 Amerika Syarikat Dallas, Amerika Syarikat TBD Acara akan datang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Wushu Dunia 1999 telah memperkenalkan acara Taijijian, Nandao, dan Nangun.

Set taolu wajib kedua IWUF dilaksanakan sebagai acara tambahan dalam Kejohanan Wushu Dunia 2001 bersampingan dengan acara untuk taolu wajib pertama. Pertandingan ini juga melaksanakan ujian doping untuk pertama kalinya. Kesemua 12 sampel kembali tanpa keputusan positif.[2]

Dalam Kejohanan Wushu Dunia 2003, semua atlet diwajibkan untuk bertandingan dengan set taolu wajib IWUF kedua. Acara sanshou perempuan dan duilian perempuan juga diperkenalkan pada pertandingan ini.

Ekoran daripada perubahan peraturan yangbesar, acara taolu wajib dihentikan bermula dengan Kejohanan Wushu Dunia 2005 .

Muzik latar belakang dibenarkan untuk pertama kalinya bagi acara taijiquan dan taijijian di Kejohanan Wushu Dunia 2007

Taolu changquan, nanquan, dan taijiquan dari set taolu wajib IWUF ketiga dipertandingkan pada tahun 2013 dan 2015 sebagai acara tambahan.

Kejohanan Wushu Dunia 2015 menyaksikan pengenalan pelbagai acara seni bela Cina tradisional.

Keperluan tahap kesukaran bagi senjata panjang dilaksanakan dalam Kejohanan Wushu Dunia 2017 .

Kejohanan Dunia Wushu 2019 menyaksikan pengenalan acara kumpulan kreatif (jiti) dengan hakim bertauliah dan hakim selebriti. Para hakim menilai persembahan dan memberikan mata (jumlah mata: 10.000) mengikut prosedur penilaian IWUF biasa dan hakim selebriti memberikan skor (jumlah mata: 10.000) berdasarkan pilihan peribadi. Pingat untuk acara ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada keseluruhan pungutan pingat.

Kejohanan Wushu Dunia 2021 dijadualkan semula sehingga tahun 2023 akibat daripada pandemik COVID-19 . Acara kipas taiji (taijishan) dijangka akan diperkenalkan dalam pertandingan ini.

Jadual pingat sepanjang masa[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jadual pingat sepanjang masa setakat Kejohanan Wushu Dunia 2019 . [3]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 China (CHN)212122226
2 Iran (IRI)51222396
3 Hong Kong (HKG)486339150
4 Rusia (RUS)393334106
5 Vietnam (VIE)365858152
6 Korea Selatan (KOR)234149113
7 Makau (MAC)22363290
8 Malaysia (MAS)22334499
9 Filipina (PHI)17193369
10 Indonesia (INA)15131846
11 Jepun (JPN)14384092
12 Taipei Cina (TPE)8202250
13 Mesir (EGY)8183056
14 Myanmar (MYA)59721
15 Singapura (SGP)4111631
16 Belanda (NED)43714
17 India (IND)391628
18 Itali (ITA)381829
19 Brazil (BRA)371525
20 Turkmenistan (TKM)3104
21 Amerika Syarikat (USA)2162846
22 Ukraine (UKR)2111528
23 Turki (TUR)292637
24 Romania (ROU)291324
25 Perancis (FRA)242430
26 Kazakhstan (KAZ)21710
27 Kesatuan Soviet (URS)2002
28 Sepanyol (ESP)17614
29 Azerbaijan (AZE)17412
30 Kanada (CAN)131519
31 Lubnan (LBN)121013
32 Great Britain (GBR)12912
33 Armenia (ARM)12710
34 Tajikistan (TJK)1113
35 Australia (AUS)1023
36 Israel (ISR)1012
37 Belarus (BLR)05611
38 Sweden (SWE)041014
39 Tunisia (TUN)0257
40 Kyrgyzstan (KGZ)0224
41 Venezuela (VEN)0213
42 Poland (POL)0145
 Uzbekistan (UZB)0145
44 Mongolia (MGL)0123
45 Bermuda (BER)0112
 Maghribi (MAR)0112
 Mexico (MEX)0112
 Republik Czech (CZE)0112
49 Argentina (ARG)0101
50 Algeria (ALG)001111
51 Jerman (GER)0044
 Switzerland (SUI)0044
 Yunani (GRE)0044
54 Jordan (JOR)0033
 Yaman (YEM)0033
56 Afrika Selatan (RSA)0022
 Belgium (BEL)0022
 Portugal (POR)0022
 Sri Lanka (SRI)0022
 Thailand (THA)0022
61 Afghanistan (AFG)0011
 Georgia (GEO)0011
 Korea Utara (PRK)0011
 New Zealand (NZL)0011
 Peru (PER)0011
Jumlah (65 negara)5635517531867

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "World Wushu Championships". IWUF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-02.
  2. ^ "World Wushu Championships Keeps Clean Record in First Doping Test". english.people.com.cn. Dicapai pada 7 March 2018.
  3. ^ "Results". IWUF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-07.