King Charles Spaniel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
King Charles Spaniel
Seekor anjing kecil hitam dan perang dengan telinga panjang duduk dan memandang ke atas. Ia mempunyai muncung gabuk pendek.
Nama lain Anjing spaniel mainan Inggeris
Anjing spaniel mainan
Charlies
Prince Charles Spaniel
Ruby Spaniel
Anjing spaniel blenheim
Negara asal England
Ciri
Berat 8–14 paun (3.6–6.4 kg)
Tinggi 9–11 inci (23–28 cm)
Warna King Charles – hitam dan sawo matang
Prince Charles – putih dengan tompok hitam dan sawo matang
Blenheim – putih dengan tompok merah
Ruby – merah
Jangka hayat 10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

King Charles Spaniel atau anjing spaniel mainan Inggeris (Bahasa Inggeris: English toy spaniel) ialah satu baka anjing jenis spaniel. Pada 1903, The Kennel Club menggabungkan empat baka anjing spaniel mainan berlainan atas satu judul tunggal ini. Keragaman lain yang bercantum menjadi baka ini ialah Blenheim Spaniel, Ruby Spaniel dan Prince Charles Spaniel, setiap satu menyumbangkan salah satu daripada empat warna tersedia pada baka ini.

Disangkakan berasal dari Timur Jauh, anjing spaniel mainan pertama kali dilihat di Eropah pada abad ke-16. Ia dimasyhurkan dengan hubung kaitnya dengan Raja Charles II dari England (1630–1685) dan berkaitan dengan kerabat diraja Inggeris sejak masa Ratu Mary I (1516–1558). Anggota baka ini pernah dimiliki oleh Duchess Agung Anastasia Nikolaevna dari Rusia, Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II.

King Charles Spaniel dan jenis anjing spaniel mainan lain dibiakbakakan bersilang dengan anjing pug pada awal abad ke-19 untuk mengurangkan saiz hidungnya, mengikuti gaya zaman itu. Pada abad ke-20 terdapat usaha untuk memulihkan jurai keturunan King Charles Spaniel kepada baka zaman Charles II. Ini termasuk anjing spaniel pemukat mainan yang tidak berjaya dan Cavalier King Charles Spaniel yang kini popular. Cavalier King Charles Spaniel agak lebih besar, dengan kepala rata dan hidung lebih panjang, sementara King Charles Spaniel adalah lebih kecil, dengan kepala kubah dan muka rata.

Dahulu baka yang bergabung dengan King Charles Spaniel digunakan untuk perburuan; kerana tingginya ia tidak sesuai. Ia menyimpan naluri perburuannya, tetapi tidak menunjukkan tenaga tinggi dan lebih sesuai menjadi anjing riba. Baka moden ini terdedah kepada beberapa masalah kesihatan, termasuk keadaan jantung dan pelbagai isu mata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tertentu
Umum

Pautan luar[sunting | sunting sumber]