Konsonan artikulasi serentak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konsonan artikulasi serentak atau koartikulasi ialah konsonan yang dihasilkan dengan dua daerah artikulasi secara serentak. Konsonan sedemikian boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu konsonan artikulasi berganda yang mana dua daerah artikulasi dikenakan cara yang sama (kedua-dua letupan, atau kedua-dua sengauan, dsb.), dan konsonan artikulasi sekunder iaitu tidak sama caranya.

Contoh konsonan berartikulasi berganda ialah letupan bibir-velar tak bersuara [k͡p], yang disebut di velum ([k]) dan bibir ([p]) serentak. Hampir semua konsonan artikulasi berganda adalah bibir-velar, kecuali konsonan klik.

Artikulasi sekunder pula tidak kurang bilangannya, terutamanya yang berbentuk pembibiran (seperti [kʷ]), pempalatalan (seperti konsonan "lembut" [pʲ] dalam bahasa Rusia), pemvelaran (seperti L "gelap" [lˠ] dalam bahasa Inggeris), dan pemfarinksan (seperti konsonan penegas [tˤ] dalam bahasa Arab).