Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letusan belakang gusi bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara d͡ʒ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dZ dalam X-SAMPA.
Dalam bahasa Melayu, letusan belakang gusi bersuara dilambangkan oleh huruf j, contohnya: jajah, anjak dan caj.
Ciri-ciri letusan belakang gusi bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikulasinya adalah lelangit-gusi, iaitu belakang gusi melengkung (separa dipalatalkan), dalam erti kata lain disebut dengan daun lidah di belakang batas gusi, dan bahagian hadapan lidah dilengkungkan ke arah lelangit.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
- Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 227-232
- Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquiapan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association 38 (1): 107-114
- Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association 34 (1): 117-121
- Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association 36 (2): 255-264
- Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar. [bantuan]
Bagi aksara-aksara berpasangan, aksara di kanan ialah konsonan bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan pulmonik yang didapati mustahil. |
|
|
|
|
|