Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Letusan belakang gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara t͡ʃ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan tS dalam X-SAMPA.
Dalam bahasa Melayu, letusan belakang gusi tak bersuara dilambangkan oleh huruf c, contohnya: cuci, lancar dan Mac.
Ciri-ciri letusan belakang gusi tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
- Daerah artikulasinya adalah lelangit-gusi, iaitu belakang gusi melengkung (separa dipalatalkan), dalam erti kata lain disebut dengan daun lidah di belakang batas gusi, dan bahagian hadapan lidah dilengkungkan ke arah lelangit.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
- Barbosa, Plínio A.; Albano, Eleonora C. (2004), "Brazilian Portuguese", Journal of the International Phonetic Association 34 (2): 227-232
- Blevin, Juliette (1994), "The Bimoraic Foot in Rotuman Phonology and Morphology", Oceanic Linguistics 33(2): 491-516
- Ladefoged, Peter (2005). Vowels and Consonants (Second ed.). Blackwell. ʈ
- Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association 33 (2): 255-259
- Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquipan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association 38 (1): 107-114
- Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association 34 (1): 117-121
- Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association 36 (2): 255-264
- Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar. [bantuan]
Bagi aksara-aksara berpasangan, aksara di kanan ialah konsonan bersuara. Petak-petak yang digelapkan menandakan penyebutan pulmonik yang didapati mustahil. |
|
|
|
|
|