Kumpulan I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Unsur - unsur yang terdapat dalam Kumpulan I ialah:

Unsur-unsur di dalam Kumpulan I juga dikenali sebagai logam-logam alkali.

Sifat-sifat Fizik [sunting]

  • Semua logam alkali merupakan pepejal kelabu dengan permukaan berkilau pada keadaan bilik.
  • Semua logam alkali ialah pepejal lembut dan mudah dipotong.
  • Semua logam alkali mempunyai ketumpatan yang rendah.
  • Semua logam alkali mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah apabila dibandingkan dengan dengan logam-logam berat seperti Kuprum, Besi, Zink, dan sebagainya.

Sifat Kimia [sunting]

Semua atom logam alkali mempunyai satu elektron di petala luar, iaitu satu elektron valens sahaja. Oleh itu, Kumpulan I mempunyai sifat kimia yang sama.

Walaupun sifat-sifat kimia semua unsur logam alkali adalah sama, tetapi kereaktifannya adalah berbeza.