Mandailing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sangkalon.

Orang Mandailing merupakan sebahagian daripada masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.

Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk getah, kulit kayu manis, kopi dan melombong emas. Mereka terkenal dengan tradisi persuratan dan sembilan gendang besar yang disebut Gondang Sambilan.

Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini.

Patung Sangkalon yang menjadi lambang keadilan dalam masyarakat Mandailing sering disalah anggap oleh masyarakat luar. Patung yang dipanggil 'si pangan anak si pangan boru' yang bermaksud 'si pemakan anak lelaki, si pemakan anak perempuan' ini dijadikan tohmahan bahawa kaum Mandailing adalah kaum pemakan daging manusia. Padahal maksud sebenar perumpamaan ini ialah setiap keadilan mesti ditegakkan meskipun terpaksa membunuh anak sendiri.

Isi kandungan

[sunting] Marga

Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga pada namanya. Perkataan marga atau clan itu berasal dari bahasa Sanskrit. Varga ertinya warna. Dalam hal ini marga bermaksud kelompok atau puak orang yang berasal dari satu keturunan. Hal ini samalah sebagaimana amalan kaum-kaum lain seperti orang Arab memakai nama suku dan orang Tionghoa memakai nama seh mereka.

Antara marga-marga yang biasa dikenali di Malaysia ialah Lubis, Nasution, Harahap, Siregar, Hasibuan, Malungun dan Batu Bara. Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka sudah tidak begitu memahami tradisi dan asal usul keturunan atau sengaja menghilangkan identiti Mandailing kerana faktor-faktor tertentu. Faktor perkahwinan dengan wanita bukan Mandailing juga menyebabkan hilangnya penggunaan 'marga', meskipun sepatutnya anak tersebut masih berhak menggunakan nama marga mengikut bapanya.

Seperti kebanyakan masyarakat di dunia, masyarakat Mandailing adalah patriarki, iaitu mengikut nasab atau keturunan sebelah bapa. Hal ini menyebabkan hanya anak lelaki sahaja yang akan menjadi penyambung marga bapanya, yakni akan mewariskan marga tersebut kepada anak-anaknya. Bagi anak perempuan pula, mereka kekal dengan marga bapanya walaupun setelah berkahwin. Hal ini berbeza dengan wanita Cina atau Inggeris yang menggunakan nama keluarga suaminya. Namun wanita Mandailing tidak mewariskan marga tersebut kepada anak-anak mereka.

[sunting] Sejarah penghijrahan

Menurut Basyral Hamidy Harahap, orang Mandailing yang merantau ke semenanjung tanah melayu memiliki sifat-sifat keberanian, berilmu agama, elmu hadatuon (ilmu pendukunan) dan memiliki semangat ingin maju. Penghijrahan beramai-ramai dipercayai berlaku selepas Perang Padri (1816-1833). Selain itu keinginan untuk menuntut ilmu agama, berniaga, membawa diri kerana perselisihan faham di kalangan ahli-ahli keluarga atau menghindarkan penjajahan Belanda juga menjadi faktor kedatangan mereka ke semenanjung.

[sunting] Kegiatan ekonomi

Orang Mandailing terutamanya marga Harahap adalah penternak dan pedagang kuda yang terkenal. Marga Nasution, Hasibuan dan Pulungan pula dikenali sebagai pedagang emas.

[sunting] Tokoh/Ulama Islam

  • Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri
  • Tuan Haji Abdullah Abbas Nasution
  • Syeikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili, mengajar di Masjidil Haram, Mekah.
  • Syeikh Abdul Qadir bin Abdullah al-Mandaili, salah sebuah hasil karyanya ialah Tarjamah Matil Ajrumiyah.
  • Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthallib al-Mandaili, beliau memulakan pendidikannya daripada Syeikh Wan Ibrahim (Pak Cu Him), Pondok Gajah Mati, Kedah.
  • Syeikh Abdul Ghani bin Abdul Hamid al-Mandaili al-Khalidi an-Naqsyabandi berasal dari Kampung Cu Badak, Mandailing, Sumatera Utara kemudian pindah ke Selangor dan membina semula masjid Kampung Selayang.
  • Syeikh Ja'far, termasuk salah seorang murid Syeikh Ahmad al-Fathani yang ditugaskan belajar di Universiti al-Azhar Mesir.
  • Syeikh Junaid Thola, dimakamkan di Kp. Lamo Hutanamale Tarlola Sibanggor

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain