Mohd. Yusof Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor

Tan Sri Datuk Dr Yusof' bin Haji Md Noor lahir pada 1941 di Besut, Terengganu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar , Universiti Eins Shams dan Universiti Kaherah di Mesir dan pulang dengan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau juga pernah mendapat pendidikan di Stratchlyde Business School di Scotland.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yusof Noor pernah menjadi guru di beberapa buah sekolah sehingga ke menara gading. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1970-1984. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Naib Canselor UKM. Beliau kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas dilantik sebagai senator antara 1987-1990.

1990-1995 menjadi Menteri Perusahaan Awam. Beliau juga dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dari 1995-1999.

Beliau pernah menjadi pengerusi MARA dan membina MRSM Besut .

Kini beliau merupakan Pengerusi FELDA sehingga 1 Januari 2011[1] dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) , Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan Pengerusi di AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah).

Khidmat masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Pengerusi Yayasan Ehsan dan Pengerusi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsan dan Antarabangsa.

Sebagai bekas ahli akademik, beliau telah menulis buku dan kertas-kertas kerja ilmiah sebagai tanda cinta beliau dalam bidang ilmu.


Beliau turut mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya melalui Persatuan Falak Syari Malaysia di mana beliau merupakan perasmi kepada majlis penubuhan persatuan ini pada tahun 1986 sekaligus menjadi Penaung pertama PFSM.

Beliau juga bertanggungjawab dalam pembinaan Planetarium Negara dan Pusat Cerapan KUSZA , Terengganu.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan pingat KMN, PPT, JMN, DPMT, SPMT, DSSA, PSM dari berbagai negeri di Malaysia dan beliau juga telah dianugerahkan Bintang al-Ulum wal Funun oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak pada tahun 1988.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan menerima wang tunai RM100,000, sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia. .[2]

Jawatan[sunting | sunting sumber]

  • AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2000-2003

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)

Rujukan[sunting | sunting sumber]