Jamil Khir Baharom
| Senator Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom |
|
![]() |
|
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama Islam)
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 10 April 2009 |
|
|
|
|
| Tempat lahir | Yan,Kedah |
|---|---|
| Pasangan | Datin Seri Fatmawati Saidin |
| Anak | 6 |
| Alma mater | Universiti Malaya Universiti Cordoba |
| Pekerjaan | Menteri |
| Agama | Islam |
Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau pernah menjadi Pengarah Kagat iaitu Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia. Beliau sering menjadi tetamu undangan dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan RTM1. Sebelum ini , pada 7 Januari 2004, Brig Gen (Bersara) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin dari Kagat juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[1]
Beliau dilantik menjadi Menteri di JPM oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Isterinya Datin Fatmawati Saidin dan mereka mempunyai lima anak lelaki dan seorang perempuan.
Isi kandungan |
[sunting] Pendidikan
Beliau lulusan Universiti Malaya jurusan Syariah (1986) dan Sarjana Pengurusan Ekonomi Islam dari Universiti Cordova jurusan pengajian Islam. Kemudian belajar di Virginia, Amerika Syarikat 2000 . Seterusnya sambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.
[sunting] Kerjaya
Selepas tamat belajar di UM, beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia sebagai kapten pada 1986. Seterusnya kolonel pada 1 April 2002 dan Timbalan Pengarah Kagat pada 2004. Kemudian dinaikkan pangkat sebagai pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia bermula 06 Oktober 2005 hingga 9 April 2009.
[sunting] Kontroversi
[sunting] Pembesaran banglo
Portal Malaysia Today mempersoalkan pembesaran banglo beliau di Kampung Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Sejak 1994 lagi keluarganya yang ramai menginap di situ. Jadi, tentu ada banyak kereta di halaman rumah.[2] Hal ini mungkin menyamai kes rumah banglo bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo .[3]
[sunting] Penyalahgunaan wang zakat
Pada 21 Jun 2011, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution mempersoalkan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.Cek RM31,150.00 diserah kepada Syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir yang telah ditandatangani sendiri Che Mat, yang juga Setiausaha MAIWP pada 21 April 2010.Sedangkan mereka bukan asnaf yang lapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendedahkan peruntukan zakat MAIWAP digunakan untuk membiayai yuran guaman Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.Mereka berdua berhadapan tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemusykilan timbul kerana "Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali.".[4][5]
