Taib Azamudden Md Taib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Taib Azamudden Md Taib
Taib Azamudden Md Taib

Parlimen Baling, Kedah
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Mashitah Ibrahim (BN)
Digantikan oleh penyandang
Majoriti 7,613

Ahli Parlimen Baling, Kedah

Ahli Parlimen
untuk P16 Baling, Kedah
Tempoh berjawat
1999 – 2004
Didahului oleh Bahador Shah Md. Isa (BN)
Digantikan oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (BN)
Majoriti 1,394

Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Imam besar Masjid Negara, Ahli Parlimen
Agama Islam

Taib Azamudden Md Taib merupakan seorang ustaz dan bekas imam besar Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen Baling, Kedah selama dua penggal iaitu pada penggal 1999-2004 dan 2008.

Pendidikan[sunting]

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989.

Politik[sunting]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding dalam kawasan parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS. Beliau menang dengan 21468 undi. Sementara calon Barisan Nasional mendapat 20074 undi. Tetapi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.

Parlimen Malaysia: Baling, Kedah
Tahun Pakatan Rakyat Undi % Barisan Nasional Undi %
1999 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 21,468 50% Bahador Shah Md Isa (UMNO) 20,074 47%
2004 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 28,432 46% Mashitah Ibrahim (UMNO) 32,661 53%
2008 Taib Azamudden Md Taib (PAS) 36,074 55% Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) 28,461 43%