Felipe Massa
Massa di Grand Prix Malaysia 2010. |
|
| Kejuaraan | 0 |
|---|---|
| Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2002 |
| Kemenangan pertama | Grand Prix Turki 2006 |
Felipe Massa (sebutan dalam bahasa Portugal: [fe'lipi 'masɐ], lahir April 25, 1981) adalah pemandu kereta lumba Formula Satu Brazil. Beliau tamat di tempat kedua dalam Kejuaraan Dunia Pemandu 2008, dan di bawah kontrak untuk berlumba dengan Scuderia Ferrari sehingga akhir musim 2012.[1]
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
[sunting] Sauber Petronas
Dalam tahun rookie di Formula 1, Massa bergandingan dengan juara F3000 1999 Nick Heidfeld di pasukan Sauber. Massa menunjukkan dia seorang pemandu yang kompetitif, tetapi melakukan beberapa kesilapan semasa musim rookie, termasuk terbabas di litar. Massa mendapat 4 mata kejuaraan dalam musim pertamanya, dengan keputusan terbaik tempat ke-5 di Grand Prix Sepanyol di Circuit de Catalunya. Massa mengalami pergantungan satu perlumbaan di akhir musim, memaksa dia untuk terlepas Grand Prix Amerika Syarikat. Heinz-Harald Frentzen, bekas pemandu Sauber menggantikan Massa dalam perlumbaan tersebut. Walaupun Massa kembali ke tempat duduk pemandu untuk Grand Prix Jepun, Sauber membuat kepastian bahawa Frentzen akan memandu bersama Heidfeld pada 2003, meninggalkan Massa tanpa pasukan. Massa menghabiskan setahun dengan pembekal enjin Sauber, Scuderia Ferrari, untuk mendapat pengalaman melalui pemandu ujian.
Selepas menimba pengalaman dan kadar kesilapan semakin menurun, Sauber menandatangani semula Massa untuk musim 2004. Dalam 2004, Massa memperoleh 12 daripada 34 mata Sauber, dengan keputusan terbaik mendapat tempat ke-4 dalam Grand Prix Belgium. Rakan pasukannya, Giancarlo Fisichella, memperolehi 22 mata untuk pasukan. Dalam 2005, Massa kekal bersama Sauber. Walaupun dia hanya memperolehi 11 mata, Massa mengatasi Jacques Villeneuve dalam keseluruhan musim, dan menewaskan beliau dalam kejuaraan pemandu. Dalam musim 2006, Massa menyertai semula Ferrari sebagai pemandu, bersama Michael Schumacher.
[sunting] Scuderia Ferrari
[sunting] 2006
[sunting] Keputusan
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
[sunting] Rujukan
- ↑ "Felipe Massa to stay at Ferrari until 2012", formula1.com, Formula One Administration, 2010-06-09. Dicapai pada 2010-06-09.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Felipe Massa |
|
|||||