Parti Gerakan Rakyat Malaysia
| Parti Gerakan Rakyat Malaysia Malaysian People's Movement Party GERAKAN |
|
|---|---|
| Ketua | Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon |
| Diasaskan | 24 Mac 1968 |
| Ibu pejabat |
Level 5, Menara PGRM, 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 KUALA LUMPUR. |
| Penggabungan nasional | Barisan Nasional |
| Tapak web | |
| Laman GERAKAN | |
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian People's Movement Party; singkatan: GERAKAN) merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Parti ini adalah parti serpihan parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diasaskan pada 24 Mac 1968 oleh bekas Presiden MCA yang kedua, Tun Dr. Lim Chong Eu. GERAKAN merupakan sebahagian daripada parti campuran iaitu Barisan Nasional semenjak 1974.
Presiden Gerakan terkini ialah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang mengambil-alih jawatan Presiden selepas Dr Lim Keng Yaik meletakkan jawatan pada 8 April 2007. Parti ini akan mengadakan pilihan raya kepimpinan pada penghujung 2008.
Pada 27 Ogos 2005, parti ini mengadakan pilihan raya parti yang memperlihatkan kedudukan Dr Lim Keng Yaik sebagai presiden dicabar oleh timbalannya, Kerk Choo Ting. Dr Lim mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas memenangi 983 undi berbanding 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. Dr Koh Tsu Koon menjadi Timbalan Presiden yang baru selepas beliau menang tanpa bertanding pada hari pencalonan bagi pilihan raya parti.
Pada November 2006, presiden parti Barisan Nasional yang lain, Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas, mengusulkan penggabungan antara Gerakan dan PPP. Koh menyambut baik cadangan tersebut.[1]
Pada 2006, kira-kira 80% ahli Gerakan ialah etnik China, sementara 15% yang lain ialah etnik India, etnik Melayu, atau etnik yang lain.[1]
Parti ini mencatat rekod pilihan raya terburuk semasa berlangsung Pilihan Raya Umum 2008, yang memperlihatkan Gerakan hanya memenangi 2 kerusi, berbanding kemenangan 10 kerusi pada pilihan raya sebelumnya. Jadi, parti ini kehilangan jawatan kabinet dan pembuangan ahli kabinet. Parti ini juga kehilangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sudah dipegang oleh mereka bagi satu masa yang panjang. Berikutan kekalahan parti dalam Pilihan Raya Umum 2008, presidennya iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menawarkan diri untuk letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab dalam kekalahan tersebut.
Parti ini merupakan anggota Majlis Liberal dan Demokrat Asia.
Isi kandungan |
Senarai presiden [sunting]
| Nama | Tempoh perkhidmatan |
|---|---|
| Professor Syed Hussein Alatas | 1968 - 1969 |
| Tun Dr. Lim Chong Eu | 1969 - 1980 |
| Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik | 1980 - 8 April 2007 |
| Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon | 8 April 2007 - kini |
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia - laman rasmi
Rujukan lain [sunting]
- Chin, James (2006) New Chinese Leadership in Malaysia: The Contest for the MCA and Gerakan Presidency Contemporary Southeast Asia (CSEA), Vol. 28, No. 1 (April 2006).
- Goh, Cheng Teik (1994). Malaysia: Beyond Communal Politics. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-475-4.
- Pillai, M.G.G. (3 Nov. 2005). "National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence". Malaysia Today.
Nota dan rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 Suthakar, K. (Nov. 20, 2006). PPP menawarkan tawaran Gerakan bergabung. The Star.