Pluralisme agama di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pularisme agama di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, kebebasan beragama juga dijamin di bawah Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan di mana ia menetapkan bahawa setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya. Perkara 11(1) menyatakan - “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya”.[1]Fasal (4) memberikan kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.


Peruntukan ini dilihat selari dengan Jadual Ke-9, Senarai II, Item 1 – “mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam;”. Kebebasan menganuti atau mengamalkan agama termaktub pada Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada sekatan atau sebarang halangan untuk melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan di Malaysia.[1]Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berpandangan bahawa setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, jantina, bangsa dan agama adalah dijamin hak asasinya sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, ini termasuklah golongan rentan. Ia meliputi hak untuk hidup (iaitu meliputi hak untuk mencari nafkah, hak privasi dan hak untuk hidup secara bermaruah), bergerak, beragama, mendapat pendidikan, memiliki harta, mendapat penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang adalah setara di sisi undang-undang dan tidak boleh didiskriminasikan.[1]


Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, bedasarkan rakyat yang berbilang kaum dan agama


Rukun Negara iaitu ;


Kepercayaan kepada Tuhan,

Kesetiaan kepada Raja dan Negara,

Keluhuran Perlembagaan,

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan.


Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Kaum-kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme, Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama juga dapat membimbing tindakan seseorang untuk membentuk masyarakat bermoral .

Politikal[sunting | sunting sumber]

Parti Politik berasaskan agama di Malaysia


Asas demografi etnik domestik berkaitan dengan corak dimensi politik yang telah menghasilkan penubuhan parti politik berdasarkan etnik di Malaysia.[2] Antaranya termasuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) [3]dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti yang hampir sepenuhnya terdiri daripada kalangan etnik Melayu, sementara beberapa parti kecil mewakili suku bumiputera di Sabah dan Sarawak, Persatuan Cina Malaysia (MCA), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Gerakan, parti yang utamanya terdiri daripada kumpulan etnik Cina[4] dan Kongres India Malaysia (MIC) serta beberapa parti kecil yang mewakili kaum India. Parti-parti berbeza ini mencerminkan sifat landskap politik yang diikatkan kepada asas demografi etnik.[2]


Salah satu formula utama pluralisme dalam buadaya politik di Malaysia adalah menggabungkan parti bersama pelbagai parti dengan komposisi etnik yang berbeza dalam usaha untuk mendapatkan sokongan semua kumpulan etnik dalam masyarakat.[5] Baik kerajaan pemerintah mahupun koalisi pembangkang telah menggunakan formula ini dan mencapai tahap kejayaan tertentu. [2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Di peringkat sekolah rendah dan menengah, struktur pendidikan mencerminkan dan mengekalkan asas demografi etnik. Walaupun sekolah-sekolah kebangsaan wujud, sekolah vernakular, sama ada Cina atau Tamil, menyediakan aliran alternatif pendidikan formal.[6] Sebilangan sekolah vernakular ini adalah swasta atau 'independen', bermakna mereka sepenuhnya dibiayai sendiri dan mungkin mempunyai kurikulum yang berbeza daripada sekolah kebangsaan, manakala yang lain adalah separa-kerajaan, iaitu mendapatkan sebahagian daripada dana mereka daripada kementerian kerajaan. Selain itu, terdapat juga sekolah berdasarkan agama (atau SAR) yang memberi tumpuan bukan hanya kepada pendidikan 'sekular' tetapi juga kurikulum Islam. Untuk memperkomplikasikan lagi dimensi pendidikan, beberapa sekolah kebangsaan juga adalah sekolah konvent, seperti St. Michael's, St. George's, St. John's dan St. Mary's, yang pada asalnya ditubuhkan oleh biarawati dan gereja; yang mempunyai orientasi agama tertentu pada pentadbiran sekolah. Saat ini, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan sedang merancang dan mengujicuba "sekolah wawasan". Tujuannya adalah untuk menggalakkan integrasi etnik dengan menempatkan sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular berdekatan sambil berkongsi kawasan dan sumber yang sama, seperti padang permainan dan lain-lan. [7]

Sekolah Venakular di Miri, Sarawak
Sekolah Venakular di Miri, Sarawak


Dengan pelbagai sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah, sebahagian besar kanak-kanak terdiri daripada kumpulan etnik tertentu, terutamanya di sekolah vernakular dan sekola[8]h agama, akan mengalami pengalaman bersama dengan kanak-kanak dari kumpulan etnik lain. Selanjutnya, jika jumlah yang semakin ramai yang terdiri daripada orang Cina, India atau Melayu belajar ke sekolah vernakular atau sekolah agama, jumlah mereka yang pergi ke sekolah kebangsaan semakin berkurangan. Oleh itu, pluralisme yang sihat tidak dapat berjaya muncul darinya. [8][7]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Dimensi lain yang menjadi cabaran kepada pluralisme agama adalah geografi Malaysia. Seperti yang terlihat dalam realiti semasa, terdapat beberapa ciri geografi yang memisahkan. Pada tahap tertinggi, Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu timur dan barat, dipisahkan oleh Laut China Selatan.


Pemisahan geografi ini menghasilkan warisan budaya yang berbeza kerana itu wujudnya tradisi agama yang berbeza. Ini adalah sebahagian daripada alasan mengapa terdapat bumiputera bukan-Muslim yang mungkin berkongsi agama yang sama, seperti Katolik, dengan bukan-bumiputera.


Keluasan geografi di dalam Malaysia timur yang terletak di Borneo, menjadikan hubungan sosial yang sukar bagi pelbagai kumpulan etnik dan suku[9]. Halangan ini turut memberi faktor pada pertukaran sosial dan agama. Manakala di Malaysia barat, disebabkan kedekatan dengan pelabuhan utama di dunia, kawasan pantai barat telah menjadi lebih pesat membangun,oleh itu lebih terbuka dan mungkin lebih membangun.


Penduduk yang mendiami pantai barat terdiri daripada kumpulan etnik yang berbilang latar belakang. Namun, kebanyakan yang menduduki kampung-kampung di pantai timur adalah orang Melayu. Pantai timur, di mana kebanyakan penduduknya adalah Melayu, telah kekal lebih tradisional dan mungkin lebih konservatif [10]juga.


Perbezaan antara kawasan luar bandar dan bandar memberi kesan pada jurang geografi. Lebih daripada tujuh puluh peratus Malaysia adalah ditumbuhi hutan dan kawasan banjir. Sebahagian besar rakyat Malaysia masih tinggal di kawasan luar bandar, walaupun perkara ini beransur-ansur berubah. Seperti Melayu mendiami kawasan luar bandar secara dominan, manakala orang Cina menetap di kawasan bandar.[11] Semua ciri geografi ini memperluas peta pelbagai aspek pluralisme di Malaysia.[2]

Kepelbagaian Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Fail:2 Mutiara Tok Guru Membangun Ummah.jpg
Buku ideologi Parti Islam di Malaysia


Di Kelantan, sebuah negeri di pantai timur dengan lebih daripada sembilan puluh peratus penduduk Islam, Ketua Menteri yang mentadbir negeri juga dikenali sebagai pemimpin agama parti tersebut. Penghasilan dan pembiakan identiti sosial seperti ini mencipta persepsi bahawa etnik dan agama adalah dua sisi yang berbeza dari matawang yang sama. Akibatnya, hubungan yang saling berkait ini mengekalkan agama sebagai lapisan sosial yang sangat relevan dan penting di Malaysia.[2]


Berdasarkan asas demografi etnik, Malaysia telah menjadi sebuah negara pelbagai agama dengan Islam, Buddha, Hindu, Taoisme, Kristian, dan beberapa bentuk agama tradisional, membentuk komposisi agama di Malaysia. Setiap agama mempunyai interpretasi dan aliran pemikiran yang berbeza, yang menyumbang kepada kompleksiti isu tersebut. Islam merupakan agama yang paling banyak dianuti di Malaysia, dengan sekitar 60.4%[12] daripada jumlah penduduk yang beragama Islam. Islam juga merupakan agama rasmi negara. [13]

Keadaan agama menjadi lebih kompleks apabila etnik turut diberi perhatian. Walaupun majoriti orang Islam adalah Melayu, terdapat juga orang India dan Cina yang beragama Islam. Kebanyakan orang Cina adalah penganut Buddha dan Taoisme, manakala sebahagian kecil adalah penganut Kristian.[2] Orang India kebanyakannya beragama Hindu. Sama seperti orang Cina, sebahagian kecil orang India juga beragama Kristian.

Walau bagaimanapun, terdapat sejarah yang panjang mengenai kehadiran orang India Muslim di Malaysia. Orang Kristian juga tidak terhad kepada orang India dan Cina. Sejumlah besar bumiputera bukan-Melayu yang tinggal di negeri-negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak juga beragama Kristian, walaupun banyak yang masih memegang kepercayaan shamanisme dalam bentuk tertentu. Agama juga merupakan dimensi yang kuat dalam mentakrifkan identiti sosial.[9]Ini dapat dilihat dalam cara di mana kuasa politik dinegosiasikan di kawasan-kawasan tertentu. Di Sabah, kuasa politik dikongsi antara tiga kumpulan etnik-agama yang dapat dikenalpasti: bumiputera bukan-Muslim (yang kebanyakannya beragama Kristian atau memegang kepercayaan shamanisme), bumiputera Islam, dan orang Cina (yang seringkali beragama Buddha-Taoisme atau Kristian).


Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Satu slaid menunjukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Malaysia bagi kesalahan-kesalahan Islamik


Malaysia memiliki masyarakat yang plural dengan majoriti Melayu/Muslim dan sistem undang-undang yang, atas sebab-sebab sejarah, terbahagi antara undang-undang persekutuan dan undang-undang syariah dan juga perlembagaan persekutuan. Pertikaian berkaitan agama adalah banyak dan memecah belahkan[14]. Pertikaian ini terutamanya diselesaikan dalam konteks perlembagaan, terutamanya dalam perdebatan mengenai konsep negara Islam, mengambil kira Artikel 3 dan penetapan agama rasmi, serta dalam litigasi. Litigasi ini menjadi kompleks disebabkan oleh pemisahan bidang kuasa undang-undang syariah dan undang-undang persekutuan pada tahun 1988, yang menyebabkan litigasi yang sensitif dan membingungkan, terutamanya berkaitan dengan penukaran agama dalam kes Lina Joy (2007). Perkembangan sejarah berkaitan agama dan undang-undang, dan justifikasi tertentu untuk meraih sedikit kefahaman bahawa jurang agama dapat diatasi melalui cara perlembagaan, berdasarkan respons kehakiman terkini dan perdebatan berkembang mengenai kedudukan perlembagaan Islam.


Dato’ Sri Anwar Ibrahim pernah menyampaikan ceramahnya di London school of Economics pada 18 Mac 2010 yang bertajuk ‘Religion Pluralism in a divided world’. Ceramah beliau ini telah menerima kritikan daripada segelintir masyarakat Malaysia dan mendakwa beliau telah mendokong fahaman pluralisme agama. Ramai cendekiawan dan ahli politik telah memberi respon terhadap ucapan beliau antaranya ialah Muhammad Uthman el-Muhamady, Ismail Mina Ahmad dan Mohd Nakhaie Ahmad.[15]


Rukun Negara adalah salah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Rukun Negara pernah digubal akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang menggugat keamanan dan keutuhan negara. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN , dan penggubalannya di laksana oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). [15]



Rujukan[sunting | sunting sumber]