Tony Eusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tony Eusoff
Kelahiran
Anthony Joseph anak Hermas Rajiman

(1977-04-03) 3 April 1977 (umur 47)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara
Tahun aktif2004–kini

Anthony Joseph anak Hermas Rajiman atau lebih dikenali sebagai Tony Eusoff (lahir 3 April 1977) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang terkenal kerana penglibatannya dalam drama televisyen, teater dan filem tempatan, dan juga berpengalaman sebagai seorang penyanyi, peragawan dan pengacara.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tony dilahirkan pada 3 April 1977 di Kuching, Sarawak berbangsa Bidayuh dan dibesarkan di Siburan.[2][3] Pada 31 Mac 2016, beliau dihadapkan di mahkamah tinggi Singapura atas kesalahan memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah di negara itu.[4][5] Beliau dipercayai memiliki paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja. Akibatnya, beliau dihukum penjara selama 8 bulan.[6][7] Beliau dibebaskan lebih awal tiga bulan daripada hukuman penjara lapan bulan pada 1 Oktober.[8][9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tony Eusoff membuat penampilan pertamanya dalam bidang lakonan pada tahun 2004, yang mana beliau menjayakan peranan pembantu sebagai Adam dalam filem Di Ambang Misteri. Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Dr. Fahmi dalam filem romantik Cinta arahan Kabir Bhatia yang mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza.[10]

Tony membuat penampilan pentas teater pertamanya dengan menjayakan peranan Cikgu dalam pementasan teater Jalan Impian yang dipentaskan di KLPac pada 13 hingga 17 Julai 2005.[11] Pada 9 November 2007, beliau muncul dalam drama perundangan, Sadiq & Co. yang disiarkan di ntv7, memegang watak sebagai Ben Arthur.[12] Tony memegang watak Herman dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI. Filem ini turut dibintangi oleh Izreen Azminda dan Soffi Jikan dan ditayangkan pada 13 Jun 2013.[13]

Pada 2013 juga, beliau menjayakan peranan utama sebagai Seniman Agung P. Ramlee dalam pementasan teater P. Ramlee the Musical yang dipentaskan di Sarawak, beliau muncul kembali menerusi musim ketiga teater ini yang turut dijayakan oleh Lisa Surihani.[14]

Tony kembali menjayakan peranannya sebagai P. Ramlee dalam telefilem biopik dua bahagian, Saloma yang dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma.[15]

Beliau juga menjayakan persembahan nyanyiannya, One Love, yang berlangsung di No Black Tie dari 8 hingga 10 November 2015 bersama pelakon Nadia Aqilah Bajuri.[16]

Tony memegang watak sebagai Jack dalam filem Sindiket arahan Bade Hj. Azmi yang ditayangkan pada 6 April 2017.[17][18] Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Tony memegang watak sebagai doktor dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[19]

Beliau merupakan sebahagian daripada barisan pelakon drama online Projek Dapat Baby oleh Najwa Medispa termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Aida Khalida dan Fikry Ibrahim.[20][21] Tony turut mengusahakan perniagaan sosej sejak 2017.[22]

Tony muncul dalam drama Jibril arahan Megat Shahrizal yang diterbitkan untuk platform digital oleh Viu dengan kerjasama Media Prima Berhad; memegang watak sebagai Jonathan. Pelakon lain yang terlibat termasuk Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy.[23] Selain itu, beliau juga bakal membintangi filem Orang Itu arahan Ida Nerina.[24]

Tony merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Douglas Lim dan Nabila Huda.[25]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Di Ambang Misteri Adam Filem pertama
2006 Don: The Chase Begins Again Budak Lelaki Encik Sanjeev 1 Penampilan pertama untuk filem Bollywood
Cinta Dr. Fahmi
2008 Akhirat Mejar TUDM Amran
Sepi Sufi
Susuk Penonton
2012 War of the Worlds: Goliath Leftenan Raja Iskandar Shah Suara Inggeris
Relationship Status Jason
2013 Pecah Herman
2014 Cuak Mikail
2017 Sindiket[26] Jack
Marathon Quentin Filem pendek
2018 Rise: Ini Kalilah Jurulatih PACA Pelakon undangan
Orang Itu Leroy
2019 Shadowplay Anton Shaw
Dendam Pontianak Rais
Rise to Power: KLGU Che Mi
2020 Daulat Hasan
2021 Penunggang Agama 2 Father Michael
2022 Kabus Penyiasat
The Assistant Rodney
Rompak Farouk
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Hakim
Sumpahan Jerunei Madui
Malbatt: Misi Bakara Mejar Abd Samad
2024 The Experts Bashir
Harimau Malaya The Untold Story Dato' Hamidin
Mencari Ramlee Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004–2006 Astana Idaman Mark Astro Ria
2005 Simbiosis TV3
Mahligai Gading Raymond TV2
2006 Mya Zara Primus TV3
Igauan Semalam
2007 Again NTV7
Muli Zul TV2
Sadiq & Co Ben Arthur NTV7
2008 Frontpage Jack Lee
5 Jingga Encik Yusof 8TV
Ghost (Musim 1) Dr. Jamal Hafiz
Goda Adam
Sketches NTV7
2009–2010 Suraya Anuar TV3
2010 Sayang Cendana Fariz
Duyong Aridinata Raja Singgratdinata
Kau & Aku 2 Astro Ria
2013 After School Pengetua DeSouza KTO
What If 8TV
2013–2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Eric / Tiger Astro Mustika HD
2016 The Hush Daud Channel 5
2017 Anak Merdeka Doktor Astro Ria
Dendam Aurora Dato' Hamzah Astro Prima
2018 Kelip-Kelip Di Kota London Dato' Syed Mukhriz TV3
Cinta TV1
Jibril Jonathan NTV7
Dian Faris
KOPI Tonton Episod: "Tangan Berulat"
Projek Dapat Baby
2020–2021 Keluarga Baha Don Bah Botani Viu
2021 Projek: Anchor SPM Zubir Astro Citra
Covid Oh Covid Tuan Ariffin TV3
Scammer Malik Astro Ria Penampilan khas
Sitik Tok Dato Mutalib TV3
Dear Cinta Dato Akmal
2021–2022 Dukun Diva Zul Astro Citra
2022 Villa Kristal Idris WeTV
Air Mata Allisya Dato Mustapha TV9
Histeria The Series Prof. Zainal Astro Citra
Roxy Dr Rosli TV3
PolkaDot Don Pierre SukeTV
2023 Liar Dr. Aiman Yusuf Astro Ria
Inspektor Babyface xx Helen Keller TV2
W: Two Worlds Musa Viu

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Seratus Hari Jadi Roy Astro Ria
2012 Diari Bella Pak Abu TV2
2014 Saloma P. Ramlee Astro First Eksklusif
2015 Aku Mahu ke New York 1 Tok Ketua/Tok Batin Astro Ceria
Aku Mahu ke New York 2
2018 Kekasih Elektrik Roy Astro Citra
2019 Iman Untuk Bulan Astro First Eksklusif
2021 Atuk Buat PHD TV1
Misteri Mona : Kuserumu Kembali TV3
2022 Raya-Nion Sooka
2023 Die Die Top Student tonton

Drama web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Ceraiya KP
malaysiantalents.com Dirinya sendiri Artis jemputan

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2005 Jalan Impian The Musical Cikgu (pelakon pembantu)
The Girl From Ipoh (pelakon pembantu)
2006 Broken Bridges - The Musical Ringo (pelakon pembantu)
2007 Tunku The Musical Tuan Syed (pelakon utama)
Rose, Rose I Love You Tim (pelakon utama)
2013 P. Ramlee the Musical P. Ramlee
2015 In Your Face
2019 Ola Bola The Musical: Restaging

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2009 Celebrity Karaoke 8TV Pencalon musim 2
Anugerah Shout! 2009 8TV Pencalon
2018 Drop The Beat NTV7 Pencalon minggu 2

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan
2007 Toklah Kamek TV1 Narator
2023 Pejalai Kamek Orang (My People's Journey) TVS Host & Narator

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2006 Anugerah Seni BOH Cameronian Persembahan Vokal Solo Terbaik (Suara) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rouwen Lin (9 September 2013). "Kuching homecoming for actor Tony Eusoff". The Star Online. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  2. ^ Shanon Shah (27 Ogos 2009). "The tattooed Bidayuh". The Nut Graph. Dicapai pada 11 November 2017.
  3. ^ Suzanne Lazaroo (13 September 2017). "Notables: We must strive to be a better Malaysia". The Malay Mail. Dicapai pada 11 November 2017.
  4. ^ Elena Chong (21 April 2016). "Malaysian actor Tony Eusoff jailed 8 months for possessing drugs while on filming assignment". The Straits Times. Dicapai pada 11 November 2016.
  5. ^ "Dadah: Pelakon Tony Eusoff dijatuhi hukuman penjara 8 bulan". Utusan Malaysia. 21 April 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  6. ^ "Tony Eusoff dihukum penjara 8 bulan di Singapura". Berita Harian. 21 April 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  7. ^ P. Divakaran (1 April 2016). "Actor Tony Eusoff in Singapore court over drug possession charge". The Star (Malaysia). Dicapai pada 11 November 2016.
  8. ^ "Tony Eusoff hargai peluang kedua selepas bebas penjara awal". Berita Harian. 12 Oktober 2016. Dicapai pada 11 November 2016.
  9. ^ Ida Nadirah Ibrahim (14 Oktober 2016). "Tony Eusoff's darket days are over". The Malay Mail. Dicapai pada 11 November 2016.
  10. ^ Mohd. Faisal, Shazryn (16 November 2006). "Cinta filem terbaik tahun ini?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 11 November 2015.
  11. ^ Rubin Khoo (11 Julai 2005). "Jalan Impian's road to fame". The Star (Malaysia). Dicapai pada 19 April 2018.
  12. ^ Sadiq & Co. kes mahkamah menjadi drama TV Utusan Malaysia (14 November 2007). Dicapai pada 28 Mei 2010.
  13. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (25 April 2013). "Filem Pecah bakal pecah panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  14. ^ Marilyn Ten (11 September 2013). Tears, laughter at ‘P Ramlee: The Musical’ The Borneo Post. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  15. ^ Kenneth Chaw (21 Ogos 2014). In Saloma’s shoes The Star (Malaysia). Dicapai pada 10 September 2014.
  16. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (28 Oktober 2015). Tony Eusoff wants to do more comedy New Straits Times. Dicapai pada 6 Jun 2016.
  17. ^ Suhana Che Omar (10 April 2017). "'Sindiket' Kisah Benar Jenayah Pemerdagangan Manusia". Youth Bernama. Dicapai pada 6 April 2017.
  18. ^ Aqmar Mustaza, Nina Farzuin Md Sharom (1 April 2017). "'Sindiket' bongkar pemerdagangan manusia". Sinar Harian. Dicapai pada 6 April 2017.
  19. ^ "Bagaimana Drama Anak Merdeka Serlahkan Sifat Wira Tonggak Utamanya?". Gegar. 25 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  20. ^ Ruhaya Ab. Hamid (3 Ogos 2018). "Dua tahun yang tenang, bahagia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  21. ^ "Tony Eusoff selesa watak komedi". XTRA. 26 Julai 2018. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  22. ^ Tony Eusoff tidak digam, jual sosej Kosmo! (2 Ogos 2018). Dicapai pada 16 September 2018.
  23. ^ Aref Omar (5 Oktober 2018). "#Showbiz: A new hero in Jibril". New Straits Times. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  24. ^ Ramlah Zainal (19 Oktober 2018). "'Rugilah Orang Itu tidak ditayangkan'". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  25. ^ Dennis Chua (26 Januari 2019). "#Showbiz: Ola Bola The Musical returns with new cast members". New Straits Times. Dicapai pada 26 Januari 2019.
  26. ^ Amirul Haswendy Ashari (5 Mac 2017). Tony tunggu ‘Sindiket’ Diarkibkan 2021-01-27 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]