Wikipedia:Calon rencana pilihan/2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zubir Said[sunting sumber]

Pencalon:Rachun Dunia (bincang) 16:37, 25 Julai 2020 (UTC)[balas]
Zubir Said
Zubir Said

Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said B.B.M. (22 Julai 1907–16 November 1987) ialah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Seorang pemuzik yang diajar sendiri, Zubir juga bekerja sebagai penggubah skor dan penulis lagu untuk Cathay-Keris Film Productions selama 12 tahun, mengarang beberapa lagu untuk filem-filem Melayu terbitan syarikat itu. Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu, dengan sekurang-kurangnya 10% daripada mereka pernah dirakamkan. Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain "Majulah Singapura", Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Beliau menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.

Air Mata Iboe[sunting sumber]

Pencalon: Rachun Dunia (bincang) 00:39, 4 Jun 2020 (UTC)[balas]
Kiosk van Balai Poestaka
Kiosk van Balai Poestaka

Air Mata Iboe (Ejaan yang Disempurnakan: Air Mata Ibu) ialah sebuah filem 1941 dari Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) diarahkan dan ditulis oleh Njoo Cheong Seng. Dibintangi Fifi Young, Rd Ismail, Ali Sarosa, dan Ali Joego, ia mengisahkan seorang ibu yang membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang tetapi akhirnya dikhianati oleh anak sulungnya apabila dia jatuh pada waktu sukar. Filem, yang dikatakan sebagai ekstravaganza muzik, menapilkan runut bunyi oleh R. Koesbini, dan tajuk lagu eponim ditulis oleh Njoo. Merupakan penerbitan terakhir oleh Majestic Film, Air Mata Iboe dikeluarkan pada bulan Disember 1941, sejurus sebelum pendudukan Jepun di Hindia Belanda. Pembikinan semula Air Mata Iboe telah dihasilkan pada tahun 1957, selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. Diarahkan oleh Fred Young, filem itu menyaksikan Fifi Young mengambil semula peranannya sebagai Sugiati, manakala Rd Ismail mengambil peranan Subagio. Pelakon pembikinan semula yang lain tidak muncul dalam filem asal. Anak-anak Achmad, Idris, dan Soemadi telah dilakonkan oleh Sukarno M. Noor, Boes Boestami dan Kamsul, masing-masing. Anak perempuan pasangan itu, dinamakan semula Atikah, dimainkan oleh Farida Arriany.

Jika tiada apa-apa bantahan, rencana ini dijadikan RP untuk bulan Julai 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:46, 13 Jun 2020 (UTC)[balas]

William S. Sadler[sunting sumber]

Pencalon: CyberTroopers (bincang · sumbangan · log)16:51, 26 Mei 2020 (UTC)[balas]

Cristiano Ronaldo[sunting sumber]

Pencalon: NikoUMS (bincang · sumbangan · log) 07:54, 29 Mei 2020 (UTC)[balas]
Ronaldo bersama pasukan bola sepak kebangsaan Portugal ketika dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro (lahir 5 Februari 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab bola sepak Juventus yang berpangkalan di Itali dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Selalu disebut-sebut sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d'Or sebanyak lima kali, pemain terbanyak yang memenangi anugerah ini dan juga pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak empat kali. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 29 buah trofi kejuaraan utama, termasuklah enam kejuaraan liga domestik, lima kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA, satu untuk trofi kejuaraan Piala Eropah UEFA dan satu trofi untuk kejohanan Liga Negara-Negara UEFA. Sebagai penjaring gol yang produktif, Ronaldo menyimpan rekod untuk gol terbanyak yang dijaringkan di Liga Juara-Juara UEFA (128) dan gol terbanyak bersama dalam Kejuaraan Eropah UEFA (9). Beliau juga merupakan salah satu daripada beberapa pemain yang dicatatkan membuat lebih dari 1,000 penampilan kerjaya profesional dan telah menjaringkan lebih dari 700 gol kerjaya senior untuk kelab dan negara. Saya rasa rencana ini boleh dijadikan sebagai rencana pilihan (pilihan). NikoUMS (bincang) 07:54, 29 Mei 2020 (UTC)[balas]

A. B. Ibrahim[sunting sumber]

Pencalon: Johhnyfrankie13 (bincang) 07:50, 13 April 2020 (UTC)[balas]

Menurut kriteria rencana pilihan, artikel ini mungkin sudah layak untuk menjadikan sebagai Rencana pilihan. Johhnyfrankie13 (bincang) 21:33, 12 April 2020 (UTC)[balas]

Ya, saya sudah memuatnaikkan gambar A. B. Ibrahim tetapi disebabkan copyright dan mungkin cara saya memuat naik salah namun gambar itu sudah diblok. Juga, kawalan kewibawaan itu macam mana ya maaf saya tidak tahu. Johhnyfrankie13 (bincang) 13:45, 13 April 2020 (UTC)[balas]
Saya sudah meletakkan template tersebut di bawah page A.B. Ibrahim namun beliau tidak didaftarkan di mana - mana Kawalan kewibawaan. Johhnyfrankie13 (bincang) 15:47, 14 April 2020 (UTC)[balas]
@Johhnyfrankie13: Gambar dari blogspot agak tak kukuh berbanding gambar daripada laman berita atau akhbar (gambar tu mestik public domain, kalau sumbernya dari BERNAMA, juga tidak sah); atau gambar yang ditangkap sendiri. Mungkin gambar lukisannya boleh jadi hiasan pada Rencana Pilihan awak tu. Tapi masalah pula bila setiap lukisannya selepas tahun 1923. (boleh baca berkenaan lukisan mana yang boleh dimuatnaik di sini. SNN95 Talk to me, beybeh! 23:16, 15 April 2020 (UTC)[balas]
@Johhnyfrankie13: Saya ada terbaca lebih lanjut berkenaan hakcipta ni. Saya rasa boleh upload lukisan-lukisannya berdasarkan undang-undang hakcipta A.S. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini. SNN95 Talk to me, beybeh! 23:25, 15 April 2020 (UTC)[balas]
NikoUMS dan SNN9! saya sudah meletakkan gambar pelukis tersebut . Johhnyfrankie13 (bincang) 21:41, 15 April 2020 (UTC)[balas]
@Johhnyfrankie13: Okay bagus. Dengan ini saya menyokong rencana ini menjadi rencana pilihan pada bulan Mei. NikoUMS (bincang) 01:39, 16 April 2020 (UTC)[balas]
  • Sambungan komen: @Johhnyfrankie13: Gambar yang dibubuh anda baru sahaja dibuang. Kita perlu cari alternatif lain untuk gambar tersebut. Kalauikutkan boleh saja tidak membubuh gambar tetapi tidak manis dipandang atau "melanggar tradisi" jika tidak membubuh gambar. Mahunya saya tolong untuk mendapatkkan perlesenan gambar itu di muzium jika ada dan menjadikaknnya domain awam. Tetapi dengan keadaan sekarang yang agak darurat ni, terbantut niat saya. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:26, 17 April 2020 (UTC)[balas]
Ya, saya faham apapun saya sangat menghargai niat dan jasa kamu untuk sehingga pergi ke muzium untuk mendapat kebenaran gambar beliau. Johhnyfrankie13 (bincang) 06:25, 20 April 2020 (UTC)[balas]
Okay, Sebenarnya semua ayat yang ditulis di dalam halaman itu adalah sepenuhnya berdasarkan petikan yang ditulis di buku yang bertajuk Pameran Lukisan A.B. Ibrahim tetapi tidak apa disebabkan bantahan ini saya akan mencari lebih banyak lagi rujukan untuk dimasukkan ke halaman tersebut.
Sokong selepas dibaiki. ----Mrpresidentfaris (bincang) 02:00, 26 April 2020 (UTC) Johhnyfrankie13 (bincang) 06:25, 20 April 2020 (UTC)[balas]

Mrpresidentfaris, NikoUMS, dan SNN9! saya sudah meletakkan gambar pelukis tersebut dan menambahkan sedikit rujukan, hal ini kerana kebanyakkan isi rujukan beliau yang lain adalah lebih kurang sama seperti yang rujukan sedia ada . Johhnyfrankie13 (bincang) 16:13, 25 April 2020 (UTC)[balas]

@Johhnyfrankie13: Harap tak kena buang la gambar tu. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:28, 25 April 2020 (UTC)[balas]
@Johhnyfrankie13: Pasal lukisan minyak beliau tu, ada nama asalnya tak? Kalau ada, sila mohon kat admin di Commons untuk pindahkan/tukar nama fail. Tekan butang "move" (pada butang Lain atau Other) pada atas kanan skrin awak kat laman fail tu di Commons. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:41, 25 April 2020 (UTC)[balas]
@Johhnyfrankie13: Laman rencana pilihan telah dicipta untuk paparan bulan Mei 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:28, 25 April 2020 (UTC)[balas]
Ya, kerana nama gambar itu lemah juga karya terakhir beliau ialah tentang gambaran pantai pasair hitam, Langkawi tetapi tidak menjumpa nama yang tepat tetapi saya akan menukarkan nama itu dari File:Lukisan Terakhir kepada File:Lukisan Terakhir A. B. Ibrahim Pantai Pasir Hitam, Langkawi. Johhnyfrankie13 (bincang) 21:06, 25 April 2020 (UTC)[balas]

Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999[sunting sumber]

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan · log) 16:23, 16 Mac 2020 (UTC)[balas]
Peta taburan taburan wabak virus Nipah. Tempat pertama virus di Ipoh pada tahun 1998 dan kemudian berlanjutan ke tempat-tempat lain dengan jangkitan virus dalam warna biru sementara virus Hendra dalam warna merah, kedua-duanya milik keluarga Paramyxoviridae.

Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999 ialah wabak virus Nipah berlaku dari September 1998 hingga Mei 1999 di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Selangor di Malaysia. Sejumlah 265 kes ensefalitis akut dengan 105 kematian yang disebabkan oleh virus itu dilaporkan di tiga negeri sepanjang wabak itu.

Rencana ini sangat selaras dengan apa yang berlaku sekarang demi peringatan kepada semua berkenaan wabak COVID-19. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:23, 16 Mac 2020 (UTC)[balas]

Tamparuli[sunting sumber]

Pencalon: NikoUMS 06:39, 15 Mac 2020 (UTC)[balas]
Jambatan Tamparuli merupakan mercu tanda serta sinonim dengan Tamparuli

Tamparuli merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak di daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. ADUN bagi pekan ini adalah Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim. Jarak pekan Tamparuli ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 36 kilometer dan majoriti etnik kaum di Tamparuli adalah Kadazan-dusun (Kebanyakkannya adalah Suku Kaum Dusun Lotud). Pekan Tamparuli terkenal dengan lagunya jambatan tamparuli yang kini menjadi kesukaan masyarakat kaum kadazan dusun. Lagu tersebut dicipta oleh artis tempatan terkenal di Sabah iaitu Justin Lusah dan juga mendiang John Gaisah. Artis seperti Marsha Milan Londoh yang berasal dari Tamparuli juga turut mempopularkan lagu tersebut kepada masyarakat di Sabah mahupun seluruh dunia semasa beliau berada di pentas Akademi Fantasi Musim Ke-3. Pekan ini juga mengisahkan cerita rakyat sendiri dan juga sejarah asal-usul nama Tamparuli. Cerita rakyat ini turut dijadikan sebagai teater kebudayaan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Terdapat juga tarikan baru seperti Rumah Terbalik pertama di Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke Rumah Terbalik. Rencana ini sesuai untuk pembaca ingin mengetahui Pekan Tamparuli dan berpotensi untuk dijadikan rencana pilihan. NikoUMS (bincang) 06:39, 15 Mac 2020 (UTC)[balas]

Zubir Said[sunting sumber]

Pencalon:Rachun Dunia (bincang) 16:37, 25 Julai 2020 (UTC)[balas]
Zubir Said
Zubir Said

Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said B.B.M. (22 Julai 1907–16 November 1987) ialah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Seorang pemuzik yang diajar sendiri, Zubir juga bekerja sebagai penggubah skor dan penulis lagu untuk Cathay-Keris Film Productions selama 12 tahun, mengarang beberapa lagu untuk filem-filem Melayu terbitan syarikat itu. Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu, dengan sekurang-kurangnya 10% daripada mereka pernah dirakamkan. Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain "Majulah Singapura", Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Beliau menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.

Yoko Ono[sunting sumber]

Pencalon:Rachun Dunia (bincang) 16:59, 23 Ogos 2020 (UTC)[balas]
Yoko Ono
Yoko Ono

Yoko Ono Lennon (Jepun: 小野 洋子 Romaji: Ono Yōko, Katakana: オノ・ヨーコ; lahir 18 Februari 1933) adalah seorang ahli muzik, artis serba boleh, aktivis keamanan dan seniwati Jepun yang juga terkenal dengan hasil karyanya dalam seni persembahan, muzik dan pembikinan filem. Beliau adalah janda dan isteri kedua kepada vokalis kumpulan The Beatles, mendiang John Lennon. Sebelum berkahwin dengan Lennon, Ono pernah berkahwin dengan Ichiyanagi Toshi antara tahun 1956-1963, dan Anthony Cox antara tahun 1963-1969. Pada 28 November 1962, Ono berkahwin dengan Anthony Cox, pemuzik jazz Amerika, penerbit filem, dan penggalak seni, yang memainkan peranan penting dalam mendapatkan pembebasannya daripada institusi mental Jepun. Walau bagaimanapun, kerana Ono telah mengabaikan untuk menyelesaikan perceraian beliau dari Ichiyanagi, perkahwinan kedua beliau telah dibatalkan pada 1 Mac 1963. Selepas memuktamadkan perceraian itu, Cox dan Ono berkahwin semula pada 6 Jun 1963, hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kyoko Chan Cox pada 8 Ogos 1963. Beliau dan Cox akhirnya bercerai pada 2 Februari 1969 dan kemudiannya, Ono dan Lennon berkahwin pada Mac 1969, berpisah pada tahun 1973 dan kembali semula ke pangkuan Lennon sehingga ke hari kematiannya pada 8 Disember 1980. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Sean Taro Ono Lennon pada 9 Oktober 1975.

Jika tiada apa-apa bantahan, rencana ini dijadikan RP untuk bulan September 2020. Rachun Dunia (bincang) 16:08, 1 September 2020 (UTC)[balas]

Infinity Science Fiction[sunting sumber]

Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 02:46, 19 September 2020 (UTC)[balas]
Kulit hadapan keluaran pertama; karya seni oleh Robert Engle

Infinity Science Fiction (Erti harfiah: "Cereka Sains Saujana") adalah sebuah majalah cereka sains Amerika, yang disunting oleh Larry T. Shaw dan diterbitkan oleh Royal Publications. Isu pertamanya, yang dikeluarkan pada bulan November 1955, turut mengandungi cereka karya Arthur C. Clarke, "Bintang", sebuah kisah mengenai planet yang dihancurkan oleh nova (bintang yang meletup) yang ternyata merupakan Bintang Bethlehem. Karya ini pernah memenangi Anugerah Hugo pada tahun tersebut. Shaw memperoleh cerita-cerita daripada beberapa orang penulis terkemuka pada masa itu, termasuklah Brian Aldiss, Isaac Asimov dan Robert Sheckley, tetapi bahan tersebut mempunyai mutu yang berubah-ubah. Pada tahun 1958, Irwin Stein, pemilik kepada Royal Publications, memutuskan untuk menutup Infinity, di mana terbitan terakhirnya bertarikh November 1958.

Judul ini dihidupkan kembali satu dasawarsa kemudian oleh rumah penerbitan Stein, Lancer Books, sebagai suatu siri antologi berkulit lembut. Lima jilid diterbitkan antara tahun 1970 dan 1973 yang disunting oleh Robert Hoskins. Jilid keenam telah disiapkan tetapi ditarik balik setelah Lancer menghadapi masalah kewangan pada hujung tahun 1973. 26 Ramadan (bincang) 02:46, 19 September 2020 (UTC)[balas]

Jika tiada apa-apa bantahan, rencana ini dijadikan RP untuk bulan Oktober 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 08:48, 1 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Ryan White[sunting sumber]

Pencalon: CyberTroopers (bincang · sumbangan · log) 12:51, 1 November 2020 (UTC)[balas]
Ryan White

Ryan Wayne White (6 Disember 1971 - 8 April 1990) adalah seorang remaja Amerika dari Kokomo, Indiana, yang menjadi anak poster kebangsaan untuk HIV/AIDS di Amerika Syarikat setelah gagal dimasukkan ke sekolah berikutan didiagnosis AIDS. Sebagai penghidap hemofilia, dia dijangkiti HIV dari rawatan darah faktor VIII yang tercemar dan, ketika didiagnosis pada bulan Disember 1984, diberikan enam bulan untuk hidup. Doktor mengatakan bahawa dia tidak menimbulkan risiko bagi siswa lain, kerana AIDS bukanlah penyakit yang menular di udara dan hanya menyebar melalui cairan tubuh, tetapi AIDS kurang difahami oleh masyarakat umum pada masa itu. Ketika White berusaha kembali ke sekolah, banyak ibu bapa dan guru di Howard County menentang kehadirannya kerana kebimbangan penyakit itu menyebar melalui pemindahan cairan tubuh. Proses rayuan pentadbiran yang panjang berlaku, dan berita konflik menjadikan Ryan menjadi selebriti terkenal dan penyokong penyelidikan AIDS dan pendidikan awam. Ryan White mengejutkan doktornya apabila dia hidup lima tahun lebih lama daripada yang dijangkakan. Dia meninggal pada 8 April 1990, sebulan sebelum tamat sekolah menengahnya.

Pada tahun 1980-an AIDS sebahagian besarnya dicap sebagai penyakit yang menimpa komuniti gay, kerana pertama kali didiagnosis di kalangan lelaki gay. Di Amerika Syarikat, persepsi itu berubah dengan fokus media yang ditumpukan kepada Ryan dan orang lain yang dijangkiti HIV langsung seperti Magic Johnson, Arthur Ashe dan saudara-saudara Ray, walaupun kes-kes ini sering digambarkan sebagai "tidak bersalah" terhadap lelaki gay yang dilihat sebagai subjek "bersalah". Kongres AS meluluskan sejumlah besar undang-undang AIDS, Ryan White CARE Act, tidak lama setelah kematian White, yang ditandatangani oleh Presiden George HW Bush pada bulan Ogos 1990. Akta ini telah dibenarkan dua kali; Ryan White Programs adalah penyedia perkhidmatan terbesar untuk individu yang hidup dengan HIV/AIDS di Amerika Syarikat. - CyberTroopers bincang/sumbangan 12:51, 1 November 2020 (UTC)[balas]

Dijadikan RP untuk Disember 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:45, 23 November 2020 (UTC)[balas]

Dijadikan RP untuk November 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 11:46, 25 November 2020 (UTC)[balas]

Mohamed Salah[sunting sumber]

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan · log) 09:03, 1 November 2020 (UTC)[balas]
Mohamed Salah

Mohamed Salah Ghaly (lahir 15 Jun 1992) merupakan pemain bola sepak Mesir yang bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool F.C. dan untuk pasukan kebangsaan Mesir. Beliau bermain di posisi sayap.

Beliau bermain dengan aksi yang cemerlang bersama pasukan kebangsaan Mesir pada umur yang awal, beliau memasuki kejohanan Piala Dunia B-20 FIFA 2011 dan Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Beliau juga memenangi Piala Super Swiss dalam musim pertamanya bersama kelab sensasi Switzerland, FC Basel dan dianugerahkan sebagai Pemain Bakat Harapan Terbaik CAF pada 2012. Pada 2013, beliau dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik SAFP merujuk kepada pemain terbaik di Liga Super Swiss.

Siasatan pemecatan terhadap Donald Trump[sunting sumber]

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan · log) 12:33, 21 November 2020 (UTC)[balas]
Pendengaran testimoni secara terbuka dengan Fiona Hill dan David Holmes pada 21 November 2019

Siasatan pemecatan terhadap Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat ke-45, dimulakan pada 24 September 2019 oleh Nancy Pelosi iaitu Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Ia bermula selepas pendedahan bahawa Presiden Trump dan bahagian pentadbiran pegawai didakwa memberi tekanan kepada pemimpin pelbagai negara-negara asing, terutamanya Ukraine, dengan cara yang mungkin bertujuan untuk memajukan kepentingan peribadi dan politik Trump. Tuduhan tambahan salah laku muncul pada hari-hari selepas itu.

Pelosi memulakan siasatan itu berikutan laporan pemberi maklumat yang mendakwa penyalahgunaan kuasa yang meluas dan penutupan Trump dan pegawai pentadbiran beliau semasa presiden Trump, dalam "untuk memajukan kepentingan peribadi Trump". Laporan pemberi maklumat itu sebahagian besarnya berdasarkan maklumat yang diberikan kepada mereka oleh lebih daripada "setengah dozen pegawai A.S." dan sebahagian besarnya telah disokong. Laporan pemberi maklumat juga melibatkan Rudy Giuliani dan Peguam Negara Amerika Syarikat William Barr sebagai bahagian dari kempen tekanan yang lebih luas yang ditujukan kepada pemerintah Ukraine. Aduan pemberi maklumat pertama diberikan kepada Kongres pada 25 September dan dikeluarkan kepada orang ramai pada 26 September. Pemberi maklumat kedua muncul pada 5 Oktober 2019, dengan "pengetahuan pertama tentang tuduhan" yang berkaitan dengan panggilan telefon antara Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Pada 16 Disember 2019, Jawatankuasa Kehakiman Dewan mengeluarkan laporan sebanyak 658 muka surat, yang menyatakan dakwaan jenayah rasuah dan penipuan wayar sebagai sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa artikel pemecatan. Dewan Perwakilan mengundi untuk memecat Trump pada 18 Disember 2019.

Khatijah Tan[sunting sumber]

Seniwati Khatijah Tan.
Pencalon: Saiff Naqiuddin (bincang · sumbangan · log) 13:54, 21 November 2020 (UTC)[balas]

Khatijah binti Tan (Tulisan Jawi: خطيجه تن, lahir 1 Januari 1961), merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan salah seorang dari seniwati filem Melayu.

@SNN95:, @Yosri:, @Fandi89:, @Ricky250:, @Kupi2:, @NikoUMS:, @Mrpresidentfaris:, @CyberTroopers:, @Polar:, @Rachun Dunia:, @Syman51:, @26 Ramadan:
// minta maaf kerana telah mentioned anda semua !

Hi, Saya Saiff Naqiuddin, ini merupakan kali kedua saya mencalonkan rencana pilihan hasil karya saya (sebelum ini ialah A. B. Ibrahim dengan menggunakan nama JohhnyFrankie13). Pada pandangan saya, rencana ini sudah layak untuk dijadikan sebagai rencana pilihan kerana saya telah mengeluarkan usaha yang sehabis baik untuk menjadikan rencana ini sebagai rencana yang terbaik. Untuk pengetahuan, saya telah berusaha memperbaiki rencana Khatijah Tan ini sejak 2018 serta saya juga menjadikan Leonardo DiCaprio filmography sebagai inspirasi rencana terbaik di dalam kategori Filemografi dan Britney Spears.

Di bawah ini saya akan menuliskan beberapa ciri mengapa rencana ini layak dijadikan sebagai rencana pilihan:

Saya telah mengikut format WP:FILMOGRAPHY yang terkini dimana bentuk jadualnya adalah seperti di bawah;

Tahun Tajuk Watak Pengarah Ruj.
1996 Yes, Tuan! Orang Gaji Zulkeflee Said

Saya telah membuat karangan tentang kerjaya beliau, saya meminta maaf jika bentuk ayat karangan itu tidaklah sedap dan berintonasi seperti karangan pelajar sekolah kerana saya masih lagi pelajar sekolah jadi saya tidak mampu untuk membuat karangan seperti ahli-ahli Wikipedia BM yang lain seperti Fandi dan sebagainya. Karangan ini telah menepati syarat-syarat WP:BLPSTYLE dan WP:BLPBALANCE.

Rencana ini mempunyai gambar dimana gambar-gambar itu adalah hasil tangkapan saya. Untuk pengetahuan anda, saya ada hubungan keluarga ipar bersama Khatijah Tan.

Setiap filem/telefilem/drama dan lain-lain mempunyai rujukan yang boleh dipercayai kecuali terdapat beberapa rujukan adalah bersumberkan blog. Saya tahu blog itu ialah bukan sumber yang berkualiti tinggi tetapi disebabkan tidak semua telefilem atau drama dan lain-lain terkenal jadi jikalau terdapat sumberpun mestilah dari blog. Saya harap ahli-ahli Wikipedia yang saya hormati dapat bertolak ansur. Namun terdapat juga yang saya labelkan "{{n/a}}", itu bermaksud sumber untuk perkara itu adalah dari Instagram, Facebook dan Twitter. Saya tidak boleh menjadikan tiga sosial media tersebut sebagai rencana kerana rujukan itu adalah sangat-sangat tidak berkualiti tinggi.

Saya menggunakan tarikh yang sekata iaitu berfomat DD-MM-YYYY. Namun, saya juga telah menggunakn format rujukan yang betul dan tepat. Sebagai contoh, jika sesuatu sumber itu saya mengambil dari Harian Metro, saya akan menggunakan {{cite news}}.

Terdapat kawalan kewibaan dan kategori

Saiff Naqiuddin (bincang) 13:54, 21 November 2020 (UTC)[balas]

Jika tiada bantahan, rencana ini akan dijadikan RP Januari 2021. SNN95 Talk to me, beybeh! 11:54, 25 November 2020 (UTC)[balas]