Al-Muhtadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Al-Muhtadi (bahasa Arab: المهتدي) (m. Jun 870) ialah khalifah Bani Abbasiyah di Baghdad dari 869 hingga 870.

Setelah kematian al-Mu'tazz, orang Turki memilih sepupunya Al Muhtadi bin Al Watsiq, sebagai Khalifah baru. Diriwayatkan bahawa khalifah Al-Muhtadi adalah seorang yang tegas dan soleh berbanding beberapa orang Khalifah sebelumnya. Para sejarawan Arab menyatakan bahawa sekiranya khalifah Al-Muhtadi memegang tampuk kekuasaan lebih awal, masalah dalaman Bani Abbaisyyah dapat dipulihkan. Namun, ketika beliau menaiki takhta, ramai golongan Turki sudah berada di dalam pentadbiran Bani Abbasiyyah. Di bawah pemerintahannya, beberapa perubahan telah dilakukan oleh beliau.

Gadis penghibur, para penyanyi dan pemain muzik diusir, manakala sistem kehakiman dan pengadilan dilakukan secara terbuka. Arak dan aktiviti judi dilarang.

Sikap keperibadiannya mencontohi Umar ibni Abdul Aziz, khalifah Bani Umayyah, sebagai model.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pemerintahannya berlangsung kurang daripada setahun. Setelah beberapa orang daripada golongan bangsawan Turki tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang dijalankan oleh beliau, khalifah Al-Muhtadi mati dibunuh pada 256 AH (Jun 870) pada ketika beliau berusia 38 tahun.

Kehebatan[sunting | sunting sumber]

Para sejarawan Arab terdahulu memuji dan mengagumi keadilan dan kesolehan khalifah Al-Muhtadi dan sekiranya beliau dapat memerintah dengan lebih lama, beliau mampu ditempatkan di antara khalifah yang terbaik dari sekalian khalifah Bani Abbasiyah.

Al-Muhtadi
Tarikh keputeraan:  ? Tarikh kemangkatan: 870
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Al-Mu'tazz
Khalifah Islam
869 – 870
Diikuti oleh:
Al-Mu'tamid