Anding Indrawani Zaini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Akademi Fantasia

Anding Indrawani
Kelahiran Anding Indrawani Zaini
(1983-04-25) 25 April 1983 (umur 35)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Nama lain Anding AF2
Pekerjaan Pelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif 2004–kini
Kerjaya muzik
Genre Pop
Instrumen Vokal
Kegiatan berkaitan
Akademi Fantasia Musim 2

Anding Indrawani Zaini (lahir 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Anding Indrawani merupakan salah seorang penyanyi , pengacara dan pelakon Malaysia.

Beliau ialah kelahiran Melanau/Bidayuh dan dilahirkan pada 25 April 1983 di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Mula dikenali sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia 2. Namun, penglibatannya dalam bidang seni bermula sejak kecil lagi memandangkan ibu dan ayah beliau begitu banyak bergiat dalam bidang seni. Ayahnya Zaini Oje@Ozea merupakan seorang aktivis seni, penyajak dan penggiat teater di Sarawak. Manakala ibunya seorang guru Inggeris dan juga guru muzik yang turut mengendalikan beberapa kumpulan nasyid dan koir di sekolah beliau mengajar.

Anding Indrawani memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching dan seterusnya menamatkan zaman persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 2000. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA di Shah Alam di Fakulti Seni Persembahan dalam bidang seni layar atau skrin. Dari situ, minatnya dalam bidang seni kian menebal. [1]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Selain melayakkan dirinya menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia 2 pada 2004, beliau sebelum itu juga pernah meraih beberapa anugerah ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA. Antaranya, Anugerah Jurukamera Terbaik (Hari Karyawan 2003), Anugerah Pengarah Terbaik (Hari Karyawan 2003) dan filem pendek arahan beliau iaitu Koloni Sampah turut memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik selain 7 anugerah yang lain pada malam anugerah yang sama.

Meskipun beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, beliau lebih cenderung kepada bidang lakonan. Antara drama lakonannya ialah Impian, Gitar Tua, Klon Teja, Cinta Terakhir, Lima, Mahabbah D'Laila, 10, dan beberapa lagi drama tempatan yang lain. Namun, lakonannya yang dikatakan memberi kesan ialah watak Alam dalam drama bersiri Ghost 2 yang ditayangkan di 8TV. Anding juga pernah membintangi filem Gol dan Gincu (2006) arahan Bernard Chauly di awal penglibatannya dalam bidang lakonan. Selain drama TV, beliau pernah terlibat dalam pementasan teater Raja Andak Raja Laksamana dan Batu Belah. Namun pada awal tahun 2011, beliau diberi tugas berat untuk melakonkan teater muzikal Terima Kasih Cinta arahan Pat Ibrahim yang digarap daripada filem Cinta dan dipersembahkan di Panggung Budaya, Istana Budaya. Beliau merealisasikan watak Dhani yang dilakonkan oleh Que Haidar dalam versi filem. Tetapi sebelum itu, kecenderungannya dalam muzikal terserlah ketika diberikan watak Adiwira menerusi drama episod Hotel Mania yang ditayangkan di TV3 pada 2010.

Beliau juga masih lagi bergiat aktif dalam bidang seni suara dan pernah merakamkan beberapa buah lagu untuk kompilasi trilogi EVO04/03 bersama beberapa bintang Akademi Fantasia yang lain.

Dalam bidang pengacaraan pula, Anding pernah menjadi pengacara untuk dua rancangan yang ditayangkan secara langsung iaitu THUMB TV di NTV7 dan satu rancangan berbahasa Inggeris, Channel X-Live (8TV). Rancangan lain termasuklah 1525, Skrip ke Skrin, This Is IT dan yang terbaru beliau banyak mengacara rancangan majalah yang berbentuk travel log, contohnya Eksplorasi Lata di mana beliau menjelajah hutan-hutan tebal dan air terjun di Semenanjung Malaysia. Beliau turut mengacara beberapa lagi rancangan berbentuk travel log, antaranya Klik-Klik Asia di mana beliau merantau ke beberapa negara termasuk China, India dan Vietnam dan Klik-Klik Andalus di mana beliau mengembara ke bumi Andalusia sejauh Maghribi, Sepanyol, Gibraltar dan Portugal. Beliau juga pernah menjadi DJ radio dari 2006-2008 untuk stesen radio RED FM. Beliau muncul dalam filem Rembat arahan Shamel Othman yang diterajui oleh Shaheizey Sam dan Ah Niu. Pada 2017, beliau masih bergiat aktif dalam bidang teater muzikal Mud : Our Story of Kuala Lumpur [2] yang turut diiktiraf sebagai teater muzikal yang terpanjang tempoh pementasannya di Malaysia. Teater muzikal ini diterbitkan oleh pelakon dan penerbit teater muzikal terkenal iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2007 Cinta Medik TV9
2009 Ghost (Musim 2) Alam 8TV
2010 Hotel Mania Adiwira TV3
2018 Kenyalang Im In Love Daniel TV3

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2005 Gol dan Gincu Fiq Bernard Chauly
2015 Rembat Putat Shamyl Othman
2019 Headhunter Anang Bad Badrul Akan datang

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Album Catatan
2004 "Emosi & Situasi" EVO 04
"Ceria Bersamamu" duet bersama Edlin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (09/01/2007) MUZLINA ABU BAKAR. Anding AF2 kecewa dengan dunia nyanyian. Utusan
  2. ^ 13 September 2017.tidak puas hati dikritik menyanyi hanya sebagai hobi. Astro Awani.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]