Bahasa istana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan di kalangan kerabat diraja, apabila berhubung dengan kerabat diraja, dan apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah.

Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana, [1], atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.

Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dikalangan bahasa Melayu, Nyōbō kotoba[2] bagi bahasa Jepun, Jawa, dan banyak lagi termasuk bahasa Inggeris.

Bahasa istana Melayu[sunting | sunting sumber]

|Almarhum |Allahyarham |- |ampun kurnia |maaf |- |anugerah |beri; hadiah |- |baginda |dia (rakyat menyapa raja) |- |beradu |tidur |- |berangkat |berlepas; bertolak |- |mencemar duli |berjalan; pergi ke |- |berkenan |sudi / suka akan |- |berputera |suka |- |bersabda |berkata |- |bersiram |mandi |- |bertitah |berkata/menyuruh |- |beta |saya (raja) |- |daulat |bahagia |- |gering |sakit |- |hari keputeraan |hari jadi |- |hulu |kepala |- |iram-iram |payung |- |kaus |kasut |- |kurnia |beri; hadiah |- |mahkota |topi |- |makam |kubur |- |mangkat |meninggal dunia |- |menghadap |menjumpai |- |murka |marah |- |patik |saya (rakyat menghadap raja) |- |peraduan |tempat tidur |- |permaisuri |isteri |- |putera |anak lelaki |- |puteri |anak perempuan |- |santap |makan |- |semayam |duduk; tinggal |- |sembah |memberi salam |- |singgahsana |kerusi |- |titah |kata; perintah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]