Daeng Sanusi Daeng Mariok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr Haji

Daeng Sanusi Daeng Mariok
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rantau Panjang
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului oleh Mohamed Yaacob
Digantikan oleh Abdul Fatah Haron
Pesuruhjaya PAS Johor
Dalam jawatan
1997–2004
Didahului olehHaji Omar Jani
Digantikan olehMahfodz Mohamed
Dalam jawatan
1972–1976
Didahului olehHaji Yusof Hakim
Digantikan olehHaji Yusof Hakim
Butiran peribadi
Lahir1938
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Rantau Panjang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat, mantan Pesuruhjaya PAS Johor dan mantan Naib Presiden PAS.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Keluarganya daripada keturunan beraja Bugis di Sulawesi. Ayahnya Raja Ibrahim atau dikenali sebagai Daeng Mariok merupakan seorang putera raja yang ditabalkan di Kalimantan, Indonesia. Beliau lulusan Pengajian Islam dan pernah belajar di Kolej Islam Malaya. Beliau sambung belajar di Universiti Al Azhar dan sekembali ke Malaysia beliau mengajar di Kolej Islam Kelang.Apabila UKM ditubuhkan dan Kolej Islam Malaya diserapkan menjadi Fakulti Pengajian Islam, beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Penceramah di Radio Johor kini Johor FM.
  • Pensyarah Kolej Islam Malaya (KIM)
  • Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kerjaya di dalam politik[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat (1976)
  • Pesuruhjaya PAS Johor (1976)
  • Ahli Majlis Syura Ulamak PAS (1988)
  • Pengarah Urusan Harakah PAS (1988)
  • Naib Yang Di Pertua PAS Pusat (1989)
  • Naib Presiden PAS (1989-1997)
  • Pengerusi Pemilihan PAS (2007)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS (2015—kini)

Orang Johor menang di Kelantan[sunting | sunting sumber]

Beliau menang bertanding di parlimen Rantau Panjang dari 1990 hingga 1999 kerana selera politik orang Kelantan rela membenarkan orang luar bertanding di peringkat parlimen . Antara tokoh luar yang menang dalam pilihan raya di Kelantan ialah Profesor Zulkifli Mohamad, Datuk Raja Abu Hanifah Abdul Ghani, Othman Abdullah, Haji Ahmad Perai, Abu Bakar Hamzah,Khalid Samad-Kuala Krai, Mohd Sabu-Nilam Puri, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub - Kubang Kerian.[1] Nasharuddin Mat Isa- Bachok, Dr Hatta Ramli-Kuala Krai dan terbukti pengundi Kelantan telah berjaya melepasi kefahaman daerah dan kenegerian. Di Terengganu pula, Dr Burhanuddin al-Helmi, Hassan Adli Mohd Arshad dan Khadijah Sidek. [2]

Daeng Sanusi seangkatan dengan tokoh PAS lain seperti Senator Hassan Shukri, Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Mustapha Ali, Datuk Harun Taib, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Wan Mutalib Embong, Haji Subky Abdul Latif, Ustaz Hashim Jasin dan Tuan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.[3]

Kalah di Johor[sunting | sunting sumber]

Beliau kalah bertanding di N22 Parit Raja dalam pilihan raya 2004 kepada Aziz Kaprawi (BN/UMNO) kerana majoriti orang Johor masih setia dengan UMNO/BN. Dahulu Parit Raja dikenali sebagai Sungai Benut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]