Emelie Hanif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Emelie Hanif
KelahiranPuteri Emelie Norfarahin binti Mohd Hanif
(1990-08-02) 2 Ogos 1990 (umur 28)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanBukit Kiara, Kuala Lumpur
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini

Puteri Emelie Norfarahin binti Mohd Hanif (lahir 2 Ogos 1990) atau lebih dikenali sebagai Emelie Hanif merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan merupakan peserta rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim pertama pada 2009.[1] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Marzia dalam telenovela popular Astro Prima, Dendam Aurora.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Emelie dilahirkan pada 2 Ogos 1990 di Ipoh, Perak dan berketurunan diraja Perak.[3] Beliau merupakan lulusan dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat Emelie diperkenalkan oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang turut disertai oleh Ana Dahlia, Bella Dally dan Zulin Aziz.[5]

Beliau berlakon bersama Hanna Aqeela dan Putri Najwa dalam drama Dawai Asmara yang disiarkan di Slot Azalea TV3. Namanya mula mendapat perhatian umum sebaik sahaja beliau memegang watak sebagai Marzia dalam telenovela popular Astro Prima, Dendam Aurora yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Aurora.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Emelie merupakan dua pupu kepada pelakon Fathia Latiff. Selain itu, beliau juga bersahabat baik dengan Zulin Aziz yang juga finalis Pilih Kasih musim pertama. Emelie juga memiliki sebuah restoran yang beroperasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perak Selatan.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 DenganMu Aku Berpaut TV AlHijrah
2013 Diandra Sofea TV3
2014 Bila Hati Berbicara TV3
Suamiku Encik Sotong Astro Ria
2015 Memori Cinta #3 HyppTV
Kahwin Muda TV3
Cinta Iris TV3
2016 Anakku Diva TV3
Dawai Asmara Shiera TV3
Kopi Sentul Mocha Santorini TV1
Akadku Yang Terakhir Zulaikha TV3
2017 Seharum Mawar TV1
Dendam Aurora Marzia Astro Ria
2018 Cinta Koko Coklat ntv7

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Nota Untuk Sang Awan TV2
2015 Lima Kali Cinta TV3

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2017 Dara Ka Janda

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2009 Pilih Kasih (Musim 1) Dirinya sendiri/Peserta RTM

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Pilih Kasih N/A Finalis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Emelie Hanif Encik Shino (1 Oktober 2017). Diperoleh pada 16 Julai 2018.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Mei 2016). "Selesa watak gila-gila". Harian Metro. Dicapai 26 Julai 2018. 
  3. ^ "Dibesarkan dalam keluarga biasa dan tak bermewah". Nona. 5 Oktober 2017. Dicapai 26 Julai 2018. 
  4. ^ a b Ifqdar Rahman (12 November 2017). "Siapa Marzia, gadis ego dalam Dendam Aurora?". Utusan Malaysia. Dicapai 26 Julai 2018. 
  5. ^ Ifqdar Rahman (22 Mac 2016). "Biarlah tak popular". Utusan Malaysia. Dicapai 26 Julai 2018. Mengakui kurang mendapat publisiti, Emelie Hanif bersyukur tetap diberi peluang berlakon. 
  6. ^ "Emelie gemar sandwic penuh sayur". Harian Metro. 26 Jun 2016. Dicapai 27 Julai 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]