Muhd Fadhil Nuruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
YB Ir. Dr.

Muhd Fadhil Nuruddin

Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Kamunting
Memegang jawatan
2018
Didahului olehMohamad Zahir Abdul Khalid
Butiran peribadi
LahirHospital Besar Taiping, Perak
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg AMANAH
PasanganLatipah Yusof
Anak-anak12
PekerjaanAhli politik

YB Ir. Dr. Muhd Fadhil Nuruddin adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Kamunting yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1] Muhd Fadhil merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping sebelum melanjutkan pengajian di Institusi Teknikal Pulau Pinang.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau merupakan seorang profesor Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan.  

Muhd Fadhil juga pernah menjawat jawatan sebagai seorang jurutera tapak di syarikat pembinaan Peremba-Shimidzu Sdn Bhd pada 1984.

Meminati aktiviti sukan badminton dan gemar melancong.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Muhd Fadhil daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 9,898 undian ketika menentang Mohammad Zahir Abdul Khalid daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 8,118 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,780.

Kerjaya:

  • ADUN Kamunting (2018 hingga kini)
  • Pensyarah UTP (2003-2018)
  • Pensyarah UITM (1985-2003)
  • Jurutera Tapak Peremba Sdn Bhd (1984)

Lantikan Ahli Lembaga dalam GLC dan agensi lain:

  • Ahli Lembaga LAP (2018-2020)
  • Ahli Majlis Jawatankuasa Pelaburan Negeri Perak (2018-2020)

Jawatan dalam parti:

  • AJK Biro Politik Amanah Perak (2020 hingga kini)
  • Ketua Cawangan Amanah Bukit Jana (2019 hingga kini)
  • Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Amanah Perak (2019 hingga kini)
  • Timbalan Ketua Amanah Kawasan Taiping (2017 hingga kini)
  • Pengerusi Biro Integrasi Nasional Amanah Perak (2017-2019)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Paduka Mahkota Perak (2011)

Pendidikan:

  • Doktor Falsafah (PhD) Teknologi Konkrit USM (1998-2001)
  • Ijazah Sarjana Sains Dundee University United Kingdom (1990-1992)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UM (1977-1984)
  • Institut Teknikal Pulau Pinang (1975-1976)
  • SMK King Edward VII (1972-1974)
  • SK Methodist (L) (1966-1971)

Rujukan[sunting | sunting sumber]