Tan Kar Hing
YB Tan Kar Hing AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Gopeng, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Lee Boon Chye |
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih) | |
Memegang jawatan 2022 | |
Timbalan Ketua PKR Cabang Gopeng | |
Memegang jawatan 2022 | |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Simpang Pulai | |
Dalam jawatan 2013 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Chan Ming Kai |
Digantikan oleh | Wong Chai Yi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rawang, Selangor, Malaysia | 4 Mei 1982
Parti politik | PKR |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Tan Kar Hing adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Simpang Pulai yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1] Kar Hing pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) untuk Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan semasa peraturan gabungan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020.Tan juga bekas Wakil Ketua Sayap Pemuda PKR (AMK) dan kini bertindak sebagai Naib Ketua PKR Perak
Beliau pertama kali bertanding di kerusi DUN Perak, Simpang Pulai pada pilihan raya 2013 (PRU13) sebagai calon PKR dan menang dengan majoriti 11,083 undi.
Dia berjaya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya 2018 (PRU14), hampir menggandakan majoriti.
Kerjaya:
- Ahli politik
- Ahli Perniagaan
- Setiausaha politik Ahli Parlimen Gopeng
Jawatan dalam parti:
- Wakil Ketua Sayap Pemuda PKR (AMK)
- Naib Ketua PKR Perak
- Ahli Biro Politik Majlis Pimpinan Negeri Perak
Jawatan dalam agensi kerajaan:
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO) untuk Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai
Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia