Sivasubramaniam A/L Athinarayanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
YB Tuan

Sivasubramaniam A/L Athinarayanan

Ahli Dewan Negeri
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Buntong
Memegang jawatan
2008
Didahului olehYik Phooi Hong
Naib Presiden Kanan II
Parti Bangsa Malaysia
Memegang jawatan
8 Januari 2022
Butiran peribadi
Lahir (1966-11-28) 28 November 1966 (umur 55)
Parti politikDemocratic Action Party Logo.svg PR-DAP (2008-2018)
Pakatan-harapan-logo.svg Democratic Action Party Flag.svg DAP (2018-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg Parti Gerakan Rakyat Malaysia Flag.svg GERAKAN (2020)
Logo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg BERSATU (2020-2021)
Parti Bangsa Malaysia (2022-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Alma materUniversiti Terbuka Malaysia (MBA)
PekerjaanAhli politik

Sivasubramaniam A/L Athinarayanan merupakan ahli politik dari DAP. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan Buntong, Perak.[1] Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 10,311 undi dengan majoriti 5,315 undi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menjadi Ahli Dewan Negeri Perak pertama kali sejak tahun 2008 mewakili Parti Tindakan Demokratik dari Pakatan Rakyat dan kemudian bergabung dalam Pakatan Harapan. Kemudian telah keluar dari Parti Tindakan Demokratik[2] dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia[3] sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.[4]

Pada tahun 2020, beliau bersama Paul Yong Choo Kiong dan Norhizam Hassan Baktee telah dipecat dari Parti Tindakan Demokratik yang mewakili Pakatan Harapan di Dewan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri Melaka kerana menyokong Perikatan Nasional di peringkat negeri dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan. Ini menyebabkan ketiga-tiga mereka telah dipecat menurut Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Tindakan Demokratik, Chong Chieng Jen.[5]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Perak[6][7][8]
Tahun Konstituensi Calon Undian % Lawan Undian % Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2008 N30 Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan (DAP) 10,311 Lee Tung Lai (MCA) 4,996 15,566 5,315 70.98%
2013 N30 Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan (DAP) 13,062 ' Sivaraj Chandran (MIC) 4,433 18,195 8,629 79.80%
Iruthiyam Sebastiar Anthonisamy (Bebas) 312
Mohd Basri Shafie (Bebas) 127
2018 N30 Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan (DAP) 18,005 T. Thangarani (Bebas) 2,682 21,500 15.323
Rani Rasiah (Bebas) 813

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adun Buntong keluar-masuk DAP
  2. ^ ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan
  3. ^ Bekas ADUN DAP masuk Gerakan
  4. ^ Dua bekas Adun DAP, Paul Yong dan A Sivasubramaniam sertai Bersatu - Laporan
  5. ^ DAP sacks three assemblymen for defecting to Perikatan’s state governments
  6. ^ "Pilihan raya umum Malaysia". Data pilihan raya Malaysia infoundi. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan-keputusan PRU sejak 2004.
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "The Star Online Pilihan raya umum Malaysia ke-14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sivasubramaniam A/L Athinarayanan di Facebook