Otto Schniewind

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Otto Schniewind
Otto Schniewind.jpg
Schniewind pada tahun 1933
Kelahiran(1887-12-14)14 Disember 1887
Saarlouis
Meninggal dunia26 Mac 1964(1964-03-26) (umur 76)
Linz am Rhein
KesetiaanEmpayar Jerman Empayar Jerman (hingga 1918)
Jerman Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1907–1945
PangkatGeneraladmiral
UnitSMS Leipzig
SMS Augsburg
SMS Magdeburg
ArahanKapal kruiser Köln
PertempuranPerang Dunia I

Perang Dunia II

AnugerahKnight Cross of the Iron Cross

Otto Schniewind (14 Disember 1887 – 26 Mac 1964) ialah seorang Laksamana Jeneral (Generaladmiral) Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes). Beliau adalah Ketua Staf Tentera Laut yang merancang kempen ketenteraan maritim pada kemenangan awal Jerman di Eropah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Schniewind memasuki Kaiserliche Marine pada tahun 1907 sebagai seorang kadet. Semasa Perang Dunia Pertama beliau berkhidmat sebagai komander bot torpedo. Apabila armada Jerman menyerah kepada pihak British beliau memerintah skuadron bot torpedo, dan mengambil bahagian dalam peristiwa Melubangtenggelamkan armada Jerman di Scapa Flow, selepas itu beliau telah dipenjarakan oleh tentera British.

Selepas dibebaskan Schniewind terus berkhidmat dalam Reichsmarine. Dari tahun 1925 hingga 1926 beliau berkhidmat sebagai adjutan kepada Menteri Perang Otto Gessler. Pada tahun 1932 Schniewind menjadi nakhoda kapal kruiser ringan Köln. Pada tahun 1934 Schniewind telah dilantik ke fungsi staf lain. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda pada tahun 1937 dan Laksamana Madya pada tahun 1940.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Staf Seekriegsleitung dari tahun 1938 hingga 1941. Selepas tenggelamnya Bismarck Schniewind telah dilantik sebagai pengganti Günther Lütjens (Panglima Armada Jerman) yang telah terkorban bersama kapalnya itu. Pada tahun 1943 Schniewind menjadi Panglima Markas Wilayah Laut Utara (Marinegruppenkommandos Nord). Pada 1 Mac 1944, Schniewind telah dinaikkan pangkat ke Generaladmiral. Pada 30 Julai 1944, Schniewind telah digugurkan daripada jawatan dan selepas itu tidak lagi diberi tugas sehingga perang berakhir.

Selepas Perang beliau telah ditahan dan didakwa dalam Perbicaraan Pemerintah Tertinggi untuk peranannya dalam serangan ke atas Norway (Operasi Weserübung) tetapi beliau dilepaskan dan dibebaskan dari penjara. Dari tahun 1949 hingga 1952 beliau berkhidmat dengan Pasukan Sejarah Tentera Laut di Bremerhaven.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Dörr, Manfred (1996). Die Ritterkreuzträger der Überwasserstreitkräfte der Kriegsmarine—Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio Verlag. ISBN 978-3-7648-2497-6.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Range, Clemens (1974). Die Ritterkreuzträger der Kriegsmarine. Stuttgart, Germany: Motorbuch Verlag. ISBN 978-3-87943-355-1.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  • Nietrug, Gerd (2004). Die Ritterkreuzträger des Saarlandes 1939 - 1945. Zweibrücken: VDM Nickel. ISBN 3-925480-93-5. 
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Ketua Staf Seekriegsleitung
Oktober 1938 – 10 Jun 1941
Diikuti oleh:
Laksamana Kurt Fricke
Didahului oleh
Laksamana Gunther Lutjens
Panglima Armada Kriegsmarine
Jun 1941 – Julai 1944
Diikuti oleh:
Laksamana Wilhelm Meendsen-Bohlken