Karl-Adolf Hollidt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Karl-Adolf Hollidt
Kelahiran25 April 1891
Speyer, Empayar Jerman
Meninggal dunia 22 May 1985 (22 May 1985-22 May 1985) (aged 94)
Siegen, Jerman Barat
Kesetiaan
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1909–1945
PangkatGeneraloberst
ArahanTentera Darat Ke-6
Pertempuran
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak

Karl-Adolf Hollidt (28 April 1891 – 22 Mei 1985) adalah seorang panglima ketumbukan Jerman dan penjenayah perang semasa Perang Dunia II. Beliau merupakan seorang Jeneral (Generaloberst) dalam Wehrmacht Jerman Nazi yang memerintah Tentera Darat Ke-6.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hollidt menyertai Tentera Darat Jerman pada 19 Julai 1909. Semasa Perang Dunia I, Hollidt berkhidmat di Perbatasan Barat dan telah dikurniakan pingat Iron Cross Kelas 2 dan Kelas 1. Beliau kekal dalam Reichswehr (angkatan tentera Republik Weimar). Dari Mac 1935, beliau berkhidmat dalam Staf Am dan menjadi Ketua Staf Kor I dalam Wehrmacht pada Oktober 1935.

Pada permulaan Perang Dunia II, Hollidt bertugas sebagai Panglima Divisyen Ke-52 Infantri. Dari 1 November 1939, beliau bertugas sebagai Ketua Staf kepada Panglima Besar Timur, Jeneral Johannes Blaskowitz. Dari Oktober 1940 beliau berkhidmat sebagai Panglima Divisyen Ke-50 Infantri di Greece. Dinaikkan pangkat ke General der Infanterie pada Februari 1942, Hollidt diberi memerintah Kor XVII, yang telah dirancang untuk mengambil bahagian dalam Operasi Winter Storm, satu cubaan untuk menyelamatkan Tentera Darat Ke-6 yang terkepung di Stalingrad. Selepas Tentera Darat Ke-6 menyerahkalah, ia telah ditubuhkan semula pada Mac 1943 dan Hollidt menjadi Panglimanya. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst (Kolonel Jeneral) pada 1 September 1943. Pada tahun 1944, Tentera Darat Ke-6nya mengalami kekalahan teruk semasa berundur dari Sungai Dnieper. Hollidt telah dipecat dari jawatannya dan diletakkan dalam pasukan simpanan.

Perbicaraan dan kesalahan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1945, Hollidt telah dijadikan tawanan oleh tentera AS. Selepas perbicaraan yang diadakan di Nuremberg, beliau telah didakwa dengan penggunaan haram tawanan perang dan pengusiran dan perhambaan orang awam. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun, dan telah dibebaskan kerana berkelakuan baik pada Disember 1949.[1] Beliau meninggal dunia pada tahun 1985.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hebert 2010, m/s. 219.
  2. ^ a b Thomas 1997, p. 299.
  3. ^ a b Fellgiebel 2000, m/s. 193.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000) [1986]. Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 — Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches] (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. 
  • Hebert, Valerie (2010). Hitler's Generals on Trial: The Last War Crimes Tribunal at Nuremberg. Lawrence, Kansas: University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1698-5. 
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 [The Knight's Cross Bearers 1939–1945] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. 
  • Thomas, Franz (1997). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 1: A–K [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 1: A–K] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2299-6. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]