Jejak Warriors (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jejak Warriors)
Lompat ke: pandu arah, cari
Jejak Warriors
Poster The Red Warriors The Movie.jpg
Pengarah Saw Teong Hin
Penerbit
  • Ann Mokhtar
  • Fauziah Husain
  • Norhan Manap[1]
Dibintangi oleh
Syarikat
produksi
U2 Media Sdn Bhd
The Red Warriors
Pengedar EMPIRE[2]
Mula ditayangan
27 Ogos 2015
Tempoh tayangan
78 minit
Negara Malaysia Malaysia
Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 2 Juta
Box office RM 182,000[3]

Jejak Warriors merupakan sebuah filem sukan arahan Saw Teong Hin. Filem ini dibintangi oleh Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim[4], Harun Salim Bachik[5], Fauziah Ahmad Daud, Bell Ngasri, Radhi Khalid, Sabri Yunus, Watie Elite, Husyairi Husain, Amir Raja Lawak, Shuk SYJ serta barisan pemain The Red Warriors. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 27 Ogos 2015.[6]

Plot[sunting | sunting sumber]

Wan Raja (Alif Firdaus) yang merupakan peminat tegar pasukan bolasepak Kelantan (TRW) dan dibesarkan di Johor Bahru.Kerana minat yang mendalam,dia sering berimaginasi berbual dengan pemain TRW iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam.Namun begitu, minatnya itu telah dihalang oleh bapanya, Wan Hassan (Pekin Ibrahim).Ibunya telah meninggal ketika rusuhan penyokong Kelantan pada tahun 2009. Setelah bapanya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja, Wan Raja berhasrat untuk bertemu pasukan TRW di Kota Bahru demi memenuhi cita-cita bapanya yang tidak kesampaian,iaitu untuk mendapatkan tandatangan para pemain TRW.Setelah membeli tiket bas untuk menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Pulau Pinang, begnya telah diragut. Wan Raja cuba menghalang peragut tersebut tetapi gagal. Seorang pemandu teksi (Harun Salim Bachik) melihat kejadian tersebut dan ingin membantu Wan Raja.

Pemandu teksi tersebut membawa Wan Raja ke rumahnya untuk bertemu dengan anaknya, Nadia (Nadiya Nisaa), seorang bekas penyokong tegar Johor Darul Ta'zim FC.Nadia, secara kebetulan ingin pulang ke Pulau Pinang kerana telah dipanggil oleh bosnya (Ogy Ahmad Daud).Nadia pada mulanya enggan, tetapi akhirnya akur setelah mendengar kisah Wan Raja yang ingin melunaskan impian bapanya.Setelah sampai di stadium, Wan Raja telah dijadikan "kambing hitam" ulat tiket (Shuk SYJ) dan ditangkap oleh pengawal keselamatan stadium,Rahim (Bell Ngasri) dan Farouk (Radhi Khalid).Setelah disoal siasat oleh bos pengawal stadium (Chew Kin Wah), Wan Raja membantu pihak keselamatan untuk menangkap ulat tiket.

Bos pengawal stadium tersebut terharu akan kesungguhan Wan Raja lalu memberi dia sedikit wang dan satu tiket perjalanan ke Kelantan.Bos tersebut memuat naik gambar dan kisah Wan Raja ke Instagram dan kisah Wan Raja mulai viral. Selepas Nadia tersedar yang dia masih belum mengambil Wan Raja dari stadium, dia kembali ke stadium untuk mencari Wan Raja tetapi gagal.Tindakannya yang keluar dari pejabat itu telah menyebabkan bosnya marah.Akibat dimarahi oleh bosnya, Nadia berhenti kerja.Ketika bas berhenti sebentar di Jeli, Wan Raja menunaikan solat hajat.Selepas habis solat hajat, dia ditinggalkan basnya itu.Wan Raja kemudiannya berjalan kaki untuk ke Kota Bharu.Kerana kepenatan, Wan Raja pengsan di tepi jalan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.

Nadia kembali ke kampungnya di Johor Bharu.Setelah ditenangkan oleh bapanya,kisah Wan Raja yang terdampar di hospital viral di Twitter.Nadia pun ke Kota Bharu untuk bertemu dengan Wan Raja.Sebaik sahaja tersedar, Wan Raja mulai putus asa.Nadia yang baru sampai telah diherdik oleh Wan Raja kerana marah.Setelah Wan Raja melihat kisah mengenainya di televisyen, dia kembali mengikut Nadia untuk ke Stadium Sultan Mohammed Ke IV untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Ta'zim.

Mereka berjalan kaki ke stadium setelah tersekat di jalan akibat kesesakan jalan raya. Wan Raja disambut oleh para penyokong Kelantan di sana.Wan Raja dan Nadia telah dikejar oleh pengikut ulat tiket sebelum ini (Amir Raja Lawak).Setelah memasuki padang, ulat tiket itu berkonfrontasi dengan pemain Kelantan yang cuba melindungi Wan Raja.Selepas itu, Wan Raja dibawa berjumpa dengan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Hj. Annuar Musa oleh lagenda bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha.Wan Raja dan Nadia pun menonton perlawanan bola sepak itu yang berakhir dengan kemenangan Kelantan.Selepas perlawanan tamat, Wan Raja berjaya mendapatkan kesemua tandatangan pemain TRW.Wan Raja kemudiannya dibawa untuk bertemu dengan atuknya (Sabri Yunus).Wan Raja kemudiannya menziarahi kubur ayahnya dengan membawa bola yang bertandatangan tersebut.[7][8][9][10]


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Nadiya Nisaa berlakon sebagai Nadia di dalam filem ini.

Barisan pemain Kelantan FA turut terlibat, iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.Filem ini turut menampilkan penampilan istimewa bekas pemain bola sepak Kelantan,Indra Putra Mahayuddin,Shakir Shaari dan Mohd Nurul Azwan Roya.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak pertama Malaysia yang menerbitkan filem sendiri.[11]Majlis pelancaran filem Jejak Warriors telah diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 16 Disember 2013[12][13].Pada mulannya filem ini bertajuk The Red Warriors The Movie tetapi telah ditukar oleh pihak penerbit untuk mengelakkan persepsi bahawa filem ini untuk penyokong Kelantan sahaja.[14] Filem ini memulakan pengambaraan pada 22 Jun 2014. Filem ini menjalani pengambaraan di sekitar Kota Bharu, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Grik dan Pulau Pinang selama 31 hari.Pada mulannya, Fizo Omar, Kamal Adli, Intan Ladyana, Julia Ziegler, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar dijadualkan akan membintangi filem ini.[15] Namun penukaran pengarah sepanjang proses pembikinan membuatkan barisan pelakon dan jalan cerita bertukar. Semua pemain bola sepak Kelantan turut berperanan dalam filem ini dan ada juga dihantar ke kelas lakonan termasuk Wan Zack Haikal[16] dan Zairol Fitrie yang mengikuti kelas lakonan dikendalikan oleh Fauziah Nawi.Penggambaran turut merakamkan perlawanan sebenar antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV pada 13 Julai 2014.[17][18]

Filem ini dikatakan mempunyai persamaan dari segi jalan cerita dengan filem keluaran pasukan Liverpool F.C. pada tahun 2012 iaitu filem Will.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah ditayangkan di 72 buah pawagam di seluruh Malaysia (dan satu di Brunei) pada 27 Ogos 2015. Tarikh tayangan filem ini telah beberapa kali ditukar bermula dengan hujung tahun 2014,[19] ,April/Mei 2015 sebelum ditarik kepada bulan September 2015.Tayangan filem ini kemudiannya dianjak kepada 27 Ogos 2015.[20][21][22]Tayangan di negeri Kelantan akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV pada 28 dan 29 Ogos 2015.[23]

Trailer filem ini telah ditayangkan di Youtube pada 24 Jun 2015.[24]Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara pada 20 Ogos 2015.

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kutipan filem ini mampu mencecah RM3 juta.[25]Selepas dua minggu ditayangkan, filem ini hanya berjaya mengutip kutipan sebanyak RM 182,000.

Ulasan pengkritik[sunting | sunting sumber]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Deric Ect dari portal perfileman dailyseni.com memuji lakonan Nadiya Nisaa di dalam filem ini.[26]Faris Othman dari portal hiburan extra Tonton mengulas filem ini sebagai "...bukan filem bola sepak biasa".[27]Shazrtn Mohd Faizal dari portal berita Therakyatpost.com pula mengulas filem ini sebagai "...tidak wajar dilepaskan...".[28]

Aidil Rusli dari The Star pula memberi ulasan filem ini sebagai tidak konsisten dalam penceritaan dan terlalu kelam-kabut kerana tempoh masa yang singkat.[29]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Jejak Warriors: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh Dikir Warriors
Dikeluarkan pada 18 September 2015
Genre Runut bunyi
Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia

Album runut bunyi filem Jejak Warriors mengandungi enam lagu, dikeluarkan pada 18 September 2015 dan diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia.[30]

Senarai runut
No. Tajuk Penulis Penyanyi Masa
1. "Sejarah Kito"     Dikir Warriors 1:21
2. "Bukan Khayalan"     Aina 3:49
3. "Gol Gol Gol"     Dikir Warriors 0:56
4. "Mimpi Kita"     Aina 3:44
5. "Do Lawe Staro Demo"     Dikir Warriors 3:12
6. "Kena Kuat Lawe"     Dikir Warriors 2:02

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Ann Mokhtar, Fauziah Husain & Norhan Manap Dicalonkan
Pengarah Terbaik Saw Teong Hin Dicalonkan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Aliff Firdaus Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www2.hmetro.com.my/articles/AngkatperjuanganTheRedWarriors/Article/
  2. ^ http://gsc.com.my/html/movies-info-synopsis.aspx?M_MovieID=1366
  3. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  4. ^ http://www.manggaonline.com.my/pekin-mahu-orang-ramai-tahu-tentang-pembikinan-filem-2/
  5. ^ http://mynewshub.cc/2015/03/09/harun-salim-bachik-pelakon-filem-trw-movie-kafa/
  6. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jejak-warriors-bukan-hanya-kisah-bola-1.408647
  7. ^ https://ms-my.facebook.com/AnnuarMusa/posts/744564648938603
  8. ^ http://www.wanista.com/filem-jejak-warriors-di-pawagam-27-ogos-depan/
  9. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/682282/kehebatan-the-red-warriors-diangkat-dalam-filem-jejak-warriors
  10. ^ http://www.hyebro.com/2015/06/filem-jejak-warriors/
  11. ^ "JEJAK WARRIORS BERI KELAINAN DLAAM INDUSTRI PERFILEMAN TANAHAIR". Duniasukan.com. Dicapai pada 2015-09-10. 
  12. ^ http://pingbusuk.org/v/407887/tsam-di-melancarkan-filem-the-red-warriors-the-movie.html
  13. ^ http://www.brotherssam.info/2013/12/info-filem-red-warriors-movie-di-lancar.html
  14. ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/tiada-pawagam-di-kelantan-jejak-warriors-tetap-temui-peminat-trw-1.406105
  15. ^ http://peraktoday.com.my/2014/04/apa-sudah-jadi-dengan-the-red-warriors-the-movies/
  16. ^ http://www.manggaonline.com.my/wan-zack-haikal-berlakon/
  17. ^ http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/red-warrior-the-movie-jadi-tarikan-1.294610
  18. ^ http://www.vanityshack.my/jejak-warriors-its-all-about-football/
  19. ^ http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/06/29/trw-movie-temui-penonton-hujung-tahun/
  20. ^ http://selebritionline.com/filem-jejak-warriors-di-pawagam-27-ogos-2015/
  21. ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/the-red-warriors-difilemkan-telan-belanja-rm2-juta-1.300004
  22. ^ http://www.manggaonline.com.my/kisah-kebangkitan-the-red-warriors-difilemkan/
  23. ^ http://mediahiburan.karangkraf.com/tiada-pawagam-di-kelantan-jejak-warriors-tetap-temui-peminat-trw-1.406105
  24. ^ http://www.astroawani.com/video-malaysia/jejak-warriors-tampil-pemain-bola-sebagai-pelakon-utama-60620
  25. ^ http://www.astroawani.com/berita-sukan/kafa-jangka-kutipan-filem-red-warriors-movie-cecah-rm3-juta-55616?cp
  26. ^ (Inggeris)Ect, Deric (20 Ogos 2015). "SAW TEONG HIN'S FOURTH FILM 'JEJAK WARRIORS' JUST HAD AN EXCLUSIVE MEDIA PREMIERE AND WE'RE HERE TO TELL YOU ABOUT IT". Dicapai pada 2015-08-27. 
  27. ^ "Jejak Warriors' Bukan Filem Bola Sepak Biasa". extra Tonton. Dicapai pada 2015-09-10. 
  28. ^ "Semangat kesukanan, patriotisme cara 'Jejak Warriors'". Therakyatpost.com. Dicapai pada 2015-09-10. 
  29. ^ (Inggeris)"Review: Jejak Warriors". The Star. 29 Ogos 2015. 
  30. ^ Jejak Warriors: Original Soundtrack iTunes Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]