Filem Terbaik Festival Filem Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Terbaik (FFM))
Filem Terbaik
Festival Filem Malaysia
Dianugerahkan untukFilem Terbaik Tahunan
NegaraMalaysia
Disampaikan olehPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Anugerah pertama13 April 1980; 43 tahun yang lalu (1980-04-13)
Kini dipegang olehSpilt Gravy on Rice (2022)

Filem Terbaik Festival Filem MalaysiaM merupakan salah satu anugerah dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai pembuat filem dalam industri perfileman Malaysia. Kategori ini dikhaskan kepada filem yang telah tercalon untuk filem terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penerbitan, pengarahan, lakonan, penulisan sesebuah filem tersebut. Filem yang boleh menghantar pencalonan ialah filem yang sudah/belum ditayangkan pada Mei hingga Jun tahun hadapannya dan tidak pernah bertanding dalam Festival Filem Malaysia.

Pada 1989 dan 1994, menjadi sedikit kontroversi apabila Filem Terbaik tidak dipertandingkan walaupun ada beberapa filem mendapat anugerah yang banyak dalam FFM yang dipertandingkan. Selain itu, anugerah ini turut mencetuskan kotroversi apabila ada filem yang kurang mendapat Anugerah Perdana menang Filem Terbaik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada FFM 1 tiada anugerah Filem Terbaik. Sebaliknya para juri menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai filem terbaik pada masa itu dan pemenangnya ialah filem Tiada Esok Bagimu. Selain itu, kategori Filem Terbaik tidak memberi pencalonan yang banyak kerana pada masa itu filem dipertandingkan kurang dari segi kuantiti. Pada FFM 2 anugerah ini dadakan dan tidak menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai kategori utama pada acara ini dan memberi peluang semua jenis filem pelbagai genre bertanding untuk kategori tersebut. Filem Dia Ibuku araham Sarimah Ibrahim diangkat sebagai filem terbaik dengan mencipta sejarah sebagai filem paling banyak menggondol anugerah pada acara tersebut iaitu sebanyak 9 anugerah dimenangi. Rekod ini masih dipegang sehingga sekarang dan belum lagi dipecahkan oleh mana-mana filem setakat ini. Pada masa itu, pencalonan untuk Filem Terbaik masih kurang pada masa itu sehingga 1984. Untuk meningkatkan lagi pencalonan filem dan bagi mengatasi masalah kekurangan bajet, penganjuran acara ini dilakukan secara dwitahunan tetapi gagal menambah lagi pencalonan untuk kategori Filem Terbaik. Pada FFM 7, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada tiga pencalonan. Filem bergenre seram/seram ngeri (Rahsia) memenangi Filem Terbaik pada acara kali ini. FFM 8 satu tindakan drastik telah dibuat pada acara kali ini apabila kategori Filem Terbaik tidak diberikan. Alasannya kerana filem yang bertanding pada waktu iti tidak layak memenangi anugerah Filem Terbaik pada waktu itu. Hal ini juga berlaku pada FFM 10 apabila filem yang memenangi banyak anugerah pada waktu itu (Bintang Malam) tidak dianggakt sebagai Filem Terbaik pada acara tersebut.

Pada FFM 11, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada lima buah filem yang dicalonkan. Pemenangnya ialah filem kontroversi iaitu Perempuan, Isteri dan.... Pada FFM 12, FFM 13, dan FFM 14 penganjur masih mengurangkan pencalonan filem untuk kategori Filem Terbaik. Tetapi perkara itu berubah apabila tahun 2001 hingga kini apabila bilangan pencalonan untuk kategori Filem Terbaik bertambah dan menghadkan sebanyak sebanyak lima buah filem.

Pemenang dan calon[sunting | sunting sumber]

Dalam senarai di bawah, pemenang anugerah disusun di atas terlebih dahulu diikuti pencalonan lain mengikut tahun anugerah.

Tahun Filem Syarikat Penerbitan Penerbit
19791980
FFM 1
Tiada Esok Bagimu Jins Shamsudin Productions Jins Shamsuddin
19801981
FFM 2
Dia Ibuku Sarimah Film Productions Sarimah Ahmad
19811982
FFM 3
Bukit Kepong Jins Shamsudin Productions Jins Shamsuddin
19821983
FFM 4
Ranjau Sepanjang Jalan Kay Film Productions, Sarimah Films Jamil Sulong, Sarimah Ahmad
19831984
FFM 5
Matinya Seorang Patriot ZHA Film Productions Rahim Razali
19841986
FFM 6
Tsu Feh Sofiah Angkatan Seniman Abad XX Film Productions Wan Rohani Zin
19861987
FFM 7
Rahsia Cinematic Othman Hafsham
Puteri Angkatan Seniman Abad XX Film Productions Wan Rohani Zin
Mawar Merah RJ Films Rosnani Jamil
19871989
FFM 8
Tiada penganugerahan
19891991
FFM 9
Hati Bukan Kristal Director’s Team Habsah Hassan, Rahimah Rahim
19911992
FFM 10
Bintang Malam & Selubung Identity Entertainers & Nizarman
19921994
FFM 11
Perempuan, Isteri dan... Berjaya Film Production Pansha
Abang 92 Angkatan Seniman Abad XX Film Production Wan Rohani Zin
Fantasi Teletrade Zain Mahmood, Alias Omar
Femina SV Productions V. Nagaraj
Wanita Bertudung Hitam Teknik Suria Kak Wan, Noriha Nor
19941995
FFM 12
Sayang Salmah Perkasa Filem, Grand Brilliance Dr Mahadi J Murat
19951997
FFM 13
Layar Lara Pesona Pictures Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Zuraini Anuar
19971999
FFM 14
Jogho Gambar Tanah Licin U-Wei Hj Saari
19992001
FFM 15
Leftenan Adnan Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia, Paradigm Film, Grand Brilliance Aziz M. Osman
Seri Dewi Malam Grand Brilliance, Paradigm Film Aziz M. Osman
Pasrah Skop Productions, Grand Brilliance Yusof Haslam, Ismail Mustapha, Azman Ismail
Syukur 21 Metrowealth Movies Production David Teo
20012003
FFM 16
KL Menjerit Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin Pillai, Maznita Mokhtar
20032004
FFM 17
Paloh Filem Negara Malaysia & FINAS
Trauma Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail, Jailani Abdul Ghani
Pontianak Harum Sundal Malam Pesona Pictures, Jugra Publication Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Mohd Mahyidin Mustakim
Buli Grand Brilliance Johari Amat, Lazizah Ahmad
Berlari Ke Langit Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin, Jailani Abdul Ghani
20042005
FFM 18
Sepet MHZ Film Elyna Syukri, Rosnah Kassim
Puteri Gunung Ledang Enfiniti Production Shazalli Ramly, Tiara Jacquelina
Pontianak Menjerit Skop Production, ME Communications MH Noor, Yusof Kelana, Fetty Ismail, Dato’ Yusof Haslam
Qaisy & Laila Nizarman, Serangkai Filem Habsah Hassan, Ruhani Abdul Rahman, Basri Musa
Gangster Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail
20052006
FFM 19
Gubra Chilli Pepper Films Productions & Nusanbakti Corporation Elyna Syukri, Wan Shahidi
Pontianak Harum Sundal Malam 2 Pesona Pictures Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Mohd Mahyidin Mustakim
Buli Balik Grand Brilliance Ahmad Puad Onah, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Nasha Aziz
Gol & Gincu Redfilms Lina Tan, Alan Tan, Mee Fung, Marina
Bilut Mega Wajasinar Khatijah Abu Hassan
20062007
FFM 20
Cinta Alternate Studio & Grand Brillance Ahmad Puad Onah
Tentang Bulan Metrowealth Movies Production David Teo
Waris Jari Hantu Pesona Pictures, Grand Brilliance Shuhaimi Baba, Aida Buyong, Mohd Mahyidin Mustakim, Ibrahim Elias, Kavita Sidhu
Chermin Starry Eye Production Zarina Abdullah, Ummi Khaltoum Abdullah
The Red Kebaya L’Agenda Production Ramli Hassan, Andre Berly
20072008
FFM 21
Kala Malam Bulan Mengambang Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail
1957:Hati Malaya Pesona Pictures Shuhaimi Baba, Aida Buyong
Anak Halal Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail
Pensil Genius Parade Surenthar
Wayang UiTM
20082009
FFM 22
Papadom Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin
Talentime Grand Brilliance Ahmad Puad Onah
Syurga Cinta Metrowealth Movies Production David Teo
Setem Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin
Maut Tayangan Unggul Gayatri Su-Lin, Hazil Izham Ismail
20092010
FFM 23
Magika KRU Studios Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Estet Naga VXS Mamat Khalid
Evolusi KL Drift 2 Skop Productions Dato' Yusof Haslam
Belukar Preston Zaidan Productions Jason Chong, Danny X-Factor
Lagenda Budak Setan Astro Shaw Gayatri Su-Lin
20102011
FFM 24
Hikayat Merong Mahawangsa KRU Studios Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
2012
FFM 25
Bunohan Apparat Nadita Solomon
29 Februari KRU Studios Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
S.A.M Skop Productions Dato' Yusof Haslam
Ombak Rindu Astro Shaw & Tarantella Pictures Sharad Sharan
Songlap Grand Brilliance & redfilms Lina Tan,Ahmad Puad Onah,Lee Mee Fung
2013
FFM 26
KIL Grand Brilliance & Flux Visual Lab Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, Jeremy Little, Anizan Sarif, Tengku Iesta Tengku Alaudin
KL Gangster 2 Skop Productions Dato' Yusof Haslam
Rock Oo! Naga VXS & Grand Brilliance Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penanggal Astro Shaw & Grand Brilliance Tengku Iesta Tengku Alaudin & Gayatri Su-Lin Pilai
Sembunyi: Amukan Azazil Grand Brilliance & Filmscape Tengku Iesta Tengku Alaudin
2014
FFM 27
Lelaki Harapan Dunia Everything Films, Volya Films, Flying Moon Filmproduktion, Mandra Films Sharon Gan
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Astro Shaw Gayatri Su-Lin Pillai
Dollah Superstar Filmscape Sdn. Bhd.
Manisnya Cinta di Cappadocia Redfilms, Astro Shaw & Global Station Zaiton Muhd Jiwa
Terbaik dari Langit Astro Shaw & Playground Film Tuan Faisal Azmy
2015
FFM 28
Jagat Skyzen
2016
FFM 29
Adiwiraku Sol Pictures, Iceberg Design & Filmmecca Studio
20172018
FFM 30
One Two Jaga Pixel Play Entertainment & Jazzy Pictures Bront Palarae
Paskal Asia Tropical Films, Multimedia Entertainment & Astro Shaw Keoh Chee Ang
Guang Reservoir Production Sabrina Wong
Dukun Astro Shaw Dominique Hee
Vedigundu Pasangge Veedu Production Denes Kumar
20192020
FFM 31
Roh Kuman Pictures Sdn. Bhd. Elise Shick Chong & Shizrin Salleh
Ejen Ali: The Movie Wau Animation Sdn Bhd & Primeworks Studio Sdn Bhd Faiz Hanafiah
Fly By Night Another Planet Sdn Bhd Leonard Tee & Mo Bahir
Geran Layar Pictures Sdn Bhd Abu Bakar Mat Zin
Sangkar Primeworks Studio Sdn Bhd, Infinitus Gold Sdn Bhd, MM2 Entertainment Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd Gayatri Su-Lin Pillai
20212022
FFM 32
Spilt Gravy on Rice ZSA Productions Zarul Albakri
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Multimedia Entertainment Keoh Chee Ang
Small Town Heroes Lomo Pictures Aron Koh
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Studio Kembara Abdul Rahman Dali & Shahruddin Dali
Juang Asia Tropical Films, The Film Engine & Astro Shaw Nessa Ng Shoak Leng

Rekod[sunting | sunting sumber]

  • Bukit Kepong merupakan filem genre sejarah pertama memenangi kategori ini
  • Ranjau Sepanjang Jalan merupakan filem adaptasi novel pertama memenangi kategori ini
  • Rahsia menjadi filem genre seram ngeri pertama memenangi kategori ini
  • Kala Malam Bulan Mengambang menjadi filem hitam putih pertama memenangi kategori ini
  • Magika menjadi filem genre fantasi pertama memenangi kategori ini
  • Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem genre mitos pertama memenangi kategori ini
  • KRU Studios menjadi syarikat filem pertama memenangi kategori ini untuk dua kali berturut-turut
  • Tayangan Unggul mencipta sejarah gemilang pada FFM 22 dengan 3 filem terbitannya tercalon untuk kategori ini dan memenangi satu daripadanya

Senarai Tidak Rasmi 1950 - 1978[sunting | sunting sumber]

Laman Trivia Artis Malaysia pernah menyenaraikan pemenang dan finalis tidak rasmi bagi data filem Malaya/Singapura dari era studio pada tahun 1950 hingga 1978, sebelum kewujudan Festival Filem Malaysia. Berikut adalah senarai pemenang dan calon yang dinilai melalui rangkuman maklumat akhbar, pengkritik dan pemerhati filem klasik Malaysia.

Pemenang dan calon[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Filem Terbaik:

Tahun Filem Penerbit Studio
1947-50
PFM 50
Rachun Dunia Run Run Shaw Malay Film Productions
Seruan Merdeka S.M.A.H Christy Malayan Arts Production
Singapura di Waktu Malam Run Run Shaw Malay Film Productions
1951-52
PFM 52
Penghidupan Run Run Shaw Malay Film Productions
Bapa Saya Run Run Shaw Malay Film Productions
1953-54
PFM 54
Iman Run Run Shaw Malay Film Productions
Kerana Kau Run Run Shaw Malay Film Productions
Panggilan Pulau Run Run Shaw Malay Film Productions
1955
PFM 55
Selamat Tinggal Kekaseh-ku Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Ribut Runme Shaw Malay Film Productions
Insan Run Run Shaw Malay Film Productions
1956
PFM 56
Semerah Padi Runme Shaw Malay Film Productions
Mega Mendong Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Hang Tuah Run Run Shaw Malay Film Productions
1957
PFM 57
Mogok Runme Shaw Malay Film Productions
The Long House Runme Shaw, Run Run Shaw Shaw Brothers , Malay Film Productions
Pontianak Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
1958
PFM 58
Chinta Gadis Rimba Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Doktor Run Run Shaw Malay Film Productions
Sumpah Orang Minyak Run Run Shaw, Teuku Dja'afar Malay Film Productions
1959
PFM 59
Musang Berjanggut Run Run Shaw Malay Film Productions
Mahsuri Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Samseng Run Run Shaw Malay Film Productions
1960
PFM 60
Isi Neraka Run Run Shaw Malay Film Productions
Noor Islam Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Antara Dua Darjat Run Run Shaw Malay Film Productions
1961
PFM 61
Hang Jebat Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Sri Mersing Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Sumpitan Racun Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Seniman Bujang Lapok Runme Shaw Malay Film Productions
Keris Sempena Riau Veemeng Shaw Merdeka Film Productions
1962
PFM 62
Ibu Mertua-ku Run Run Shaw Malay Film Productions
Dang Anom Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Korban Kaseh Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Gerhana Runme Shaw Malay Film Productions
Selendang Merah Veemeng Shaw Merdeka Film Productions
1963
PFM 63
Rumah Itu Dunia Aku Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Chuchu Datok Merah Ho Ah Loke, Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Ibu Ayam Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
1964
PFM 64
Istana Berdarah Loke Wan Tho, Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Dua Pendekar Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Wan Perkasa Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Madu Tiga Run Run Shaw Malay Film Productions
Mambang Moden Runme Shaw Malay Film Productions
1965
PFM 65
Gurindam Jiwa Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Cinta Kasih Sayang Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Dajal Suchi Run Run Shaw Merdeka Film Productions
Sayang Si Buta Vee Meng Shaw Malay Film Productions
Dayang Senandong Vee Meng Shaw Malay Film Productions
1966
PFM 66
Kacha Permata Run Run Shaw Malay Film Productions
Naga Tasik Chini Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Udang Di Sebalik Batu Ho Ah Loke Cathay-Keris Film Productions
Gerak Kilat Runme Shaw Malay Film Productions
Sri Andalas Vee Meng Shaw Malay Film Productions
1967-68
PFM 68
Raja Bersiong Runme Shaw Malay Film Productions
Kekaseh Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
A-Go-Go '67 Runme Shaw Malay Film Productions
Lain Jalan Ka-Shorga Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
Gerimis Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
1969-70
PFM 70
Panglima Harimau Berantai Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
Aku Mahu Hidup Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh Runme Shaw Merdeka Film Productions
Di-Belakang Tabir Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
Perintah Seri Paduka Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
1971-72
PFM 72
Durjana Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
Mat Magic Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Belang Pertanda Runme Shaw Merdeka Film Productions
1973-74
PFM 74
Satu Titik Di Garisan Loke Wan Tho Cathay-Keris Film Productions
Terbabas Run Run Shaw Shaw Brothers
Mastura Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
1975-76
PFM 76
Sayang Anakku Sayang Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
Anak Seluang Jatuh Melaut Zainuddin Nordin Filem Negara Malaysia
Rahsia Hatiku Runme Shaw Merdeka Film Productions
Keluarga Si Comat Deddy M. Borhan Sabah Film Productions
Permintaan Terakhir Vee Meng Shaw Merdeka Film Productions
1977-78
PFM 78
Pendekar Deddy M. Borhan Sabah Film Productions
Dayang Suhana A. Aziz Abas, Mokhtar Sulong Filem Negara Malaysia
Menanti Hari Esok Salleh Ghani, Jins Shamsuddin, HM Shah, Jaafar Abdullah PERFIMA, Jins Shamsuddin Productions

Rujukan[sunting | sunting sumber]