Abang Long Fadil 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abang Long Fadil 3
PengarahSyafiq Yusof
PenerbitYusof Haslam
Lakon layar olehSyafiq Yusof
BerdasarkanKL Gangster oleh
Syamsul Yusof
Dibintangi olehZizan Razak
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
SinematografiRahimi Maidin
Disunting olehSyafiq Yusof
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
2021
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Abang Long Fadil 3 merupakan filem aksi komedi Malaysia yang akan datang diarahkan dan dilakon layar oleh Syafiq Yusof serta terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. Filem ini berdasarkan watak sampingan dari filem KL Gangster dan filem ketiga dalam siri filem yang juga merupakan kesinambungan kepada filem 2014 dan filem 2017 juga ditulis dan diarahkan oleh Syafiq. Filem ini mengekalkan Zizan Razak yang memegang watak Fadil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan Abang Long Fadil 3 akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018,[1] dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[1] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[2][3] Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.[4][5][6]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Abang Long Fadil 3 pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2020, namun ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Yusof Haslam mengumumkan bahawa filem ini bersama-sama dengan Polis EVO 3, juga arahan Syafiq dijangka akan ditayangkan pada awal 2021.[7][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!". Astro Awani. November 2, 2017.
  2. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai pada 3 April 2018.
  3. ^ "Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan". My News Hub. 1 November 2017. Dicapai pada 3 April 2018. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo.
  4. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 September 2017). "ALF bakal jadi karya francais Syafiq Yusof". Kosmo!. Dicapai pada 29 September 2017.
  5. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (21 September 2017). "Filmmaker Syafiq mulls movie sequel". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017.
  6. ^ Angelin Yeoh (19 Februari 2018). "What's next for director Syafiq Yusof". Star2. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  7. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 ditayang 2021". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  8. ^ "#Showbiz: Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 only to hit cinemas next year". New Straits Times. 3 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.