SAM: Saya Amat Mencintaimu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SAM
Poster keluaran tayangan
PengarahSyafiq Yusof
PenulisSyafiq Yusof
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Disunting olehRizal Ashreff
Syarikat
penerbitan
E.MAS
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 19 Ogos 2012 (2012-08-19) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.9 juta
Pecah panggungRM 1.4 juta[1]

SAM: Saya Amat Mencintaimu[2] ialah sebuah filem romantik misteri ngeri psikologi Malaysia 2012 arahan Syafiq Yusof. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jazmin.[3]

Mengisahkan tentang cinta Sam dengan rakan sekerjanya Lisa, tetapi Lisa diganggu oleh Haikal sehingga mereka berdua diculik dan disembunyikan di sebuah kilang percetakan lama. Filem ini menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan memenangi satu daripada lima pencalonan yang diterima. Ia juga melayakkan Syafiq menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Termuda Negara daripada The Malaysia Book Of Records. SAM ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan biasa dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jasmin). Pada masa yang sama juga, Jefri (Syamsul Yusof) turut menaruh harapan pada Lisa. Lelaki psiko tersebut iaitu Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal. Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. Kemudiannya Lisa dan Sam diculik, menambahkan kekeliruan Sam. Akhirnya terbongkar bahawa Sam menghidapi sebuah penyakit (Skizofrenia).

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali, siapakah penculik itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Syafiq Yusof mengarah dan menulis skrip filem ini.

SAM: Saya Amat Mencintaimu merupakan arahan pertama anak bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan kos pembikinannya dianggarkan sejumlah RM 1.9 juta dan penggambarannya mengambil masa 40 hari di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Beliau yang juga mengarahkan beberapa filem pendek, terpaksa menangguhkan pelajarannya di KLMU kerana untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada filem SAM. Skrip untuk filem ini diolah sendiri oleh Syafiq dan dibantu oleh sepupunya.[2]

Menurut Syafiq, beliau lebih suka mengarahkan filem bercorak komedi memandangkan dirinya yang masih muda, tetapi dia cuba mengarahkan filem bercorak cinta (dan psiko thriller) seperti dalam filem SAM kerana permintaan oleh bapanya sendiri.[5][6] Syafiq lebih suka mengarah dan duduk di belakang tabir berbanding abangnya Syamsul yang turut berlakon dan mengarah.[2]

Sepupu Syafiq yang masih belum dikenali ketika itu, Fattah Amin turut terlibat sebagai krew penggambaran dan pembantu peribadi kepada Shaheizy Sam. Fattah ketika itu merupakan pelajar di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan pengurusan seni persembahan.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

SAM ditayangkan pada 19 Ogos 2012 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kejayaan komersial walaupun sekadar meraih kutipan terendah. AbangNara dari BeautifulNara mengulas mengenai filem ini berkata apa yang menyedihkan apabila filem sehebat SAM arahan Syafiq Yusof ini sekadar mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari tayangannya.[7] Kemungkinan besar masa tayangannya iaitu ketika Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai kurang berminat untuk ke wayang. Beliau yakin sekiranya filem SAM ini ditayangkan seminggu selepas raya pasti kutipannya lebih mantap.[8]

Arya Putra dari OMG Hackers yang mengulas mengenai filem ini memberikan 9/10 bintang memujinya sebagai "hebat dan sungguh mengagumkan" untuk Syafiq Yusof, barisan pelakon serta filem ini sendiri.[9] Menurutnya, filem seperti inilah yang dinanti-nantikan untuk ditonton. beliau juga mengulas, sebenarnya kalau babak-babak percintaan antara Sam dan Lisa dipendekkan, dan babak-babak 'permainan kematian' antara Sam dan lelaki bertopeng di kilang lama PV6 dipanjangkan, filem ini akan menjadi lebih baik.[9] Babak percintaan itu dirasakan terlebih dan meleret-leret pula, sehingga habis satu lagu dibuatnya. Sedangkan tatkala beliau masih belum puas melihat Sam disiksa lelaki bertopeng, ia sudahpun tamat. Satu lagi, menurut Arya Putra, babak watak budak kecil yang mengidap penyakit Identity Dissociative di akhir cerita tidak begitu kukuh.[9] Tidak pasti mengapa budak tersebut jadi sedemikian. Adakah kerana bapanya? Ibunya? Kawan-kawannya? Kalau hendak dikatakan sikap bapanya, ia tidak begitu meyakinkan. Kalau dimantapkan lagi bahagian ini, pasti menusuk kalbu. Beliau turut memikirkan apakah sebab yang begitu kuat sehingga menyebabkan kecelaruan identiti yang dahsyat kepada seorang kanak-kanak.[9]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

SAM: Saya Amat Mencintaimu - The Soundtrack
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada2012
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreRunut bunyi
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
PengarahSyafiq Yusof Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi filem SAM mengandungi empat lagu, iaitu dua lagu nyanyian Anuar Zain dan dua lagu nyanyian James Baum.

Senarai lagu
  1. "Ajari Aku" — Anuar Zain (4:37)
  2. "Sempurnakan Aku" — Anuar Zain (4:53)
  3. "Istimewa" — James Baum feat. Senoritas (4:04)
  4. "Tiada Yang Lain" — James Baum feat. Dr. Anwar Fazal (4:25)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, SAM menerima empat pencalonan dan satu kemenangan di Festival Filem Malaysia ke-25 bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik. Syafiq Yusof pula memenangi Pengarah Harapan.[10]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 SAM: Saya Amat Mencintaimu Filem Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Pengarah Terbaik[11] Tercalon
Shaheizy Sam Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Penyunting Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Pengarah Harapan Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (29 Ogos 2012). Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 September 2012.
  2. ^ a b c Wahiduzzaman (23 Ogos 2012). Eksperimen Syafiq Yusof Menjadi Dalam 'SAM' Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine mStar. Diperoleh pada 1 September 2012.
  3. ^ Haryati Karim (26 Julai 2012). SAM tekanan buat Syafiq Diarkibkan 2017-04-21 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 1 Ogos 2012.
  4. ^ Wahida Othman (20 Julai 2012). "Syafiq tak gentar arah Shaheizy Sam dan Lisa Surihani". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 16 Februari 2013.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (7 Ogos 2011). "Dugaan Syafiq siapkan S.A.M." Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2018.
  6. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (15 Ogos 2012). "Debar Syafiq". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2018.
  7. ^ Rozdan Mazalan (27 Ogos 2012). "S.A.M. pungut RM1.4 juta". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2020 – melalui KLiK.
  8. ^ Filem SAM Kutip RM1.4 Juta Selepas 12 Hari Tayangan BeutifulNara. 29 Ogos 2012.
  9. ^ a b c d Review Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) Arya Putra. OMG Hackers. 2 Ogos 2016.
  10. ^ Budiey (2 Mac 2013). Senarai Pemenang Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia Ke-25 Senasasi Selebriti. Diperoleh pada 7 Mac 2013.
  11. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (1 Mac 2013). Syafiq julang trofi Pengarah Harapan Sinar Harian. Diperoleh pada 3 Mac 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]