Kampung Wakaf Stan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Wakaf Stan
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Wakaf Stan
Mohor rasmi Kampung Wakaf Stan
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Ketereh
KampungKampung Wakaf Stan
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16150
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Wakaf Stan di Peta Google

Kampung Wakaf Stan merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Wakaf Stan, Kubang Kerian, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Kampung Wakaf Stan mendapat namanya bersempena sebuah wakaf tempat penduduk tempatan menunggu pengangkutan bas antara bandar ke Kota Bharu. Stan pula merujuk kepada pohon setang yang banyak terdapat di sekitar kawasan tersebut. Terdapat lebih kurang 240 buah rumah pelbagai jenis terbina di Kampung Wakaf Stan (anggaran tahun 2018). Jumlah penduduk yang tinggal di kampung ini adalah seramai 1085 orang (bancian 2016).

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga buah sekolah yang dibina di sekitar Kampung Wakaf Stan iaitu Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan, Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (2) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian (2). SMK Kubang Kerian (2) telah dirasmikan pada 1987.

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Antara tempat ibadah utama yang terdapat di Kampung Wakaf Stan ialah Masjid Mukim Wakaf Stan, Masjid Al-Makmuriah, Taman Makmur dan Surau Al-Falah.

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Wakaf Stan, Mukim Wakaf Stan, Kelantan adalah 16150.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]