Kool 101: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 5955922 oleh 2402:1980:324:CFA4:0:0:0:1 (perbincangan)
Teg-teg: Buat asal Dibalikkan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Manual revert Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 88: Baris 88:
|Muaz
|Muaz
|6 Februari 2017
|6 Februari 2017
|
|-
|Izwan Azir Saleh
|Izwan Azir
|5 Oktober 2020
|
|
|-
|-
Baris 168: Baris 173:
|Fedtri Yahya
|Fedtri Yahya
|
|
|-
|[[Izwan Azir Saleh]]
|Izwan Azir
|5 Oktober 2020 - 16 Jun 2023
|
|-
!colspan="4"|Kool 101
|}
|}



Semakan pada 05:10, 31 Ogos 2023

Buletin FM
BandarPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kawasan penyiaran
Slogan
  • Temanmu · Muzikmu
    (03.03.2016 - 02.01.2020)
  • Suara Semasa
    (03.01.2020 - 01.08.2021)
  • Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman
    (02.08.2021 - 13.03.2022)
  • Isu Semasa & Info Terkini
    (sejak 14.03.2022)
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama
  • 3 Mac 2016; 8 tahun yang lalu (2016-03-03)
    (sebagai Kool FM)
  • 2 Ogos 2021; 2 tahun yang lalu (2021-08-02)
    (sebagai Buletin FM)
Format
Tarikh siaran terakhir28 November 2021; 2 tahun yang lalu (2021-11-28) (88.6 MHz Kota Bharu, Kelantan & 93.6 MHz Kuala Terengganu, Terengganu)
BahasaMelayu
PemilikMedia Prima Audio
(Kool FM Radio Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webdengar.kool101.audio
Tapak webwww.kool101.audio

Kool 101 (dahulunya Kool FM dan kemudian Buletin FM) ialah stesen radio berita berbincangan dan muzik lama dan baru berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016. Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat di bawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM, Eight FM dan sebelum kemunculan Molek FM.

Sejarah

Kool FM dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan bersiaran sulung pada 3 Mac 2016. Pada mulanya ia menyasarkan pendengar golongan generasi X,[1] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80-an dan 90-an.[2] Pada 3 Januari 2020, Kool FM telah revolusi baru dengan logo baru dengan slogan terbaru Suara Semasa tetapi menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment bermula 6 Januari tahun yang sama tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[3]

Pada 4 Mei 2021, stesen radio ini bersiaran serentak di TV9 pada setiap hari jam 3:30 pagi - 4:30 pagi.

Penjenamaan sebagai Buletin FM (2021–2023)

Bermula 2 Ogos 2021, Kool FM kini dikenali sebagai Buletin FM dan menjadikan radio berita yang lebih berfokus malah berkredibiliti. Ally Iskandar dan Hawa Rizwana (dari Malaysia Hari Ini dan Buletin Utama TV3) merupakan penyampai baharu dalam rombakan tersebut tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan info terkini.[4][5]

Buletin FM mula menyiarkan berita perdana dari TV3 iaitu Buletin Utama pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 8:00 - 9:00 malam tetapi dihentikan sepenuhnya pada 1 Jun 2022 dan hanya memainkan lagu dan iklan serta clip ulangan dari segmen Fokus Pagi selepas pukul 8 malam

Pada 29 November 2021, frekuensi Buletin FM di Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu telah ditamatkan siaran dan digantikan oleh Hot FM untuk Kota Bharu, Kelantan pada hari yang sama dan Molek FM pada 9 Januari 2022.

Pada 14 Mac 2022, Buletin FM tukar lagi tagline "Info Terkini & Muzik Sepanjang Zaman" ke "Isu Semasa dan Info Terkini".

Pada 28 Mac 2022, Buletin FM tidak lagi bersiaran sementara melalui platform MYTV.[6]

Buletin FM kini telah menambah masa bagi segmen Retro Show dari 2 jam kepada 4 jam pada hari Sabtu dan Ahad pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam, dalam masa yang sama mereka juga telah menggugurkan segmen Imbau Rock Leleh 90an.

Penjenamaan sebagai Kool 101 (2023-kini)

Menurut Pengukuran Khalayak Radio GfK Gelombang 1 2023, Buletin FM merekodkan 133,000 pendengar mingguan, jumlah terendah pendengar mingguan yang direkodkan di mana-mana stesen milik Media Prima. (berbanding dengan penjenamaan Kool FM sebelum ini yang telah merekodkan 701,000 pendengar mingguan pada akhir 2020).

Oleh kerana sejumlah besar pendengar mingguan hilang dan peranan sebagai radio semua berita tidak berfungsi dengan baik, Buletin FM menghentikan jenama itu pada 17 Jun 2023 dan dijenamakan semula sebagai Kool 101 pada 3 Julai 2023.

Nama "Kool 101" dipilih kerana ia lebih relevan kepada situasi semasa dengan kebanyakan pendengar lebih terbiasa dengan nama asal Kool FM. Nombor "101" yang digunakan pada nama stesen adalah merujuk kepada memberi pengetahuan asas tentang topik atau subjek, juga sebagai nombor frequensi siaran untuk Lembah Klang. Senarai main muzik telah berubah untuk memainkan lebih banyak muzik berasaskan kontemporari dewasa Malaysia dari tahun 90-an hingga sekarang, dengan lagu Indonesia dan Inggeris dimainkan secara berkala manakala muzik rock jiwang Melayu jarang dimainkan di Kool 101.

Penyampai Radio

Penyampai Harian

Nama Nama samaran Mula kerja Catatan
Rohaizah Nordin Haiza 3 Mac 2016
Muaz Mohamed Muaz 6 Februari 2017
Izwan Azir Saleh Izwan Azir 5 Oktober 2020
Hanif Miswan Hanif 2 Ogos 2021
Marsila Hassan Marsila 1 Julai 2022

Penyampai Hujung Minggu

Bekas Penyampai

Nama Nama samaran Tempoh Kerja Catatan
Kool FM
Farid Nor Farid 3 Mac - Disember 2016
Mohd Khairul Ikhwan Rosli Ikhwan[7] 3 Mac 2016 - 24 November 2017
Liza Khairudin Liza 3 Mac 2016 - Ogos 2018
Muhammad Ishak Ibrahim Andy Hakim Ogos 2017 - Ogos 2018
Ezaq Kamil Ezaq 3 Mac 2016 - Jun 2019 berpindah ke Manis FM
Rozlindah Onn Linda Onn 21 Ogos 2018 - 12 Ogos 2020
Tengku Rea Rea Januari 2017 - 20 Julai 2021 berpindah ke Gegar
Muhammad Azmir Selamat AG 3 Mac 2016 - 20 Julai 2021 dipindahkan semula ke Hot FM
Buletin FM
Ally Iskandar Mohd Mardzi Ally Iskandar 2 Ogos 2021 - 30 Jun 2022
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan Hawa Rizwana berpindah ke Era
Ahmad Fedtri Yahya Fedtri Yahya

Program

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa
Fokus Pagi Izwan Azir & Muaz 06:00 - 10:00
Santai Siang Marsila Hassan 10:00 - 15:00
Bicara Petang Haiza & Hanif Miswan 15:00 - 19:00

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
Terbaik Fokus Pagi Izwan Azir & Muaz 09:00 - 11:00
Spektator Sukan Hanif 11:00 - 13:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa
Terbaik Fokus Pagi Izwan Azir & Muaz 10:00 - 12:00
Spektator Sukan Hanif 16:00 - 18:00

Frekuensi

Frekuensi Kawasan Pemancar Catatan
101.3 MHz Lembah Klang Bukit Sungai Besi Frekuensi dahulu digunakan oleh Ultra FM.
90.2 MHz Pulau Pinang dan Taiping, Perak Bukit Penara Frekuensi dahulu digunakan oleh Pi Mai FM.
107.3 MHz Alor Setar, Kedah dan Perlis Menara Alor Setar Bermula 6 Oktober 2016.
104.3 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin Bermula 29 November 2017.
105.9 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong Akan Datang

Rujukan

  1. ^ "New radio channel Kool.FM targets Gen X listeners". TheHive.Asia. The Malay Mail. 2 March 2016. Dicapai pada 4 May 2016.
  2. ^ Awaina Arbee (1 March 2016). "Kool FM to play songs from the 80s and 90s". New Straits Times. Dicapai pada 4 May 2016.
  3. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 January 2020). "Kool FM fokus isu semasa, sosial dan komuniti". Berita Harian. Dicapai pada 3 January 2020.
  4. ^ Georgie Joseph (30 Julai 2021). "Ally Iskandar, Hawa Rizwana, Douglas Lim kini penyampai radio". HMetro. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  5. ^ "Ally Iskandar, Hawa jadi penyampai radio Buletin FM". Malaysia Gazette. 2 Ogos 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  6. ^ Untuk makluman.
  7. ^ Khadijah Ibrahim (2 Januari 2007). "Ikhwan tinggalkan Kool FM". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 1 Disember 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar