Mat Dan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Buat asal Dibalikkan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7: Baris 7:
| birth_date = {{Birth date and age|1989|10|18}}
| birth_date = {{Birth date and age|1989|10|18}}
| birth_place = [[Bristol]], [[England]]
| birth_place = [[Bristol]], [[England]]
| spouse = {{marriage|Nadifa Adnan|2017}}
| children = 3 <!-- Jangan masukkan nama anak beliau di sini kerana mereka tidak terkenal. -->
| relatives = Will Tyler (saudara kandung)
| mother = Nicola Tyler
| father = Kevin Tyler
| occupation = * Pengembara
| occupation = * Pengembara
* Pengacara
* Pengacara

Semakan pada 04:54, 22 Mac 2024

Mat Dan
Kelahiran
Daniel James Tyler

(1989-10-18) 18 Oktober 1989 (umur 34)
WarganegaraUnited Kingdom
Nama lainMohammad Kareef Daniel bin Abdullah
Pendidikan
  • Greatfield Park Primary School[1]
  • Kapasia Degree College, Dhaka, Bangladesh[2]
  • Cheltenham Bournside School and Sixth Form Centre, Cheltenham, Gloucestershire[1][2][3]
Pekerjaan
  • Pengembara
  • Pengacara
  • Pelakon
  • Penyampai radio
Tahun aktif2016–kini
Majikan
Terkenal keranaPenguaaan bahasa Melayu dialek Terengganu oleh orang Inggeris
Karya terkenal

Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah[4] (lahir Daniel James Tyler,[5] 18 Oktober 1989[6][7]) atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang pengembara Inggeris dan pengacara TV yang berwarganegara United Kingdom[8] dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Pada tahun 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah.

Beliau dikenali kerana kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik.[9] Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers - Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.[10]

Kehidupan

Kehidupan awal

Daniel James Tyler dilahirkan di Bristol, England pada 18 Oktober 1989[11][7] sebagai anak kedua daripada tiga beradik. Adik bongsunya bernama Will Tyler (lahir 1993)[12] manakala abangnya ialah Joe Tyler.[3][13] Beliau ialah anak kepada Kevin dan Nicola Tyler. Bapanya seorang ahli perniagaan manakala ibunya pula seorang pentadbir.[9]

Kedatangan ke Malaysia

Pada tahun 2009, beliau telah pergi melancong di Thailand dan Laos bersama seorang rakannya[14] selepas menamatkan Advanced Subsidiary Level di kolej beliau.[9][15] Ketika itu, rakannya telah memberi cadangan agar beliau melawati Pulau Perhentian. Ketika di sana, beliau mendapat tahu pula mengenai Pulau Kapas. 10 hari selepas berada di Pulau Perhentian,[16] beliau datang ke Pulau Kapas. Sepanjang berada di situ, beliau menjadi seorang sukarelawan di sebuah chalet. Beliau menjaga meja sambut tetamu di samping membersihkan bilik tetamu selama empat bulan sebagai saraan diri sebelum meneruskan perjalanannya. Beliau kembali ke Pulau Kapas pada tahun 2010[16] lalu menetap sehingga lebih 7 tahun di sana dengan alasan layanan baik orang Malaysia dan tempat yang cantik menyebabkan beliau terus kekal di pulau tersebut.[6][9][15] Di situ jugalah beliau telah mempelajari cara hidup dan bahasa penduduk tempatan dengan penguasaan dialek Terengganu memakan masa sebanyak 3 hingga 4 tahun.[14]

Pada 26 Februari 2018, Daniel telah menerima status Penduduk Tetap (PR) Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika perasmian Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Terengganu.[17][18][19][20]

Memeluk Islam

Pada Januari 2013, beliau telah memeluk Islam dengan bantuan abang angkatnya, Zakaria Sulong,[15] lalu menukar namanya kepada Mohammad Kareef Daniel Abdullah.[21][22]

Keluarga

Beliau telah bertunang dan berkahwin dengan Nadifa Adnan (lahir 15 April 1989),[23][24] seorang gadis Melayu tempatan,[25] pada 12 Mac 2017 di rumah keluarga isterinya di Bukit Chendering, Terengganu.[26][27]

Beliau telah mendapat seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 5 Mei 2018 dengan berat 2.7 kilogram pada pukul 6.43 petang waktu Malaysia (WPM) di Hospital Pakar Salam serta diberi nama Muhammad Zayne Danial James Tyler.[13][28] Beliau mendapat seorang lagi anak lelaki yang dilahirkan pada 7 November 2020 dengan berat 3.23 kilogram pada pukul 10.55 pagi WPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah.[29] Namanya diberi sebagai Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler 20 hari kemudian.[30]

Kerjaya

Setakat Januari 2019, beliau bekerja sebagai seorang penyampai radio di Manis FM dan mengendalikan sebuah rancangan travelog makanan.[31]

Duta

Pada 22 Oktober 2016, beliau telah dilantik sebagai Duta Alam Sekitar Negeri Terengganu sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri di Kerteh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).[32]

Pada 4 September 2019, Mat Dan telah dipilih sebagai Ikon Pelancongan Terengganu oleh kerajaan negeri Terengganu. Pemilihan beliau dibuat bagi membolehkan Mat Dan mempromosi dan memperkukuh nama Terengganu ke persada yang lebih besar, khususnya pasaran luar negara seperti United Kingdom dan Eropah.[33] Beliau menyatakan, "sejak hari pertama saya sampai di Malaysia, saya telah jatuh cinta dengan negara ini".[34]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Mechamato Movie Tok Sah

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016–2017 Haramain Backpackers[10] - Trans Siberian -[15] Pengacara Astro Oasis mengacara bersama PU Amin
Mat Dan Kaki Jalan[10][35][36] Astro Prima
2018 Mahabbah Meals[37] Astro Gempak
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1)[38] Penyiasat jemputan ntv7
2022 Borak Kopitiam Pengacara TV3
2023 Misi Mat Dan TV9

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Matilahnak[39] Astro Citra
2021 Busker Bercinta Rejab TV2

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016–2017 Jenaka Kampung Kalut (J.K.K)[40] TV3 Sitkom

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
2019–2021 Manis Manis Pagi Manis FM
9 Januari 2022 - kini Molek Petang Molek FM

Rujukan

  1. ^ a b Jenkins, Robin (1 September 2019). "Mat Dan: Parents of former Cheltenham schoolboy reveal what's it like to be mum and dad to one of Asia's biggest celebrities" [Mat Dan: Kehidupan pasangan ibu bapa seorang bekas murid di Cheltenham setelah anak mereka menjadi terkenal di Asia]. Gloucestershire Live (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-23. Dicapai pada 24 November 2020.
  2. ^ a b OMM (12 Mac 2017). "Biodata Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan". Oh My Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-07. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  3. ^ a b Jenkins, Robin (10 November 2018). "The former Cheltenham schoolboy who's now a huge TV celeb, and why you've never heard of him" [Bekas pelajar Cheltenham yang sekarang telah menjadi selebriti terkenal, dan alasan anda tidak mengetahui tentang beliau]. Gloucestershire Live (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Disember 2018.
  4. ^ Mat Dan Kaki Jalan [Ep1]: Jalan jalan di hometown Mat Dan (Television production). Mat Dan Kaki Jalan. 19 Julai 2017. Peritiwa berlaku pada 1:03. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  5. ^ Rosli Mohd Nordin (10 Januari 2021). Malaysia di Hati Mat Dan (Video). Peritiwa berlaku pada 0:27. Nama penuh saya adalah Daniel James Tyler.
  6. ^ a b Siti Zurina (13 November 2017). "4 Tahun Masuk Islam MAT DAN Dedah Rahsia & Pengalaman Kenapa PILIH Agama Suci Ini. Cukup INDAH Perkongsiannya!". Hijabista. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  7. ^ a b Kareef Daniel Abdullah [Daniel] (18 Oktober 201718 Oktober 2017). Dicapai daripada https://www.facebook.com/matdantyler/photos/a.619062001604158.1073741828.619049638272061/872912019552487
  8. ^ Kareef Daniel Abdullah [Daniel]. (18 Januari 201718 Januari 2017). Kenyataan Rasmi. Umumnya semua tahu saya berasal daripada UK dan behijrah ke Malaysia untuk melebarkan bakat seni dan cinta saya pada negara Malaysia, setelah banyak negara yang pernah saya lalui. Namun hari ini saya tampil untuk menjelaskan perkara yang berbangkit [kemas kini kiriman Facebook]. Dicapai daripada https://www.facebook.com/matdantyler/posts/726707657506258
  9. ^ a b c d Firdaous Fadzil (23 Mei 2015). "Englishman Mat Dan goes native in Terengganu" [Seorang Inggeris bernama Mat Dan mengikut cara hidup Terengganu]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 28 Januari 2017.
  10. ^ a b c BERNAMA (11 Oktober 2017). "Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  11. ^ "Sambutan Hari Lahir Mat Dan". Apa Yang MeleTOP. Episod 261. 7 November 2017. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  12. ^ Mat Dan Kaki Jalan [Ep1]: Jalan jalan di hometown Mat Dan (Television production). Mat Dan Kaki Jalan. 19 Julai 2017. Peritiwa berlaku pada 3:08. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  13. ^ a b Ahmad Rabiul Zulkifli (29 Jun 2018). "Seronok jumpa anak 'kacukan Melayu' Mat Dan". myMetro. Foto oleh Ghazali Kori. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  14. ^ a b Zarul Zulkifli (28 Mei 2015). "Mat Salleh Fasih Loghat Terengganu Kerana Jatuh Cinta Dengan Pulau Kapas". Gegar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  15. ^ a b c d "Terkenal kerana loghat Terengganu". Utusan Online. 29 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-07. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  16. ^ a b Timbuong, Jo (15 Mac 2018). "'Mat Dan' calls Terengganu his home" [‘Mat Dan’ menggelar Terengganu tempat tinggalnya]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  17. ^ "Mat Dan kini pemegang status Penduduk Tetap". Astro Awani. 26 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-27. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  18. ^ "Rasa nak gugur jantung bila TPM panggil naik pentas - Mat Dan". Astro Awani. 27 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-27. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  19. ^ Rosli Zakaria; Hanneeyzah Bariah Baharin (26 Februari 2018). "Kejutan buat Mat Dan". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-27. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  20. ^ Mohd. Azli Adlan (26 Februari 2018). "Mat Dan kini berstatus Penduduk Tetap". Kosmo Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-27. Dicapai pada 27 Februari 2018.
  21. ^ "Mat Dang Kini Lebih Bersedia Hadapi Cabaran Puasa". mStar. 15 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  22. ^ "Mat Dan azam puasa penuh". Sinar Harian. 25 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  23. ^ BERNAMA (18 Jun 2017). "'Mat Dan' tak sabar nak rasa rendang kasih sayang". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  24. ^ Mat Dan (15 April 2018). "Hantaran Facebook". Facebook. Dicapai pada 28 September 2018.
  25. ^ "`Mat Dan' bergelar suami". BH Online. 12 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  26. ^ Hanneeyzah Bariah Baharin (12 Mac 2017). "'Ada sebab kami rahsiakan pernikahan'". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  27. ^ Bernama (13 Mac 2017). "Mat salih 'Mat Dan' nikah gadis Melayu". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  28. ^ Zaidi Mohamad (12 Mei 2018). "Mat Dan dapat anak lelaki". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-12. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  29. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (17 November 2020). "Selepas 10 hari, Mat Dan masih pilih nama anak". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2020. Dicapai pada 23 November 2020.
  30. ^ Intan (28 November 2020). "Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia, Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua, Eydan Yusoff". BeautifulNara. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  31. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (6 Januari 2019). "IG anak Mat Dan sudah ada 11,000 pengikut". BH Online. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  32. ^ Shamsudin Husin (22 Oktober 2016). "`Hebak mung Mat Dan'". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-22. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  33. ^ Farah Shazwani (4 Mac 2019). "Mat Dan ikon pelancongan Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  34. ^ Ridauddin Daud (27 Ogos 2019). "Sejak hari pertama saya jatuh cinta dengan Malaysia, kata Mat Dan". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  35. ^ Nor Asikin Hassan; Aida Rizmariza Kamaruddin (16 September 2016). "Mahu jadi kebanggaan Malaysia". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  36. ^ "Mat Dan, Mat Salih Terengganu Pusing Satu Malaysia Kerana Cinta". Gempak. 29 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-14. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  37. ^ "Mahabbah Meals". Astro Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  38. ^ ntv7 [@ntv7malaysia] (14 September 2018). "Jangan lupa saksikan I Can See Your Voice Malaysia bersama guest artist minggu ini @hazamaazmi dan juga @aishahazman8 Mat Dan sebagai penyiasat ‼️ Siapa yang akan di pilih 🤔 Sabtu, 8:30 malam di ntv7 atau Live HD di Youtube ntv7malaysia 🔥 #icsyvmy #ntv7feelit #mymoodbooster" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2018. Dicapai pada 28 September 2018 – melalui Twitter.
  39. ^ "Matilahnak (Astro Citra)". Myinfotaip. 22 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2018. Dicapai pada 28 September 2018.
  40. ^ "Jenaka Kampung Kalut | J.K.K Musim 2 (TV3)". MyInfotaip. 28 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-02. Dicapai pada 2 Disember 2017.

Bacaan lanjut

Pautan luar