Rukun Iman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Toknujum (bincang | sumb.)
Toknujum (bincang | sumb.)
Baris 39: Baris 39:
‘Betul’, kata lelaki itu.
‘Betul’, kata lelaki itu.
Kemudian beliau bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, apakah itu ihsan?
Kemudian beliau bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, apakah itu ihsan?
Jawap Nabi Muhammad, ‘Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu nampak Dia, dan apabila kamu tidak nampak Dia, kamu yakin Dia nampak kamu’.
Jawap Nabi Muhammad, ‘Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Dia, dan apabila kamu tidak melihat Dia, kamu yakin Dia melihat kamu’.
Kemudian lalaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, bilakah kiamat akan terjadi?.
Kemudian lalaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, bilakah kiamat akan terjadi?.
Nabi Muhammad menjawap, ‘Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu’.
Nabi Muhammad menjawap, ‘Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu’.

Semakan pada 17:01, 23 Oktober 2011

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar

Selain itu penganut agama Islam juga perlu mematuhi 5 Rukun Islam.

(Lihat juga : Iman)

Dalil Al Quran tentang Rukun Iman

" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)[1]

Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat

Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu

  1. Percaya kepada Qada' dan Qadar

Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-

" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[2]

Dalil Hadis tentang Rukun Iman

Dari Umar ra., katanya, “Sewaktu kami sedang duduk dimajlis Rasulullah saw pada suatu hari, datanglah seseorang yang sangat putih pakaiannya, hitam pekat rambutnya, tidak nampak pada dirinya tanda-tanda baru datang dari jauh. Tidak seorang pun antara kami yang mengenali orang itu. Lelaki itu lalu duduk betul-betul didepan Nabi Muhammad, sehingga kedua-dua lutut lelaki itu bersentuhan dengan kedua-dua lutut Nabi. Kemudian lelaki itu meletakkan kedua-dua tapak tangannya diatas peha Nabi Muhammad, lalu bertanya, ‘Wahai Muhammad! terangkan kepada saya apakah itu Islam?’ Jawap Nabi Muhammad, ‘Islam adalah kamu mengakui tiada Tuhan lain melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, kamu bersolat, kamu membayar zakat, kamu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, dan kamu menunaikan haji apabila mampu’. ‘Betul’, kata lelaki itu. Kami semua berasa hairan, kenapa pula beliau yang bertanya kemudian beliau pula yang menyatakan jawapan itu betul. Kemudian lelaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, apakah itu Iman?’ Jawap Nabi Muhammad, ‘Kamu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat-malaikatnya, percaya kepada kitab-kitab suci, percaya kepada para pesuruh Allah, percaya kepada hari Akhirat, dan kamu percaya kepada takdir Allah, sama ada yang baik mahupun yang buruk’. ‘Betul’, kata lelaki itu. Kemudian beliau bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, apakah itu ihsan? Jawap Nabi Muhammad, ‘Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Dia, dan apabila kamu tidak melihat Dia, kamu yakin Dia melihat kamu’. Kemudian lalaki itu bertanya lagi, ‘Terangkan kepada saya, bilakah kiamat akan terjadi?. Nabi Muhammad menjawap, ‘Yang ditanya dan yang bertanya sama-sama tidak tahu’. Kemudian lelaki itu bertanya lagi, ‘Oleh itu, terangkan kepada saya tanda-tanda akan berlaku Kiamat.’ Jawap Nabi Muhammad, ‘Apabila perempuan-perempuan hamba melahirkan tuan mereka sendiri, apabila orang yang tidak berkasut, orang yang telanjang, orang miskin dan para penternak kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi.’ Selepas mendengar jawapan Nabi Muhammad, lelaki itupun pergi. Saya terdiam beberapa ketika sehingga Nabi Muhammad berkata, ‘Umar, tahukah saudara siapa lelaki itu tadi?’ Saya menjawab, ‘Allah dan pesuruhnya lebih tahu.’ Kata Nabi Muhammad, ‘Lelaki itu adalah malaikat Jibrail. Dia datang bagi menerangkan kepada saudara-saudara sekalian berkenaan agama saudara-saudara.’”

Hadis riwayat Muslim

Lihat juga

  1. Aqidah
  2. Rukun Islam
  3. Iman

Rujukan

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat

Nota kaki