Harakah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: id:Harakah
Baris 40: Baris 40:
[[Kategori:Akhbar bahasa Melayu]]
[[Kategori:Akhbar bahasa Melayu]]


[[id:Harakah]]

[[en:Harakah (Newspaper)]]
[[en:Harakah (Newspaper)]]

Semakan pada 05:02, 30 Julai 2012

Harakah
JenisAkhbar mingguan
Diasaskan1987
PemilikParti Islam Se-Malaysia
Laman sesawangHarakahDaily.Net

Harakah ialah akhbar yang diasaskan pada 1987 dan diterbitkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ketua pengarang Harakah yang pertama adalah Ustaz Dato' Mohammad Nakhaie Ahmad.

Kandungan

Akhbar ini mengandungi kandungan yang berbahasa Melayu, muka surat termasuk 8 muka surat halaman yang berbahasa Inggeris dan kolum yang ditulis dalam bahasa Inggeris dipanggil English Section. Satu halaman mengenai penulisan Jawi diterbitkan pada 2007. Rencana daripada Harakah juga boleh didapati melalui laman web miliknya, Harakahdaily.net. Pengarang akhbar ini dipangku oleh Taufek Yahya.

Akhbar Harakah.

Permit

Kekerapan dikurangkan

Perjalanan akhbar Harakah tidak lancar semasa Anwar Ibrahim dicela oleh Mahathir pada akhir 1990. Penerbitan Harakah dihadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka.[1] Bagaimanapun selepas Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri pada Mac 2008, Harakah dibenarkan untuk diterbitkan semula 2 kali seminggu.[2] Namun pada 23 Mac 2009, Kementerian Dalam Negeri Malaysia menggantung pula permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuasa serta merta.[3] Akan tetapi tidak sampai dua minggu kemudian, larangan ini ditarik balik oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.[4]

Demo membantah Sekatan permit

Pada 10 Mac 2010, 10 peserta demo dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.Mereka ialah Tian Chua, Sivarasa Rasiah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Abdul Malik Husin, Ansari dan Lokman Nor Adam. Sementara tertuduh Omar Tan telah emninggal dunia. Tuduhan ke atas mereka ialah mengadakan demo di perkarangan Masjid Negara pada 10 Mac 2000 membantah sekatan ke atas permit Harakah . Mulai 2000, Kementerian Dalam Negeri hanya membenarkan terbit dua kali sebulan sahaja. Sebelum itu, Harakah diterbit dua kali seminggu sejak 1999. Pada tahun 1999 , PAS menang di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Tahun itu PAS menang di 27 kerusi parlimen.[5]

Permit tidak diperbaharui

Pada 8 Julai 2010, pihak pengurusan diberi tujuh hari mulai 6 Julai 2010 bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu. Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh kementerian dalam negeri hingga kini. Namun, seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa. Pemangku ketua pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.[6]

Rujukan

  1. ^ Ahmad Lutfi Othman (2007). "Bersama Harakah hadapi pilihan raya ke-12". HarakahDaily. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  2. ^ G. Manimaran (2008). "Harakah dibenar terbit semula 2 kali seminggu". mStar Online. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  3. ^ Permit Harakah, Suara Keadilan digantung 3 bulan, mStar online. Dicapai 26 Mac 2009.
  4. ^ 13 tahanan ISA dibebas, 2 akhbar dibenar terbit semula, mStar online. Dicapai 5 April 2009.
  5. ^ 10 dibebas selepas 10 tahun didakwa
  6. ^ [http://www.malaysiakini.com/news/136777 "Harakah pula digantung?" Malaysiakini.com. 8 Julai 2010.

Pautan luar