KLIA Ekspres: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yamahaboy81 (bincang | sumb.)
Yamahaboy81 (bincang | sumb.)
Baris 46: Baris 46:
==Butiran==
==Butiran==
[[Imej:KLIAEkspres-Spesifikasi001.gif|center]]
[[Imej:KLIAEkspres-Spesifikasi001.gif|center]]
KLIA Ekspres beroperasi dengan menggunakan lapan buah kereta api elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat [[Jerman]]. Tren-tren KLIA Ekspres dan [[KLIA Transit]] mempunyai ciri-ciri rekaan luaran yang sama. Bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik, satu perbezaan minima berbanding dengan model rekaan asas tren tersebut. Selain itu juga, kedua-dua perkhidmatan rel penghubung bandar raya [[Kuala Lumpur]] dan [[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]] tersebut beroperasi menggunakan sistem dan landasan yang sama.
Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dengan menggunakan lapan buah kereta api elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat [[Jerman]]. Semua tren milik Express Rail Link Sdn Bhd mempunyai ciri-ciri rekaan luaran yang sama. Bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik, satu perbezaan minima berbanding dengan model rekaan asas tren tersebut. Selain itu juga, kedua-dua perkhidmatan rel penghubung tersebut beroperasi menggunakan sistem dan landasan yang sama.


Tren-tren KLIA Ekspres dilengkapi dengan kemudahan tandas, ruang bagasi daftar masuk penumpang dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak bagi keselesaan penumpang. Oleh yang demikian, setiap unit tren KLIA Ekspres hanya mampu membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dapat digandakan sehingga lebih 300 orang penumpang dengan keupayaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren mengikut perancangan masa hadapan KLIA Ekspres. Pintu keluar masuk tren KLIA Ekspres dibuka secara otomatik berbeza dengan operasi pintu keluar masuk tren [[KLIA Transit]] yang dibuka secara manual.
Tren-tren KLIA Ekspres dilengkapi dengan kemudahan tandas, ruang bagasi daftar masuk penumpang dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak untuk keselesaan penumpang. Oleh yang demikian, setiap unit tren KLIA Ekspres hanya mampu membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dapat digandakan sehingga lebih 300 orang penumpang dengan keupayaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren mengikut perancangan masa hadapan KLIA Ekspres. Pintu keluar masuk tren KLIA Ekspres dibuka secara otomatik berbeza dengan operasi pintu keluar masuk tren [[KLIA Transit]] yang dibuka secara manual.


===Kereta api===
===Kereta api===

Semakan pada 19:08, 28 Mac 2007

SISTEM TRANSIT BERSEPADU KUALA LUMPUR

KL SENTRAL-KLIA (EKSPRES)
Syarikat induk Express Rail Link Sdn Bhd
Perkhidmatan Rel laju ekspres
Tren Desiro ET 425 M EMU
Kereta api laju elektrik
4 gerebak
Bil. tren 8
Stesen perhentian 2
Tarikh beroperasi 14 April 2002
Waktu operasi 05.00-00.00
Laman sawang www.kliaekspres.com

KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api laju tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd.

Selain KLIA Ekspres, Express Rail Link Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan rel pengantara, KLIA Transit.

Latarbelakang

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walaubagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.

KLIA Ekspres

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada 14 April 2002 menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Ekspres ialah penumpang-penumpang syarikat penerbangan, para pelancong dan ahli-ahli perniagaan.

Butiran

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dengan menggunakan lapan buah kereta api elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat Jerman. Semua tren milik Express Rail Link Sdn Bhd mempunyai ciri-ciri rekaan luaran yang sama. Bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik, satu perbezaan minima berbanding dengan model rekaan asas tren tersebut. Selain itu juga, kedua-dua perkhidmatan rel penghubung tersebut beroperasi menggunakan sistem dan landasan yang sama.

Tren-tren KLIA Ekspres dilengkapi dengan kemudahan tandas, ruang bagasi daftar masuk penumpang dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak untuk keselesaan penumpang. Oleh yang demikian, setiap unit tren KLIA Ekspres hanya mampu membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dapat digandakan sehingga lebih 300 orang penumpang dengan keupayaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren mengikut perancangan masa hadapan KLIA Ekspres. Pintu keluar masuk tren KLIA Ekspres dibuka secara otomatik berbeza dengan operasi pintu keluar masuk tren KLIA Transit yang dibuka secara manual.

Kereta api

Butiran tren KLIA Ekspres
Model: Desiro ET 425 M Electric Multiple Unit (EMU)
Pengeluar: Siemens AG
Bilangan kereta api: 8
Bilangan gerabak: 4
  • 2 power cars
  • 2 trailer cars
Dimensi
  • Panjang: 68700 mm
  • Lebar: 2840 mm
  • Tinggi: 4160 mm
Berat: 120 metrik tan
Sistem elektrik/voltan: 25 kV / 50 Hz
Daya pemecutan: 1.0 m/s²
Kelajuan maksimum: 176 km/j
Kelajuan maksimum komersial: 160 km/j
Bilangan penumpang: 156 duduk

Landasan

Landasan: berkembar/elektrik
Panjang: 57 km
Lebar: 1435 mm
Sistem elektrik/voltan: 25 kV

Tambang & tiket

KLIA Ekspres menggunakan sistem tiket tertutup yang memerlukan penumpang membeli tiket perjalanan sebelum menaiki dan penggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres. Kadar tambang KLIA Ekspres pula adalah kadar tambang tetap yang ditentukan oleh Express Rail Link Sdn Bhd dengan persetujuan kerajaan Malaysia dan kumpulan umur penumpang iaitu dewasa dan kanak-kanak.

Tiket

Pembelian tiket perjalanan KLIA Ekspres boleh dilakukan di kaunter jualan tiket Aras 1, Balai Perlepasan, Terminal Udara KL (KL CAT), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Aras 1, Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan pilihan tiket perjalanan sehala atau dua hala. Selain itu, penumpang-penumpang Penerbangan Malaysia boleh membeli tiket perjalananan sehala KLIA Ekspres melalui khidmat membeli-belah dalam pesawat.

Mesin tiket otomatik

Selain daripada kaunter jualan tiket, pembelian tiket perjalanan KLIA Ekspres boleh dilakukan di mesin tiket otomatik di Terminal Udara KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang menerima pembayaran tunai atau melalui penggunaan kad kredit dan debit.

Harga tambang

Jadual perjalanan

Stesen perhentian

Stesen Sentral Kuala Lumpur

Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) merupakan hab pengangkutan bersepadu dan nadi pengangkutan rel utama bandar raya Kuala Lumpur. Ia dibuka pada 16 April 2001 sebagai ganti kepada Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkan rangkaian perkhidmatan bas, teksi dan rel di bawah satu bumbung.

Terminal Udara KL

Terminal Udara KL

Perkhidmatan KLIA Ekspres di Stesen Sentral Kuala Lumpur beroperasi melalui Terminal Udara KL (KL CAT) yang dibuka kepada orang ramai pada 14 April 2002. Ia menggunakan dua pelantar khusus yang berasingan untuk perlepasan dan ketibaan. Selain daripada perkhidmatan KLIA Ekspres, Terminal Udara KL juga menyediakan kemudahan daftar masuk bagasi dan penumpang Penerbangan Malaysia, Cathay Pacific Airways dan Royal Brunei Airlines.

  • Kemudahan
Pelantar perlepasan dan ketibaan KLIA Ekspres di Terminal Udara KL direka khusus untuk penumpang dari setiap kumpulan umur dan pengguna. Ianya juga mesra pengguna kurang upaya. Antara kemudahan pengguna kurang upaya yang disediakan ialah lif, tandas dan jubin lantai penentu arah bagi memudahkan pergerakkan penumpang yang cacat penglihatan serta beberapa kemudahan asas yang lain. Selain itu, khidmat bellboy percuma turut disediakan.
Rekaan kedua-dua pelantar tersebut bercirikan konsep pelantar tertutup sesisi. Bahu pelantar dilindungi dinding penghadang berkaca dan pintu keluar masuk pelantar otomatik. Ia bagi menghalang edaran udara berhawa dingin keluar dan sebagai langkah keselamatan sampingan.
  • Butiran
Pertukaran:
Kod stesen/tiket: XKL
Aras lantai: 2
Pelantar: tertutup/sesisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:



Stesen KLIA

Perkhidmatan KLIA Ekspres berlepas dan tiba dari Stesen KLIA di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Ia beroperasi di pelantar khusus dan berasingan dengan KLIA Transit.

  • Kemudahan
  • Butiran
Aras lantai: 2
Pelantar: tertutup/dwisisi
  • Panjang:
  • Lebar:
  • Tinggi:

Fakta ringkas

  • Rakaman suara pengumuman yang digunakan di dalam tren dan stesen perhentian KLIA Ekspres adalah rakaman suara personaliti berita terkenal Malaysia, Yusanani Yushak.
  • KLIA Ekspres menyediakan perkhidmatan rel yang terpantas di Asia Tenggara.
  • Projek rel penghubung bandar raya Bangkok dan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi bakal menggunakan model kereta api yang sama seperti tren KLIA Ekspres.

Rujukan

  • Sumber internet
  1. (Bahasa Inggeris) - www.kliaekspres.com, 26 Mac 2007.
  • Sumber luaran
  1. (Bahasa Inggeris) - International Railway Journal, "Kuala Lumpur Airport Rail Link To Open In 2002", Ogos 1999.
  2. (Bahasa Inggeris) - Siemens AG Transportation Systems, "Express Rail Link Kuala Lumpur Turnkey Project", Februari 2003.

Pautan luar