Lim Kit Siang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.140.8.110 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Chinese name|Lim (林)]]}}
{{Chinese name|Lim (林)]]}}
{{Infobox_Politician
{{Infobox_Politician
| honorific-prefix = <small>Yang Berhormat Ipoh Timur Tuan</small><br>
| honorific-prefix = <small>Yang Berhormat Ipoh Timur</small><br>
| name = Lim Kit Siang<br/><small>([[bahasa Cina|Cina]] : 林吉祥)</small>
| name = Lim Kit Siang<br/><small>([[bahasa Cina|Cina]] : 林吉祥)</small>
| image = Lim Kit Siang-2-.jpg
| image = Lim Kit Siang-2-.jpg

Semakan pada 10:22, 25 Februari 2013

Yang Berhormat Ipoh Timur

Lim Kit Siang
(Cina : 林吉祥)
Fail:Lim Kit Siang-2-.jpg
Anggota Parlimen
untuk Ipoh Timur
Memegang jawatan
24 Mac 2004
Didahului olehThong Fah Chong
Pengerusi Parti Tindakan Rakyat
Dalam jawatan
1999 – 2004
Didahului olehChen Man Hin
Digantikan olehKarpal Singh Ram Singh
Butiran peribadi
Lahir (1941-02-20) 20 Februari 1941 (umur 83)
Batu Pahat, Johor
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Anak-anakLim Guan Eng
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
Laman web rasmiBlog Lim Kit Siang

Lim Kit Siang (lahir 20 Februari 1941; Cina: 林吉祥; pinyin: Lín Jíxiáng) merupakan penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti pembangkang demokratik sosial di Malaysia.

Lim memperolehi ijazah dari Universiti London untuk jurusan LL.B (Hons). Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen di Dewan Rakyat, dewan terendah bagi Parlimen Malaysia. Sejak 1978, beliau telah menerbitkan 29 buah buku.

Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 1969, dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera.

Lim menjawat sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas pilihanraya umum tahun 1999, beliau menjadi Pengerusi DAP yang kedua, setelah persaraan Dr. Chen Man Hin. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock.

Beliau memenangi kawasan Ipoh Timur dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang partinya mencapai jumlah kerusi yang terbanyak bagi pihak pembangkang dan kembali menjadi Ketua Pembangkang Parlimen.

Pada tahun 2004, beliau menolak perlantikan semula jawatan pengerusi dan Karpal Singh telah dilantik sebagai penggantinya. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik". Anak lelakinya, Lim Guan Eng, mengambil alih daripada Kerk Kim Hock sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa ini.

Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi "Operasi Lalang" pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mengizinkan penahanan selama dua tahun tanpa perbicaraan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Kontroversi

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, negeri Perak telah ditawan oleh ketiga-tiga buah parti pembangkang yang selepas itu menubuhkan Pakatan Rakyat. Antaranya Parti Tindakan Demokratik merupakan parti pemerintah negeri yang terbesar, namun mereka tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri yang berbangsa Melayu. Menurut perlembagaan negeri Perak, hanya ADUN yang berbangsa Melayu layak menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan Perak mengizinkan seseorang yang bukan Melayu, dan tidak semestinya beragama Islam, untuk menjadi Menteri Besar. Pada awalnya pihak pemerintah baru cuba memujuk Sultan Perak semasa itu, Sultan Azlan Shah, untuk melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, sebagai Menteri Besar. Namun pada akhirnya Sultan menolak dan melantik Setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar. Ini kerana antara ADUN Melayu Parti Keadilan Rakyat yang merupakan parti pemerintah kedua terbesar, mereka semuanya hanya berkelayakan Tingkatan Lima Sekolah Menengah. Sultan mahukan seorang yang profesional untuk menjadi Menteri Besar, dan Mohammad Nizar yang merupakan seorang jurutera sivil menepati kemahuan ini. Memandangkan PAS merupakan parti pemerintah yang terkecil, pada awalnya Lim menyerukan agar memboikot upacara perlantikan Menteri Besar Perak, kerana beliau berpendapat bahawa jika tiada ADUN DAP dilantik, maka ADUN Parti Keadilan Rakyat yang harus dilantik kerana mereka merupakan parti pemerintah yang kedua terbesar. Namun selepas itu Lim meminta ampun daripada Sultan secara bertulis. Tetapi akhirnya upacara perlantikan Menteri Besar ditunda.

Buku yang diterbitkan

  1. "Bom-bom Jangka di Malaysia" (Time Bombs in Malaysia), 1978
  2. "DAP dan Isu-isu Buruh" (DAP and Labour Issues), 1978
  3. "Malaysia dalam Kelapan-puluhan yang Berbahaya" (Malaysia in the Dangerous ’80s), 1982
  4. "Krisis Perlembagaan di Malaysia" (Constitutional Crisis in Malaysia), 1983
  5. "Hari Kini dalam 18 Bulan yang Terkebelakang" (This Day In The Last 18 Months), 1983
  6. "Skandal BMF" (The BMF Scandal), 1984
  7. "Harris Salleh — Politik dan Kesusilaan" (Harris Salleh — Politics & Morality), 1984
  8. "Hak Asasi Manusia di Malaysia" (Human Rights In Malaysia), 1985
  9. "Malaysia — Krisis Identiti" (Malaysia — Crisis Of Identity), 1986)
  10. "BMF — Skandal Yang Paling Buruk" (BMF — The Scandal Of Scandals), 1986
  11. "Skandal PLUS" (The North-South Highway Scandal), (1987)
  12. "Pendahuluan kepada Operasi Lalang" (Prelude To Operation Lalang), 1990
  13. "Pilihan Raya Am Yang Terkotor di Sejarah Malaysia" (The Dirtiest General Elections In The History Of Malaysia), 1991
  14. "Ucapan-ucapan Terpilih dan Kenyataan-kenyataan Akhbar - Jilid 1" (Selected Speeches & Press Statements - Vol. I), 1991
  15. "Samy Vellu dan Skandal MAIKA" (Samy Vellu and MAIKA Scandal), 1992

  1. "Perjuangan Untuk Demokrasi" (Battle For Democracy), 1992
  2. "Skandal Kedua Pita video Lucah Vijandran" (Vijandran Pornographic Videotape Scandal II), 1992
  3. "Skandal Kerugian Forex Bank Negara Sebanyak RM30 Bilion" (The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal), 1994
  4. "Tragedi Highland Tower" (The Highland Tower Tragedy), 1994
  5. "Pendedahan Skandal Kewangan — Siapa Petualang FELCRA?" 1994
  6. "Akta Pengambilan Tanah — Penyalahgunaan, Ketidakadilan dan Pemulihan" (Land Acquisition Act - Abuses, Injustices, Reform), 1994
  7. "Teknologi Informasi Untuk Semua" (I.T. For All), 1997
  8. "Undang-undang Siber di Malaysia" (Cyber law in Malaysia), 1997
  9. "Krisis Ekonomi dan Kewangan" (Economic & Financial Crisis), 1998
  10. "Krisis Politik dan Ekonomi di Malaysia" (Political & Economic Crisis in Malaysia), 1998
  11. "Bajet Yang Tidak Pernah di Lulus" (The Budget That Was Never Passed), 1999
  12. "Kes Perlembagaan Milinium" (Constitutional Case of the Millenium), 2000
  13. "Gagasan BA dan Pelaksanaan Negara Islam" (BA & Islamic State), 2001
  14. "Bantahan Ke Atas 929" (No To 929), 2002

Garis masa

  • 1941: Tarikh lahir.
  • 1966: Dilantik sebagai Setiausaha Penganjuran Nasional DAP (1966 - 1969).
  • 1969: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka (1969 - 1974);
    • Naik pangkat sebagai Setiausaha Agung DAP;
    • Dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 18 bulan.
  • 1974: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kubu, Melaka (1974 - 1978).
  • 1978: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya (1978 - 1982);
  • 1979: Didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan urusan pembelian senjata oleh Kerajaan dengan syarikat Switzerland.
  • 1982: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka (1982 - 1986).

  • 1986: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Tanjung, dan Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri Kampung Kolam, Pulau Pinang (1986 - 1989).
  • 1987: Dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam Operasi Lalang selama 17 bulan.
  • 1990: Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Padang Kota, Pulau Pinang (1990 - 1995).
  • 1999: Kalah dalam pilihan raya umum.
    • Dipilih sebagai Pengerusi DAP.
  • 2004: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur;
    • Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik, sebuah jawatan yang barunya dicipta.

Pautan luar