Ngeh Koo Ham
Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham DPMP (Prk) | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P68 Beruas, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Tun Dr. Lim Keng Yaik (BN) |
Majoriti | 1,828 |
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 12 Mei 2020 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzudin |
Didahului oleh | S. Thangasvari |
Digantikan oleh | Mohammad Zahir Abdul Khalid |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk N50 Sitiawan | |
Dalam jawatan 2004–2018 | |
Didahului oleh | Hu Chan You |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1961-09-29) 29 September 1961 (umur 61) Ayer Tawar, Perak |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Cheok Foong Ling |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Dato' Ngeh Koo Ham merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan Beruas, Perak dan ADUN kawasan Sitiawan, Perak. Beliau merupakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak.
Beliau pernah tersenarai sebagai calon pertama daripada 3 ADUN Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak. Oleh sebab DAP merupakan parti yang memenangi paling banyak kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, DAP Perak pernah meminta supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, melantik beliau sebagai Menteri Besar pertama yang bukan Melayu dan bukan Islam[1], berlawanan dengan perlembagaan negeri. Beliau seorang yang berbangsa Cina dan beragama Kristian. Bagaimanapun Sultan melantik Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS untuk jawatan itu. Beliau juga merupakan ahli DAP pertama yang menerima anugerah kebesaran daripada mana-mana sultan ataupun raja di Malaysia.
Pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan DUN Sitiawan , negeri Perak. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 12381 undi dengan majoriti 8529 undi.
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Pada 16 September 2012, Ngeh telah menulis dalam laman sosial Twitter, “Khairy mahu umat Islam berdemo menentang (klip video) Sam Bacile, untuk Islam atau kepentingan politik? Kenapa umat Islam membuang masa dan tenaga untuk semua ini.” [2] Kenyataan itu menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan beberapa pihak kerana menyentuh isu yang berkait dengan agama Islam.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Tunggu perkenan Sultan Diarkibkan 2019-08-27 di Wayback Machine, Berita Harian, dicapai 16 Mac 2008.
- ^ "Ngeh Koo Ham keluarkan pandangan peribadi, kata Hatta Ramli". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-22. Dicapai pada 2012-09-20.
Parti pembangkang Kerajaan Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
- Anggota Parti Tindakan Demokratik
- Orang hidup
- Kelahiran 1961
- Orang dari Perak
- Alumni Universiti Malaya
- Peguam Malaysia
- Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli politik Malaysia berketurunan Cina
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15