Mikail Andre: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 108: Baris 108:
| ''[[Muka Surat Cinta]]''
| ''[[Muka Surat Cinta]]''
| Putra
| Putra
| rowspan="3"|[[Pierre Andre]]
| rowspan="2"|[[Pierre Andre]]
|
|
|-
|-
Baris 114: Baris 114:
| ''[[Sniper (filem 2014)|Sniper]]''
| ''[[Sniper (filem 2014)|Sniper]]''
| Ahmad
| Ahmad
|
|-
! 2014
| ''[[Awak Nak Kahwin Dengan Saya?]]''
|
| [[Eyra Rahman]]
|
|
|-
|-
Baris 119: Baris 125:
| ''[[Cerita Hantu Malaysia]]''
| ''[[Cerita Hantu Malaysia]]''
| Aki
| Aki
| [[Pierre Andre]]
|
|
|-
|-

Semakan pada 05:15, 16 Oktober 2020

Mikail Andre
Fail:MikailAndre.jpg
Mikail pada majlis tayangan perdana filem Hantu Dalam Botol Kicap.
Kelahiran
Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre

(1992-07-17) 17 Julai 1992 (umur 31)
WarganegaraMelayu-Perancis
Nama lainMika
PekerjaanPelakon, pengarah, gamers
Tahun aktif2012–kini
Terkenal keranaHantu Dalam Botol Kicap
PasanganSiti Nur Aima Fauzi (k. 2017)
IbuKhatijah Tan
BapaNazrul Andre Abdullah
HubunganPierre Andre (abang)

Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre (lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre.[1] Ibunya ialah Khatijah Tan, pelakon veteran wanita Malaysia.[2]

Kehidupan awal dan keluarga

Beliau dilahirkan pada 17 Julai 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan suaminya, Nazrul Andre Abdullah yang berketurunan Perancis. Abang sulungnya ialah pelakon bertukar pengarah, Pierre Andre.[3]

Kerjaya

Mikail Andre memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi drama Rawan yang mana beliau menjayakan peranan utama bersama Faralyna Idris, Erin Malek dan Fadzil Zahari.[4][5] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan layar lebar pertamanya sebagai watak utama dalam filem seram komedi Hantu Dalam Botol Kicap arahan Azhari Zain.

Bekerja di bawah arahan abangnya, Pierre Andre, Mikail membintangi filem aksi seni mempertahankan diri 2013, 1 Lawan Satu yang mana watak utamanya sebagai Radhi, seorang pesilat yang terdesak mencari wang untuk membiayai kos perubatan adiknya, Sara (dibintangi oleh Puteri Balqis) yang menghidap penyakit leukemia. Filem ini turut dibintangi oleh Azlan Komeng dan Eyzendy Aziz.[6][7] Beliau juga membintangi drama Dewi Lasak juga arahan abangnya, lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime.[8][9]

Mikail mempunyai peranan pembantu sebagai pegawai polis dalam filem komedi Islamik, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan undangan khas Ustaz Azhar Idrus dan peranan utama dalam filem Highland Tower, sebuah filem seram yang berlatarkan tragedi Highland Towers.[10][11][12] Sekali lagi bekerja di bawah arahan abangnya, Mikail muncul dalam dua filem yang ditayangkan juga pada 2014—filem drama romantik Muka Surat Cinta (tajuk asal Perempuan Mukasurat Tujuh)[13][14] dan aksi pengembaraan Sniper.[15]

Kehidupan peribadi

Mikail berkahwin dengan gadis pilihannya, Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Kedah.[16][17]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Rujukan
2012 Hantu Dalam Botol Kicap Azri Azhari Zain
2012 Taikun Ahli Geng Black Rose Ismail Bob Hashim
2013 Dua Kalimah Pian Eyra Rahman
2013 1 Lawan Satu Radhi Pierre Andre
2013 Longkai Bayam Hashim Rejab
2013 Lagenda Budak Hostel Tobek Ismail Bob Hashim
2013 Highland Tower Mika Pierre Andre
2013 Tokak Ghaz Abu Bakar
2013 Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Inspektor Pierre Andre
2013 Kisah Paling Gangster Romeo Brando Lee
2014 Muka Surat Cinta Putra Pierre Andre
2014 Sniper Ahmad
2014 Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Eyra Rahman
2014 Cerita Hantu Malaysia Aki Pierre Andre
2020 Superbike The Movie Ketua Polis Wan Saiful Shahrizan

Telefilem

Tahun Tajuk Juga dikreditkan sebagai Watak Rujukan
Pelakon Pengarah
2016 13 Tiang Cinta Tidak Ya
2017 Jenayah Cinta Tidak Ya

Drama

Tahun Tajuk Juga dikreditkan sebagai Watak Rujukan
Pelakon Pengarah
2012 Rawan Ya Tidak Dr. Amran
2013 Dewi Lasak Ya Tidak Andika
2013 Tanah Kubur Ya Tidak Episod: "Jihad"
2014 Kalimah Jiwa Ya Tidak Salahuddin Penampilan khas
2014 Kifarah Ya Tidak Rafiq Episod: "Di Angin Lalu"
2014 PLAN B Ya Tidak Inspektor. Faris
2014 Couture Cintaku Bidadari Ya Tidak
2015 Embok Belum Terbakar Ya Tidak
2015 Kasih Di Wajahmu Ya Tidak
2016 Cinta Sticky Note Tidak Ya

Televisyen

Tahun Tajuk Episod Catatan Rujukan
2013 Liga Lawak Superstar
2015 Kaki Bola
2020 Jom Berbuka Episod 1 Musim 4

Anugerah dan pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Meletop Era 2013 Tercalon

Rujukan

  1. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (14 Februari 2012). Mikail tidak kisah dibayangi Pierre Andre Sinar Harian. Diperoleh pada 14 Oktober 2012.
  2. ^ Norhayati Nordin (4 Januari 2015). Tak ambil kesempatan Harian Metro. Dicapai pada 5 Januari 2015.
  3. ^ "Biodata Mikail Andre". Encik Shino. 11 Januari 2017. Dicapai pada 20 April 2017.
  4. ^ Tonton Rawan malam ini di TV9 MiG Online (12 Disember 2012). Dicapai pada 13 April 2018.
  5. ^ Saksikan drama Rawan 10:30 malam ini di TV9 MiG Online (7 November 2012). Dicapai pada 13 April 2018.
  6. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  7. ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (29 Jun 2013). "Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre Andre". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  8. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  9. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  10. ^ Melati Pusaka (3 November 2013). "Filem 'Highlands Tower' tidak seram pun". Free Malaysia Today. Dicapai pada 17 November 2013. Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.
  11. ^ Syazwan Zakariah (7 November 2013). "'Amatur' yang tidak meyakinkan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 November 2013.
  12. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Dicapai pada 17 November 2013.
  13. ^ Aqmar Mustaza (18 Januari 2014). "Pencarian gadis misteri dalam Muka Surat Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  14. ^ "Buat kerja sia sia dalam "Muka Surat Cinta"". Free Malaysia Today. 8 Januari 2014. Dicapai pada 19 Januari 2014.
  15. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  16. ^ Selepas Kahwin, Mikail Andre Ikut Isteri Ke Langkawi Astro Gempak (2 April 2017). Diperoleh pada 3 April 2017.
  17. ^ Mikail Andre sudah bertunang Harian Metro (24 Julai 2016). Diperoleh pada 25 Julai 2016.

Pautan luar